Monday, December 6, 2010

Kamen Rider Black




Cerita ni mengisahkan bagaimana adik-beradik tiri, Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki yang diculik oleh Gorgon pada malam hari jadi mereka yang ke-19 dan telah dijadikan bahan eksperimen cyborg. Ini berlaku kerana mereka adalah calon yang paling sesuai bagi Raja Makhluk Gorgon. Kedua-duanya digelar Raja Abad serta ditakdirkan untuk berlawan sesama sendiri pada perlawanan terakhir untuk menjadi Raja Makhluk. Kotaro sempat melarikan diri sebelum dibuang ingatannya iaitu pada langkah terakhir pembedahan tersebut. Memandangkan Kotaro dan Nobuhiko dilahirkan pada hari berlakunya gerhana matahari, mereka digelar "Suria Perkasa Hitam" (Black Sun) dan "Bayangan Bulan" (Shadow Moon). Kotaro yang mengambil nama Kesatria Baja Hitam (Kamen Rider Black) nekad mahu menyelamatkan saudara tirinya daripada cengkaman Gorgon sambil melindungi Jepun. Walau bagaimanapun, pada lewat siri ini, Nobuhiko bangkit sebagai Bayangan Bulan serta berlawan dengan Kotaro untuk menjadi Raja Makhluk yang seterusnya. Untuk mengetahui dan mendapat feel, kenela layan tengok siri ni. 5 bintang untuk cite nih... Lagu-lagu Soundtrack die pun best dan bleh layanz...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...