Monday, October 31, 2011

Motivasi Diri: Berbakti Pada Ibu & Bapa


Assalamualaikum... Sudah sekian lama aku tidak menulis berkenaan 'Motivasi Diri', maka hari ini aku ingin berkongsi tajuk yang mana menyuruh kita supaya berbakti kepada kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Ibubapa adalah suatu individu yang sangat penting dalam setiap institusi kekeluargaan yang mana mempunyai peranan dan tugasan masing-masing. Begitu juga anak-anak yang di kurniakan Allah sebagai satu pelengkap bagi kehidupan bekeluarga. Kita sebagai seorang anak seharusnya sedar dan akur dengan peranan dan tugas masing-masing demi menjana sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Apa yang aku cuba kongsikan hari ini adalah sebuah cerita yang pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. mengenai tingginya nilai bakti kepada ibu dan bapa. Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. bagi menyuarakan hasrat hatinya. Dengan bersungguh-sungguh lelaki itu pun berkata, "Ya Rasulullah, aku ingin membuat perjanjian dengan Tuan supaya dapat aku berpindah dan menyertai Tuan bersama-sama untuk pergi berperang demi mencari pahala di sisi Allah".

Maka Nabi Muhammad s.a.w mengajukan pertanyaan,"Adakah kedua-dua ibu bapa saudara masih hidup?". Sesudah soalan diajukan, lelaki tersebut terus menjawab pertanyaan itu dengan menyatakan bahawa kedua ibubapanya masih hidup. Sekali lagi Nabi Muhammad mengajukan soalan,"Adakah saudara mahu mendapat pahala daripada Allah?". Maka dengan pantas lelaki tersebut mengiyakan sambil menghangguk-hanggukkan kepalanya.

"Kalau begitu, kembalilah saudara kepada kedua ibubapa saudara dan berbaktilah kepada mereka berdua dengan baik dan bersungguh-sungguh." Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada lelaki tesebut. Maka lelaki tesebut menerima dengan baik nasihat Nabi Muhammad s.a.w walaupun dia benar-benar berminat untuk menyertai perjuangan bersama Rasulullah s.a.w. Dengan kepulangannya tersebut, dia lebih diperlukan oleh kedua ibubapanya.

Begitulah serba sedikit cerita yang telah diringkaskan yang mana menceritakan betapa besarnya pahala jika kita berbakti kepada kedua ibubapa. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berpesan bahawa, Kasih sayang Allah itu bersama-sama dengan kasih sayang ibu bapa. Kemarahan Allah juga bersama-sama dengan kemarahan ibu bapa. Selain daripada itu, Ibnu Abbas juga pernah menyatakan bahawa, Orang yang mempunyai ibu bapa dan dia berbakti kepada kedua-duanya, Allah akan menyediakan untuknya dua buah pintu masuk ke syurga sebagai balasannya. Sekiranya dia hanya mempunyai salah seorang daripada kedua ibu bapanya, maka pintu itu hanya satu. Apabila salah seorang daripada ibubapanya itu marah kepadanya, maka Allah tidak akan mengampuni dosanya sehinggalah dia diampunkan dulu kesalahannya oleh ibubapanya. Hal ini dikecualikan jika anak tersebut dianiaya oleh ibubapanya sendiri.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapatlah kita mengambil iktibar dan menjadikan cerita ini sebagai panduan supaya kita lebih menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan sentiasa dengan hati yang terbuka akan berbakti kepada kedua ibubapa kita. Semoga kita mendapat rahmat dari-Nya... Allahualam... 

Sunday, October 30, 2011

Giorgio Guitar Chord Page


Assalamulaikum... 
Entry kali ni aku just nak heboh-hebohkan tentang kewujudan Page Guitar Chord aku sendiri. Sebenarnya page ni sekadar untuk berkongsi hobi aku dalam arena Pengitaran. Page ni masih lagi dalam proses pembikinan dan penambah baikan sebabnya ia masih terlampau baru lagi. Selain daripada berkongsi minat, aku juga nak share-share chord bagi lagu-lagu, sedikit tutorial dan sedikit pengetahuan berkenaan gitar. So, sebenarnya page ni boleh aku katakan E-Book gitar untuk aku la... Jangan segan-segan nak jejak ke Page tersebut...

Click Kat Button Ni :

Giorgio Izas

Thursday, October 27, 2011

Puas Ku Mencuba...

Assalamualaikum...
Setiap kejadian yang Dijadikan Allah semuanya berpasangan, tumbuhan, haiwan dan alam sarwajagat. Begitu juga kita sebagai insan yang bergelar manusia, dilahirkan ada lelaki dan ada juga perempuan. Lelaki dan perempuan dijadikan saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Ibarat lagu dan Irama. Jika tiada salah satu daripadanya, maka akan pincanglah sebuah institusi yang bergelar Kehidupan. Dengan itu, sama-samalah kita saling hormat-menghormati dan saling harga-menghargai...

video

Chord Guitar kat bawah ni kene nyanyi guna suara A minor (Am)... ;)


Am                Am
Puas sudah ku mencuba
Am                  Dm
Menyakinkan dirimu kasih
       G
Dan ku cuba meleraikan
G          C  
Kekusutan tersimpul
F          E
Namun apa daya...

Am                Am
Puas sudah ku mencuba
Am                     Dm
Turuti rentak dirimu sayang
G                      C
Agar tiada tercetus sengketa
F             E         Am
Di antara kita untuk selamanya

       E                Am
Engkau sering menduga hati ini
      E           Am
Menggugat kesabaranku
       E              Am
Namun tak pernah aku tunjukkan
F             E
Keresahan diwajahku...

        Am          Dm
Sampai disini saja sayang
      G             C
Mampu ku pertahankannya
   Am           Dm
Kerna aku jua insan
      G            C
Yang perlukan perhatian

   F               Dm
Jangan kau sesali lagi
 G                 C
Atau menyalahkan takdir
   F      
Lihat pada diri
F              E
Di manakah kesilapanmu kasih
E           Am
Menilai ketulusan

Wednesday, October 26, 2011

Konvokesyen

isAssalamualaikum...
Sekarang adalah musim dimana ramai pelajar-pelajar yang sudah tamat pelajarannya sedang sibuk dengan Hari Konvokesyen. Hari begitu bagi aku sudah lama berlalu, Tapi aku masih menunggu untuk terlibat dengan hari sebegitu buat kali yang keseterusnya...  Tapi bukan itu cerita utamanya, Cerita kali ini  adalah berkenaan hari Konvokesyen anak saudara aku, Si Ajim.

Si Ajim dah 'Grad' Universiti ke?... Ha3... Sebenarnya aku nak cerita ni pasal hari Majlis Mini Konvokesyen Tadika Bestari Aqdi 2011, Si Ajim ni adalah pelajar kat Sekolah tu. Majlis ni telah diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1. Majlis bermula pada pukul 8 pagi, iaitu pada hari ini, 26 Oktober 2011... Same plak ngan Hari Deepavali... 


Hari ni semua bebudak ni memang sangat seronokla, riuh rendahnya mengalahkan pasar ikan. Jadi, Sedikit sebanyak macam nilah situasinye. Gambar kat atas ni diorang semua tengah tunggu 'turn' nak masuk dewan. Sebenarnya, Si Ajim ni tak 'Grad' pun lagi dari Tadika ni, masih ada 3 tahun. Mane taknye Umur baru 3 tahun, kecik sesangat lagi. Tapi Dalam majlis ni dia dilibatkan dalam acara persembahan. Sedikit sedutan video persembahan ada aku sediakan kat bawah ni..

video

Adusshhh... Apa da... Apa pon Tak boleh... He3... Boleh plak Si Ajim (Berbaju Biru) tu diam dan berdiri tegak jea... kat Umah bukan main lagi berlatih, Last-last.. camni jadinye... Ha3... Cikgu pernah juga memberitahu sifat Si Ajim yang sangat pendiam dan pemalu kat sekolah. Pelik jugak aku dengar statement Cikgu tu... Hairan Bin Ajaib... Setahu aku, Si Ajim ni la yang paling Hero kat Umah... Mulut 24 jam berbunyi, langsung tak boleh duduk diam. Hari-hari ada saje aktiviti yang dilakukannye seperti Menyanyi, menari, berlari, Ber'Henshin' dan semua itulah yang selalu meriuh-rendahkan susana di rumah family aku. Kalau Rumah tiba-tiba sunyi tu maknanye Si Ajim dah tidur atau keluar jalan-jalan ngan Daddy and Mummy la tu.

Walau apa pun, Tahniah juga aku Ucapkan disebabkan keberaniannya untuk naik ke atas pentas. Tidak semua di kalangan kita yang berani untuk membuat persembahan di hadapan penonton yang ramai. Mengenai Si Ajim ni, aku berpendapat dia berdiam diri kat atas pentas tu mungkin disebabkan die asyik dok tengok Daddy and Mummy kat bawah kot. Ada sesetengah daripada kita sangat malu bila terpaksa membuat persembahan di hadapan Family sendiri. Termasuklah aku... Ha3... Penyakit Keturunan ni...


Walaubagaimanapun majlis berjaya sampai ke penghujungnya. Seperti Biase, Acara akhir adalah acara yang paling di tunggu-tunggu... Acara Penyampaian Hadiah.. Si Ajim pun turut menerima hadiah untuk persembahan kakunya yang membuatkan kami satu family gelak... Selain daripada itu, Daddy and Mummy Si Ajim pun seronok sebab dapat hadiah cabutan bertuah... Tahniah sekali lagi... Semoga selepas ini, Ajim akan lebih rajin untuk ke Sekolah... Terima Kasih...

Tuesday, October 25, 2011

Suatu Suratan...

Assalamualaikum...
Sebuah kehidupan adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterjemahkan. Walaupun begitu, kita sebagai seorang Insan yang bergelar manusia haruslah berusaha untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang penuh bermakna. Namun kita juga harus mengingati dan menyedari, kehidupan ini ibaratnya seperti Roda. Kadang Kala kita tinggi di atas dan adakalanya kita akan berada nun jauh di bawah... Yang pastinya, ia adalah 'Suatu Suratan'...



Monday, October 24, 2011

Serabut Weh...

Serabut Weh...!!! Ha3... Ape bende serabut weh tu?... Serabut weh tu adalah loghat atau dialek dari sebuah negeri yang bergelar 'Serambi Mekah', iaitu Kelantan darul Naim... 'Serabut Weh' adalah  satu perkataan yang membawa maksud 'Tersangat Rimas'. Tapi ape yang aku nak kongsikan kali ini adalah berkenaan sebuah lagu dikir barat moden yang bertajuk 'Serabut Weh'. Lagu dikir barat moden ini adalah dari keluaran artis rakaman Naga Naga Studio. Lagu Dikir 'Serabut Weh' ini juga telah diambil dari lagu dangdut dari negara jiran iaitu Indonesia yang bertajuk 'Bete', nyanyian Manis Manja.

Video Klip Dikir barat moden 'Serabut Weh' yang asal tak sanggup aku nak sertakan sekali dalam Blog aku ni kerana, aku menyampah dengan aksi dan gaya gedik diorang menyanyi. Hal ini sedikit sebanyak boleh mencemarkan dan memalukan nama baik negeri Kelantan. Untuk pengetahuan semua, Syarikat Rakaman tersebut sebenarnya bukanlah dari negeri Kelantan tapi mereka datangnya dari Selatan Thailand. Apa yang mengelirukan kita hanyalah kerana dialek dan loghat bahasa mereka yang hampir sama. Seperti kata bidalan, 'Lembu punya susu, Sapi dapat nama'. Kalau korang nak tengok, jenguk jea terus dalam Youtube. Taknak wat semak dalam Blog aku ni..

Tapi ape yang menarik nak aku kongsikan adalah seorang Mamat Orang putih yang mampu memetik gitar dan menyanyikan lagu dalam dialek kelantan yang berpelatkan mat saleh. Aku 'Respect' habes la mamat ni.. Kita Orang Melayu dok sibuk-sibuk nak hafal lagu orang putih, tapi kita tak sedar, Orang putih pun turut berebut-rebut nak hafal lagu bahasa Ibunda kita. Jadi, kita patut berbangga menjadi anak melayu. Jadi... Layankan jeala...

video

Selain daripada itu, aku turut sertakan lirik dan chord gitarnye sekali... Blehla join skali ngan Mamat ni petik gitar...

Em  C       
Aku sikik pon tok heghe,
G                   D
Mu Ghoyak ado gewe,
Em                C
Aku sikik pon tok bimbe,
G                   D
Jate buke mo soghe..

Em               C                C
Saye bagi mu suko-suko... Suko,suko...
G                    D
Cinto bagi mu takdok gapo,

Em             C
Aku benci kepado mu,
C                    G
Aku pon raso doh jemu,
G             D
Mu gi la jauh dari ku,
D           Em
Aku Bose,Bose,Bose...

Em                  C
Bose tengok ko gayo mu,
C                   G
Dok tebeng depe mato ku,
G           D
Sikik pon aku tok lalu,
D                                Em  
Aku Bose,Bose,Bose... Ah... Serabut Weh...

( Em C G D )

Sunday, October 23, 2011

Mini Studio Buatku...

Assalamualaikum...
Sebagai seorang seniman pastinya mereka mempunyai satu tempat yang mana disitulah tempat mereka berhempas-pulas memerah idea dan menghabiskan masa untuk berkarya. Tempat tersebut boleh kita gelarkan studio ataupun workstation. Studio atau workstation tidak semestinya sebuah kawasan yang luas ataupun dilengkapi dengan peralatan yang canggih, cukuplah sekadar mampu memberi keselesaan dan mampu memberi ketenangan kepada seorang seniman untuk berkarya. Begitulah juga aku, tempat sebegitu perlu bagiku untuk berkarya ataupun untuk menghasilkan sesuatu tugasan termasuklah berblogging.

Aku mempunyai sebuah Mini Studio yang mana bagiku sudah cukup untuk memberi ruang dalam berkarya. Selain dari berkarya, disinilah juga aku meghabiskan masa untuk membaca buku, bermain gitar dan berblogging. Studio ini terletak di dalam rumah 'parent' aku. Jutaan Terima Kasih kepada kedua Ibubapa ku kerana menyediakan ruang untuk aku berkarya.


Friday, October 21, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan: SteamBoat

Assalamualaikum... Entry yang bakal aku kongsi kali ini adalah pasal makan-makan. Mungkin ini adalah entry pertama aku pasal makanan. Entry ni adalah sekadar untuk berkongsi mengenai tempat makan yang aku rasa boleh ramai-ramai dikunjungi. Tempat makan ni memang sangat jimat buat orang yang sangat-sangat suka makan dan orang yang banyak makan. Tempat makan yang aku maksudkan ni adalah Restoran Q Thai Steamboat. Untuk pengetahuan, Restoran ini mempunyai 3 cawangan iaitu di Cheras, Ampang dan Nilai. Tapi Restoran yang aku nak ceritakan ni adalah bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Restoran ni betul-betul berada di hadapan Giant Nilai. Seperti biasa, aku ke Sini mestilah bersama yang tersayang... Cik Nikisa Izas...


Harga makanan Di sini sangat-sangat berpatutan, untuk seorang dewasa Rm22 dan kanak-kanak Rm12 dan kanak-kanak dibawah ketinggian berapa entah, percuma.. Kenapa aku cakap berpatutan..?.. Sebabnya, boleh makan sepuas-puas hati, berpinggan-pinggan pun boleh ambil. Sama la ngan aku, berkali-kali ulang-alik  ambil pinggan dan cedok-mengcedok macam-macam hidangan. Aku jeling-jeling gak kat Tauke situ.. Garu kepala gak aku tengok die... Ha3... Nasib Badanla...


Gambar kat atas adalah sebahagian hidangan yang pulun aku makan. Pada hari tu, aku dah habiskan hampir 4 jam untuk menjamu selera. Mane taknye, lepas habeskan 2-3 pinggan kene berehat dulu, pastu sambung balik... Al maklumlah, nak bagi berbaloi ngan duit yang dikeluarkan... He3...  Setelah sekian lame melepak kat Situ, hasilnya macam ni la... Kenyang... Alhamdulillah...


Jadi kepada sesiapa yang gemarkan makanan laut atau steamboat, bolehla datang ke Restoran ini...
Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh terus ke blog Restoran ini.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...

Thursday, October 20, 2011

Motivasi Diri: Dasyatnya FITNAH


Assalamualaikum...
Isu yang cuba Aku ketengahkan dan ceritakan kali ini adalah berkenaan Fitnah. Hal ini kerana perbuatan saling fitnah-menfitnah terlalu banyak berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Hal ini Disokong oleh satu petikan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa maksud, "Akan muncul suatu ketika iaitu Ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlakunya jenayah" (Riwayat Muslim).

Apa yang dimaksudkan dengan Fitnah?... Fitnah adalah perbuatan dengan sengaja mengadakan keburukan dan kekurangan orang lain, menokok tambah keaiban dan kelemahan orang serta memalsukan kebaikan sehingga ia menjadi keburukan. Ia boleh diaplikasikan dalm pelbagai cara, samada dalam bentuk lisan atau juga dalam bentuk bertulis seperti surat layang, SMS, membuat entry atau 'Chat' pada laman web sosial dan e-mail.

Fitnah adalah satu daripada sifat mazmumah iaitu sifat tercela dalam agama Islam dan ia dilarang Allah s.w.t seperti dalam firman-Nya yang bermaksud, " Fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh". Petikan Surah Al-Baqarah ayat 191. Selain dari itu di dalam Surah Al-Qalam ayat 29 juga ade menyebut tentang Fitnah, ayat tersebut yang membawa maksud, "Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah."

Pada kebiasaannya, Pembuat fitnah akan menyembunyikan diri atau berselindung supaya tidak diketahui kerana tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatan itu palsu. Dalam situasi begini, Pembuat Fitnah tidak akan berjaya jika tidak dibantu oleh Individu yang menyebarkannya. Maka dengan itu, kedudukan pembuat fitnah dan penyebarnya adalah sama dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Lazimnya, perbuatan fitnah berlaku adalah kerana didorong oleh sifat tamak, iri hati dan mementingkan diri sendiri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang itu lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan melebihi kepentingan agama.

Untuk menguatkan lagi isu ini, aku juga ingin berkongsikan sebuah cerita yang mana menceritakan bahawa fitnah itu sangat bahaya. Cerita ini bermula pada suatu zaman dahulu kala, Di sebuah negeri ada seorang lelaki yang kaya sedang menuju ke pekan untuk membeli Hamba. Ketika dalam urusan memilih, Dia diperlihatkan seorang hamba yang cukup sifatnya dan tiada cacat celanya. Akan tetapi, Beliau telah dimaklumkan oleh Si penjual bahawa hamba tersebut gemar membuat fitnah. Lelaki kaya itu menganggap fitnah adalah perkara biasa, ia sangat ringan dan remeh, maka dia terus membeli hamba tersebut.

Setelah sekian lama Hamba tersebut di rumah majikannya, hamba itu mula membuat cerita kepada isteri lelaki kaya tersebut bahawa suaminya ingin berkahwin lagi. Maka hal itu menyebabkan Si Isteri berasa sedih dan marah. Dalam kesempatan itu, Si Hamba itu mencadangkan isteri majikannya segera menggagalkan rancangan perkahwinan itu dengan ubat guna-guna iaitu dengan cara mengambil bulu roma pada leher suaminya dengan menggunakan pisau yang tajam agar suaminya tidak terasa sakit ketika dia tidur. Si Isteri bersetuju tanpa usul periksa dan akan memastikan ia berjalan dengan lancar.

Lain pula situasinya Si Hamba ini bila menceritakan kepada Tuannya, Dia memberitahu bahawa isteri Tuannya akan membunuh beliau ketika dia tidur. Maka terkejutlah Si Suami ini bila mendengar perkhabaran tersebut. Maka beliau pun membuat perancangan untuk mengelakkan daripada dia dibunuh Isterinya sendiri. Pada malam kejadian, Si Suami berpura-pura tidur, maka datanglah Si Isteri dengan membawa pisau yang tajam. Ketika Leher lelaki tersebut dipegang isterinya, dengan pantas lelaki tersebut merampas pisau berkenaan lalu terus menikam isterinya hingga mati.

Maka keesokan harinya tersebarlah cerita berkenaan bahawa si suami telah membunuh si isteri dan cerita tersebut telah didengari oleh kedua-dua pihak keluarga si Suami dan Si Isteri. Hal ini menyebabkan Keluarga Si Isteri tidak berpuas hati dan telah bertindak dengan membunuh kembali lelaki kaya tersebut. Sekali lagi ia menjadi kucar-kacir bila Keluarga Si Suami pula mendapat pengkhabaran itu. Maka, berlakulah pembunuhan secara besar-besaran antara kedua-dua keluarga sehingga tidak seorang pun yang terselamat.

Kisah ini memberi pengajaran yang sangat penting kepada kita semua bahawa Bahaya Fitnah mampu menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta dan nyawa. Justeru itu, kita tidak boleh memandang Fitnah itu sebagai perkara yang ringan dan remeh, kita haruslah menilai kesahihan dan jangan cepat percaya dengan berita yang disampaikan seseorang. Selain dari itu juga janganlah pula kita membocorkan atau mencari kesalahan orang lain dengan mengintip. Hal ini jelas dilarang Allah dalam firman-Nya , "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain", Surah Al-Hujurat ayat 12. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat tercela ini dan semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari menjadi mangsa Fitnah... InsyaAllah.... 




Tuesday, October 18, 2011

Senyum Dalam Duka

Assalamualaikum... Sekali lagi entry berkenaan karya seni aku. Kali ini, aku telah menghasilkan karya yang mana penceritaannya berkenaan keperitan hidup insan yang bergelar wanita ... Walau terpancar manis senyumannya, tapi didalam hati yang menangis pilu siapa yang tahu?... Karya aku ini lebih ke arah aliran 'Pop Art' akan tetapi ianya telah diolah dengan gaya tersendiri dan diserapkan unsur kemelayuan didalamnya.. Aku ingin mengucapkan Terima Kasih kepada wanita yang sentiasa menjadi sumber Inspirasiku... Saudari Nikisa Izas... Karya ini aku namakan 'Senyum Dalam Duka'...


Monday, October 17, 2011

Engkau Yang Ku Cinta

Assalamulaikum... Kali ini, aku dalam mood agak syahdu dan aku nak kongsi chord gitar dari lagu 'Engkau Yang Ku Cinta', nyanyian dari Arwah Achik Spin. Pada pendapat aku, Arwah Achik ni mempunyai suara yang agak unik dan sedap didengar. Selain daripada itu, dia juga seorang selebriti yang bebas dari gosip-gosip liar dan kontroversi. Di kesempatan ini aku ingin sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat, Amin...

Berbalik pada Chord Gitar, Sepetang aku cuba mencarinya dalam Website, Tapi yang ada hanya lirik semata-mata. Maka, aku mencapai gitar keramat dan bermulalah sesi mencari chord... Do Re Mi Fa So La Ti Do.... Ha3... Dengan Mood ketika itu yang sememangnya tengah teramat syahdu, aku mulakan petikan gitar dan dengan suara Key A minor (Am), Dapatlah chord macam kat bawah ni.... Layankan jea...

Am                   Dm
Sering kau tanyakan
G                 C
Cintaku dimana
F                      Dm
Sering kau menuntut
E               Am      
Ucapan asmara

Am                     Dm
Tak mungkin berdusta
G         C
Perasaan ini
F             Dm         E
Dan kau tak mengerti dihati

E              Dm
Yang sebenarnya
G                 C
Engkau aku cinta
F                Dm
Permata dalam rindu
E                  Am
Ku hanya untuk mu

Am            Dm
Saling memerlukan
G           C
Bila berjauhan
F                    Dm
Harap kau mengerti
E          Am
Perasaan ini

<< Chorus >>

Am        Dm                     G
Kelu resah bukan sandaran
G              C                      F
Dan gelisah bukan hukuman
F           Dm                       E
Kerana kau yang ku idamkan
E            Am
Bukannya mainan

Am      Dm                      G
Seandainya kau mengetahui
G          C                          F
Hanya engkau yang ku cintai
F        Dm          E           Am
Itulah yang sebenar-benarnya

(Am Dm G C F Dm E Am)

Am                   Dm
Usah kau tanyakan
G                 C
Cintaku dimana
F                      Dm
Cukup kau menuntut
E               Am    
Ucapan asmara

Am                     Dm
Tak mungkin berdusta
G         C
Perasaan ini
F             Dm         E
Dan kau tak mengerti dihati
Am
Kecilku...

Chord Gitar kat atas ni boleh dimainkan secara 'Plucking' ataupun 'Screaming'.... Layankan jea yang mane melekat di Jiwa... So kepada mereka yang tak pernah dengar lagu ni... Kat bawah ni ada aku sediakan Video Clip... Layannzzz...

video

Sunday, October 16, 2011

Kerana Kau Gadisku...

Assalamualaikum... Entry kali ini adalah sekadar ini berkongsi satu karya 'Digital Illustration' yang sempat aku siapkan dalam masa sejam. Sudah semestinya karya aku ini di Inspirasikan dari Saudari Nikisa Izas dan aku namakan karya seni ini dengan nama 'Kerana Kau Gadisku...' Dengan berbesar hatinya, aku tujukan khas karya ini kepada Saudari Nikisa Izas

Saturday, October 15, 2011

Motivasi Diri: Berprasangka



Assalamualaikum... Sekali lagi bersyukur kehadrat Illahi kerana dapat sekali lagi aku menulis dan berkongsi sedikit cerita motivasi diri yang mana kali ini berkenaan perasaan prasangka. Perasaan prasangka ini adalah sifat semulajadi kita sebagai manusia dan kita tidak dapat mengelak dari berprasangka. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menjaga prasangka itu supaya sentiasa bersangka baik dan menjauhkan diri dari perasaan bersangka buruk.

Kisah ini diceritakan bermula pada suatu hari pada masa ketika Ibnu Abbas sedang dalam pengembaraan di Padang Pasir. Di tengah-tengah perjalanan itu, beliau ada terlihat akan seorang lelaki. Lelaki tersebut berkaki ayam dan tidak menutup kepalanya sebagaimana kebiasaannya menjadi pakaian-pakaian orang Arab. Lelaki itu juga tidak membawa sebarang beg dan hanya sehelai sepinggang. Ibnu Abbas berasa sangat hairan dan mula timbul perasaan kurang senang terhadap lelaki tersebut. "Bagaimana dia ini... tidakkah dia solat?" Bisik hati kecil Ibnu Abbas.

Tidak semena-mena, lelaki tersebut terus memandang kepadanya dengan tajam. Lalu lelaki itu membaca sepotong ayat Al-Quran yang membawa maksud, "Allah mengetahui apa yang kamu katakan dalam hatimu, oleh itu takutlah kepada Allah".

Mendengarkan ayat itu, Ibnu Abbas terkejut dan terus pengsan. Apabila dia tersedar, dia menadah tangan dan memohon keampunan daripada Allah kerana beliau memandang rendah dan berprasangka tidak baik pada lelaki tadi. Kemudiannya, Ibnu Abbas meneruskan perjalanannya. Dalam perjalanan itu, sekali lagi dia didatangi lelaki yang sama. Lantas Ibnu Abbas memandangnya dengan perasaan takut. Tapi, kali ini lelaki itu memandangnya dengan senyuman manis sambil membaca sepotong ayat Al-Quran lagi yang membawa maksud, "Allah lah yang menerima taubat dan penyesalan setiap hambanya dan mengampuni segala dosa mereka".

Selepas habis mendengarkan bacaan ayat tersebut, tiba-tiba lelaki itu hilang dari pandangan Ibnu Abbas. Semenjak daripada itu, Ibnu Abbas tidak lagi pernah berjumpa dengan lelaki tersebut. Begitulah ceritanya tentang prasangka. Didalam agama Islam, kita digalakkan sentiasa berprasangka baik dan jangan sesekali berprasangka buruk. Sesungguhnya, perasaan prasangka buruk itu adalah sebahagian dari penyakit rohani. Penyakit rohani adalah sebahagian punca besar berlakunya kerosakan di atas muka bumi ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata, "Bersangka baik itu adalah sebaik-baik ibadat kepada Allah". Marilah sama-sama kita renung dan cuba untuk mengawal perasaan kita daripada perasaan berprasangka buruk.. InsyaAllah..

Friday, October 14, 2011

Isu Panas: Siapakah sebenarnya Ramlah Ram?

Assalamualaikum...
Kehadiran aku kali ini hendak membongkarkan satu rahsia yang mungkin selama ini kita tidak tahu dan tidak sedar mengenai seorang artis wanita yang muncul pada era 80-an dan masih lagi berjuang dalam bidang seni nyanyian tanah air. Artis yang dinyatakan pernah muncul dengan lagu yang ber'genre' Pop Rock dan Balada, seterusnya ditukar kepada 'genre' etnik kreatif. Antara lagu yang pernah popular dan sering dimainkan di corong-corong radio ialah kau kunci cintaku dalam hatimu, diam-diam jatuh cinta, selamat jalan romeo dan banyak lagi. Artis tersebut ialah Ramlah Ram...


Tapi sejak kebelakangan ini timbul satu isu yang mempertikaikan identiti sebenar Ramlah Ram.. Benarkah isu yang dipersoalkan itu?.. sejauh manakah kebenarannya?.. Siapakah sebenarnya Ramlah Ram ini?.. Ramlah Ram dikatakan sebenarnya adalah seorang Ahli Gusti yang berjaya.. Beliau dikenali dengan nama....


'John Cena'... Benarkah berita panas ini?... Sejauh manakah kebenaran cerita ini, Isu ini diperkuatkan lagi dengan satu penemuan bukti oleh Encik Google... Bukti tersebut ada disertakan di bawah..


Ha3... Hampeh... sebenarnya semua cerita kat atas tu karut, semuanya bermula masa aku saja-saja dok layan 'Google Translate'.. Tiba-tiba rase nak tahu kalau-kalau nama melayu ni boleh di'translate dalam bahasa Inggeris' ke tidak? So, terlintaslah aku pada nama artis kegemaran aku masa kecik-kecik dulu, Akak Ramlah Ram. Nak tahu lebih lanjut cuba-cubelah buka 'Google Translate' tu... Kepada Kakak Ramlah Ram, saya Minta Maaf banyak-banyak, ia hanyalah sekadar gurauan dan tidak bermaksud untuk menjatuhkan imej atau air muka mana-mana pihak... Semoga hidup kita sentiasa tersenyum ceria kerana senyuman itu adalah satu sedekah... Allahualam...

Wednesday, October 12, 2011

New Collection Vol.3 by Nikisa Closet

Assalamualaikum...
Nikisa Closet sedang mengadakan promosi untuk "New Collection Vol.3"... Jemputlah beramai-ramai memeriahkan BlogShop ini. Setiap barangan adalah sangat terhad dengan harga yang sangat berpatutan dan murah.


Visit Us at:

Nikisa Closet

Wordless Wednesday #4


Tuesday, October 11, 2011

Motivasi Diri: Istimewanya Umat Muhammad


Assalamualaikum... Bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya masih diberi kesihatan fizikal dan mental untuk terus menulis dalam Blog ini. Cerita kali ini adalah mengenai keistimewaan Umat Nabi Muhammad s.a.w yang mana seperti kita sangat-sangat ketahui adalah Umat akhir zaman. Siapa Umat Nabi Muhammad s.a.w?... Kita semua, penganut agama Islam...

Kita sepatutnya sangat bersyukur kerana dijadikan sebagai Umat Nabi Muhammad s.a.w kerana terlalu banyak keistimewaan yang diberikan kepada kita. Pokok pangkalnya, semua terletak pada tangan kita untuk memilih jalan yang lurus atau yang berliku. Semoga Allah sentiasa melindungi Hamba-Nya yang taat... Amin. 

Cerita ini bermula pada suatu hari, Si Iblis terkutuk datang menghadap dan berdialog dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perbualan tersebut Si Iblis durjana ini dengan bangga menceritakan segala perbuatan jahatnya ke atas umat manusia dari zaman Nabi Adam a.s lagi. Akan tetapi sepanjang kegiatan jahat yang dilakukannya itu telah menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan terhadap umat Muhammad.

Maka Nabi Muhammad s.a.w bertanya, "Wahai Iblis yang terkutuk, apakah yang engkau musykil dan kelirukan?". Iblis terkutuk dengan pantas terus bersuara, "Wahai Muhammad yang Mulia. Sebenarnya aku keliru dan musykil dengan dua perangai dan sikap yang ada pada umatmu. Pertama, mereka mengaku cintakan Allah tetapi mereka sangat setia kepada aku dengan melakukan pelbagai kejahatan, dan yang kedua adalah mereka marah kepada aku tetapi mereka sangat patuh kepada hasutan dan godaan aku."

Kemudian Allah berkata, " Wahai Iblis yang terkutuk. Demi kemuliaanku dan kebesaranku, Aku anugerahkan ke atas umat Muhammad dua kebahagiaan. Pertama, perasaan cinta mereka kepada Aku menjadi penebus segala kesalahan mereka dan yang kedua, kemarahan mereka kepada engkau juga menjadi penebus kesalahan mereka."

Setelah diberitahu perkara tersebut oleh Allah maka Nabi Muhammad s.a.w kemudiannya terus menyampaikan kata-kata itu kepada Si Iblis Durjana. Si Iblis tadi tercengang dan terpinga-pinga apabila mendengarnya. Dengan itu Nabi Muhammad s.a.w berkata, "Wahai Iblis yang Terkutuk, pergilah engkau dari sini."

Dengan perasaan yang sangat hampa dan sangat sedih, Si Iblis Durjana tersebut berlalu pergi dari situ sambil mengenangkan untung nasibnya. Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa Allah akan memberikan keistimewaan yang sebegitu rupa kepada seluruh Umat Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang dapat aku simpulkan daripada kisah ini adalah pintu taubat sentiasa terbuka buat Umat Nabi Muhammad s.a.w. Seharusnya kita sebagai umat manusia perlulah sentiasa sedar dan menginsafi setiap perkara yang telah berlaku dan telah dilakukan, janganlah kita terlampau angkuh dan bongkak dengan kelebihan yang kita ada pada masa hidup kita. Sehubungan itu kita perlulah sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain sementara masih ada peluang waktunya. Sesungguhnya, hidup dan mati kita adalah Di tangan-Nya... Allahualam.

Saturday, October 8, 2011

Motivasi Diri: Derhakakah Aku..?


Assalamualaikum... Kali ini aku ingin berkongsi cerita berkenaan 'Derhaka'... Siapa yang derhaka?, derhaka pada siapa?.. Kebiasaannya kita seringkali mendengar cerita berkenaan isteri derhaka kepada suami, anak derhaka kepada ibubapa, tapi bukan itu yang ingin aku kongsikan. Ia adalah mengenai Ibubapa yang derhaka kepada anaknya... Bolehkah ia terjadi?. Jawapannya, BOLEH dan memang wujud dalam masyarakat kita sejak dari dulu lagi.

Kenapa isu sebegini yang aku nak kongsikan?. Ia adalah disebabkan masih wujud segelintir daripada ibubapa yang masih tidak tahu tanggungjawab mereka dan masih mengambil mudah dalam urusan keluarga dan urusan mendidik anak-anak. Dengan perkongsian cerita ini aku harap dapatlah ia dijadikan iktibar kepada ibubapa dan sesiapa sahaja kerana semuanya bakal bergelar ibu dan bapa... InsyaAllah...

Cerita ini berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab. Pada suatu hari, datang seorang lelaki menghadap Khalifah Umar bin Khattab. Kehadiran lelaki tersebut adalah kerana ingin membuat pengaduan berkenaan perilaku anaknya yang derhaka. Khalifah Umar mendengar setiap isi aduan tersebut dengan teliti dan kemudiannya beliau telah mengarahkan supaya lelaki tersebut membawa anaknya datang bersama.

Tidak beberapa lama kemudian tibalah lelaki tersebut bersama anaknya. Lantas, Khalifah Umar segera menasihati anak lelaki tersebut supaya tidak menderhaka kepada kedua-dua orang tuanya dan mengingatkan supaya sentiasa menjaga adab-adab sebagai seorang anak. Maka Si anak tadi tertunduk dan akur dengan nasihat itu. Tiba-tiba Si anak tersebut memandang wajah Khalifah Umar dan bertanya, "Tuan, bukankah sebagai seorang anak juga mempunyai hak-haknya terhadap bapanya? Maka dengan ringkas Khalifah Umar menjawab pertanyaan itu, "Ya, sudah tentu". Sekali lagi anak lelaki itu bertanya, "Apakah hak-hak tersebut Tuan?.

Khalifah Umar terus menjelaskan secara terperinci iaitu Hak Si bapa memilih siapa yang menjadi ibu kepada anak-anaknya, hak bapa memberikan nama-nama yang baik kepada anak-anaknya dan hak seterusnya adalah bapa perlulah mengajarkan Al-Quran kepada anak-anaknya. Mendengarkan penjelasan dari Khalifah Umar itu, Anak lelaki tersebut terus bersuara. "Tuan, sesungguhnya bapaku tidak pernah satu pun melaksanakan semua hak-hak tersebut. Ibuku adalah seorang hamba berkulit hitam dahulunya dan bertuankan seorang Majusi, aku pula dinamakan dengan nama "Ju Olan" iaitu sejenis kumbang biasa yang bewarna hitam dan akhir sekali dia tidak pernah langsung mengajarkanku membaca Al-Quran walau satu huruf pun."

Mendengarkan kata-kata anak kepada lelaki tersebut, dengan perasaan marah, Khalifah Umar menoleh tajam kepada lelaki tersebut seraya berkata, "Kamu telah datang dan mengadukan mengenai anakmu yang derhaka, Walhal kamulah yang sebenarnya derhaka kepada anakmu dahulu sehingga ia melakukan derhaka kepadamu kembali."

Begitulah Saidina Umar Al-Khattab meletakkan kesalahan tersebut kepada Si bapa kerana kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. Nabi Muhammad pernah berpesan bahawa Allah akan mengasihani Ibubapa yang menolong anak-anak mereka yang membuat kebaikan. Apa yang dapat kita simpulkan adalah, Ibubapa adalah sebagai satu 'Role Model' dalam mencorak keperibadian anak-anak. Dengan itu, jika Ibubapa cermerlang, InsyAllah, anak-anak mereka juga akan lebih cemerlang... Allahualam... Sekian, Terima Kasih...

Friday, October 7, 2011

Revolusi Sebuah Blog - Giorgio Izas : Blog & Aku



Assalamualaikum... Apakah yang dimaksudkan 'Revolusi'?... Sebenarnya perkataan revolusi tersebut boleh dikaitkan dengan pelbagai maksud mengikut konteks dan cara penyampaian. Secara kebiasaanya kita boleh mendefinasikan Revolusi adalah sebagai sesuatu perubahan sosial dan kebudayaan secara radikal dan memberi kesan yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Tujuan 'Entry' yang aku keluarkan kali ini adalah sekadar ingin memberi gambaran secara kasar perkembangan Blog aku yang baru berusia 1 tahun. Alhamdulillah setakat ini aku masih mampu bertahan untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Blogger walaupun ada waktu-waktunya aku berhenti untuk menulis dan berkongsi cerita di atas sebab-sebab yang tertentu yang tidak dapat aku elakkan.

Blog Aku didaftarkan pada bulan September 2010. Penglibatan awal aku sebenarnya bukanlah dengan kerelaan sendiri tapi di pujuk oleh Saudari Nikisa Izas yang pada masa itu sudah beberapa bulan berjinak-jinak dalam dunia blogger. Maka aku turutkan dengan permintaannya itu. Maka wujudlah Blog yang menggunakan nama East_Arm.blogspot.com. Akan tetapi Blog aku hanya tersadai tanpa apa-apa perkembangan sehinggalah pada 5 Disember 2010, rasa ingin berblogger timbul dalam hati kecil aku ini. Pada hari tersebut juga aku melakukan sesuatu perubahan kepada blog aku agar ia kelihatan sedikit menarik dan mampu mencetuskan minat yang lebih mendalam dalam dunia ini. Dengan itu, terhasillah Layout dan 'Header' yang pertama.


 Kemunculan pertama blog dengan imej yang agak simple dan isi kandungannya lebih kepada perkongsian minat dan hobi. Memandangkan aku masih baru dan sangat-sangat segar dalam bidang ini, maka ada saja perkara-perkara yang ingin aku lakukan untuk menjadikan blog aku lebih menarik dan tampak lebih hebat. Pada 23 Disember 2010, sekali lagi perbaharuan dilakukan dan terhasillah Header ke-2 Bagi Blog aku ini dengan menampilkan konsep animated header.

Izham Zainul

Aku menukarkan alamat blog aku kepada izhamzainul.blogspot.com. Kali ini aku mengetengahkan cara penyampaian isi kandungan yang lebih bersahaja dengan menggunakan bahasa pasar dan bahasa komunikasi harian. Isi kandungan pada masa itu masih lagi kepada penceritaan hobi dan ia turut ditambah dengan cerita-cerita berkenaan perjalanan kehidupan harian aku, dunia pekerjaan aku dan juga keadaan sekitar aku. Pada ketika ini minat aku kepada blog semakin menebal dan sangat kerap berblogging dan turut juga menjenguk-jenguk di laman blog-blog rakan yang lain. Banyak tips-tips yang aku guna pakai dan selain dari itu, aku juga seringkali menglibatkan diri dalam peraduan-peraduan yang dianjurkan para blogger lain. Semua itu dilakukan dengan hasrat supaya dapat bertukar-tukar link dan menambah kenalan dalam dunia maya ini.

Maka,  beberapa bulan yang berlalu, perjalanan blog aku agak baik dan berjalan dengan lancar. Akan tetapi, kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Aku mula dilanda kekangan kerja yang begitu banyak dan menyeksakan sehingga langsung tak dapat menjenguk Blog aku ini, apatah lagi mahu menjenguk rakan-rakan blogger yang lain. Hari demi hari berlalu sehinggalah pada 14 Jun 2011. Pada Hari tersebut aku agak lapang dan begitu teruja untuk melakukan perubahan yang drastik kepada blog ini. Maka sekali lagi Blog aku hadir dengan imej yang lebih baru dan juga dengan nama yang baru sehingga hari ini 7 Oktober 2011 masih aku gunakan.


Giorgio : Blog dan Aku, itulah nama yang sehingga kini masih diguna pakai. Isi kandungan blog ini pada awal-awal perubahan masih dikekalkan dengan gaya pengceritaan yang sebelumnya cuma dalam masa terdekat ini aku cuba muncul dengan kandungan yang lebih ilmiah dengan harapan ia boleh memberi manfaat kepada pembaca dan pengisian dalam diri dan masyarakat. Semoga Allah izinkan dan merahmati usaha aku untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang blogger yang masih belum pasti dimana penghujungnya... Allahualam... Sekian, Terima Kasih.

Motivasi Diri : Terdedah & Tertutup


Assalamualaikum aku ucapkan sebagai pembuka bicara. Isu aurat selalu menjadi isu hangat dikalangan masyarakat Islam di mana-mana jua, tidak terlepas juga di negara kita yang tercinta ini 'Malaysia'. Bila Di sebut perkataan 'Aurat', perkara yang akan mula-mula terlintas difikiran kita adalah kaum hawa... Tapi kenapa?... Ianya kerana aurat wanita lebih banyak jika ingin dibandingkan dengan kaum Adam yang mana seperti kita ketahui ia hanya merangkumi bahagian pusat hingga ke lutut sahaja.

Isu aurat sering dipertikaikan dikalangan wanita-wanita moden... kenapa mahu menegakkan benang yang basah?. Sudah tersurat dan tersirat, semua umat Islam perlu menutup aurat kerana hukumnya WAJIB. Aku ingin tujukan isu ini khas buat kaum Hawa. Tak pernahkah terdetik dihati kecil saudari sekalian untuk menjadi Muslimah sejati?.. Muslimah sejati semasa didunia amat dcemburui oleh para bidadari dan diakhirat kelak para bidadari akan menjadi pengikutnya... Sungguh besar nikmatnya.

Di sini aku ingin berkongsi sebuah cerita yang sangat logik difikirkan dengan akal bagaimana isu aurat ini perlu dipatuhi dan diikuti. Cerita ni aku dengar dari kakak Aku dan aku bercerita balik dengan gaya cerita tersendiri, dan sumber aslinya aku tidak pasti dari mana asalnya.

Ia bermula disuatu hari di sebuah kedai makan. Sekitar jam 10pagi, ketika itu dua rakan sekerja sedang menikmati sarapan pagi bersama. Seorang darinya adalah wanita berbangsa cina dan seorang lagi adalah pemuda melayu Islam. Dalam masa mereka sedang menikmati sarapan tersebut, tiba-tiba wanita cina tersebut mengajukan soalan kepada Pemuda melayu. "Kenapa Lelaki Melayu akan memilih wanita yang menutup aurat sebagai Isteri?". Pemuda melayu tersebut tersenyum dan menghabiskan dulu suapan nasi lemak yang masih disudu. Dengan tenang Lelaki tersebut menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan gula-gula. Diletakkan gula-gula tersebut di atas meja makan. Wanita cina tersebut berasa pelik dengan situasi tersebut.

Selepas lelaki tersebut meneguk air teh, lantas dia mengambil 2 biji gula-gula. Satu dibuangkan pembalutnya dan satu lagi kekal masih berpembalut, lalu dibuang ke lantai kedua-duanya. "Saudari pilih gula-gula yang mana?", tanya lelaki tersebut. Wanita cina tersebut tanpa berfikir panjang terus mengambil gula-gula yang berpembalut. Lantas lelaki tersebut bertanyakan hal tersebut, "kenapa saudari ambil gula-gula yang berpembalut?". Dengan pantas dan begitu yakin wanita cina tersebut memberikan jawapan, "buat ape nak ambil yang sudah terdedah, mestilah kotor". Dengan tersenyum mesra lelaki itu menyatakan bahawa itulah jawapan untuk soalannya tadi. Wanita Cina tersebut terus tercengang dan sangat kagum dengan jawapan yang diberikan pemuda melayu itu.

Sudah terang lagi bersuluh, maka renung-renungkanlah dan jadikan ia sebagai panduan dalam hidup. Setiap hukum yang dijadikan Allah mempunyai sebab munasabah kerana Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Maka tidak perlulah kita mempertikaikan kekuasaan-Nya itu. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah kepada semua hamba-Nya.... Amin...

Thursday, October 6, 2011

Motivasi Diri: Menuntut Ilmu


Assalamualaikum kepada para saudara, saudari dan blogger sekalian... Sepanjang aku menyepikan diri dari dunia Blog adalah sekadar mencari sedikit Ilmu buat bekalan Di alam selepas mati... Dari kecil kita biasa ditanya ape cita-cita kita?... Apa perancangan kita selepas tamat belajar?... Apa rancangan kita Di alam pekerjaan?... Tapi pernahkah kita buat perancangan untuk kehidupan kita selepas mati?.. Sebut mati terus rasa seram sejuk.. Taknak fikirkan?.. Mungkin genre cerita Blog aku kali ni agak berubah sedikit tapi aku masih diriku yang sama dan masih akan bercerita mengenai Hobi dan persekitaran dunia aku... Tapi kali ini aku cuba untuk berkongsi siri-siri cerita yang boleh memotivasikan diri kita dan sesiapa sahaja  yang boleh menerimanya. Dengan Harapan ia mampu Dimanfaatkan buat sekalian umat manusia.. InsyaALLAH...

Pembuka tirai siri Motivasi Diri ini adalah berkenaan sokongan dan galakan kita kepada orang-orang yang ingin 'menuntut ilmu'. Kenapa aku tergerak untuk berkongsi cerita sedemikian? Pada sepanjang pemerhatian aku, ada segelintir ibubapa yang tidak suka anak-anak mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, langsung tidak memberi galakan malah diherdik dan dikatakan individu tersebut sebagai beban dalam keluarga. Mereka juga seringkali dipaksa untuk berhenti belajar dan diminta untuk mencari kerja dan mampu memberi pulangan hasil yang belum pasti lumayan atau tidak kepada keluarga... Persoalannya, sejauh manakah kerja yang diperolehi dengan kelayakan yang rendah mampu memberi jaminan hidup untuk masa depan?...

Cerita yang ingin aku kongsi kali ini adalah sebagai membuka mata golongan ibubapa yang sedemikian. Cerita ini bermula semasa cendekiawan Imam Syafie masih muda. Pada masa itu, beliau ingin melanjutkan pelajarannya di bandar Kufah yang letaknya di negeri Iraq. Masalah besar yang dialami beliau adalah tidak mempunyai wang dan kemudahan yang mencukupi.

Diceritakan, pada suatu hari, beliau bersama guru beliau yang bernama Malik bin Anas pergi menuju ke Baqi. Setibanya di sana, Imam Syafie diberitahu gurunya bahawa beliau ada menyewakan seekor unta bagi kegunaan Imam Syafie dalam perjalanan ke Kufah. Imam Syafie sangat terharu dengan kemurahan hati gurunya itu.

Maka Imam Syafie berkata dengan penuh hormat, "Janganlah Tuan Guru bersusah-susah disebabkan saya. Bukankah Tuan Guru juga tidak berwang?". Lantas gurunya Malik bin Anas hanya tersenyum sambil memandang anak muridnya itu.

Maka Malik bin Anas menjelaskan situasi tersebut,"Benar kata saudara itu. Bagi makluman saudara, semalam ada tetamu bernama Qasim datang menziarahiku, Beliau telah menghadiahkan wang sebanyak 100 dinar kepadaku. Maka aku terima dengan senang hati. Hari ini, aku bawa 50 dinar untuk saudara."

Sekali lagi hati Imam Syafie tersentuh mendengar kata-kata guru beliau tersebut. Imam Syafie bersyukur ke hadrat Illahi kerana sentiasa dicukupkan keperluannya. Sedang Imam Syafie mengelamun, datang seorang tua membawa seekor unta yang sederhana saiznya. Orang tua itu datang dengan baik untuk menyerahkan Unta dan mendapatkan bayaran daripada guru beliau. Dengan senyuman mesra, Malik bin Anas mengambil unta itu dan membayar sewanya yang bernilai 50 dinar. Kemudian, unta tersebut diserahkan kepada Imam Syafie beserta wang 50 dinar sebagai wang perbelanjaan didalam perjalanan nanti. Dengan menunggang unta tersebut berbekalkan wang belanja 50 dinar, maka berangkatla Imam Syafie ke Kufah.

Apa yang dapat kita pelajari dari cerita ini adalah bagaimana kesanggupan seorang guru yang mana pada masa sama menjadi penjaga kepada Imam Syafie memberikan kesemua wang yang dimilikinya demi memberi galakan dan sebagai satu bukti sokongan kepada Imam Syafie dalam mencari ilmu. Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang memudahkan jalan orang menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga."

Marilah kita sama-sama renung-renungkan. Tidak ada ruginya kalau kita membuat kebajikan demi ilmu. Kita juga harus ingat hanya 3 amalan yang kita bawa bersama ketika mati iaitu, sumbangan harta dan kebajikan, ilmu yang dimanfaatkan dan yang terakhir adalah Doa anak yang soleh... Allahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...