Monday, October 31, 2011

Motivasi Diri: Berbakti Pada Ibu & Bapa


Assalamualaikum... Sudah sekian lama aku tidak menulis berkenaan 'Motivasi Diri', maka hari ini aku ingin berkongsi tajuk yang mana menyuruh kita supaya berbakti kepada kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Ibubapa adalah suatu individu yang sangat penting dalam setiap institusi kekeluargaan yang mana mempunyai peranan dan tugasan masing-masing. Begitu juga anak-anak yang di kurniakan Allah sebagai satu pelengkap bagi kehidupan bekeluarga. Kita sebagai seorang anak seharusnya sedar dan akur dengan peranan dan tugas masing-masing demi menjana sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Apa yang aku cuba kongsikan hari ini adalah sebuah cerita yang pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. mengenai tingginya nilai bakti kepada ibu dan bapa. Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. bagi menyuarakan hasrat hatinya. Dengan bersungguh-sungguh lelaki itu pun berkata, "Ya Rasulullah, aku ingin membuat perjanjian dengan Tuan supaya dapat aku berpindah dan menyertai Tuan bersama-sama untuk pergi berperang demi mencari pahala di sisi Allah".

Maka Nabi Muhammad s.a.w mengajukan pertanyaan,"Adakah kedua-dua ibu bapa saudara masih hidup?". Sesudah soalan diajukan, lelaki tersebut terus menjawab pertanyaan itu dengan menyatakan bahawa kedua ibubapanya masih hidup. Sekali lagi Nabi Muhammad mengajukan soalan,"Adakah saudara mahu mendapat pahala daripada Allah?". Maka dengan pantas lelaki tersebut mengiyakan sambil menghangguk-hanggukkan kepalanya.

"Kalau begitu, kembalilah saudara kepada kedua ibubapa saudara dan berbaktilah kepada mereka berdua dengan baik dan bersungguh-sungguh." Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada lelaki tesebut. Maka lelaki tesebut menerima dengan baik nasihat Nabi Muhammad s.a.w walaupun dia benar-benar berminat untuk menyertai perjuangan bersama Rasulullah s.a.w. Dengan kepulangannya tersebut, dia lebih diperlukan oleh kedua ibubapanya.

Begitulah serba sedikit cerita yang telah diringkaskan yang mana menceritakan betapa besarnya pahala jika kita berbakti kepada kedua ibubapa. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berpesan bahawa, Kasih sayang Allah itu bersama-sama dengan kasih sayang ibu bapa. Kemarahan Allah juga bersama-sama dengan kemarahan ibu bapa. Selain daripada itu, Ibnu Abbas juga pernah menyatakan bahawa, Orang yang mempunyai ibu bapa dan dia berbakti kepada kedua-duanya, Allah akan menyediakan untuknya dua buah pintu masuk ke syurga sebagai balasannya. Sekiranya dia hanya mempunyai salah seorang daripada kedua ibu bapanya, maka pintu itu hanya satu. Apabila salah seorang daripada ibubapanya itu marah kepadanya, maka Allah tidak akan mengampuni dosanya sehinggalah dia diampunkan dulu kesalahannya oleh ibubapanya. Hal ini dikecualikan jika anak tersebut dianiaya oleh ibubapanya sendiri.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapatlah kita mengambil iktibar dan menjadikan cerita ini sebagai panduan supaya kita lebih menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan sentiasa dengan hati yang terbuka akan berbakti kepada kedua ibubapa kita. Semoga kita mendapat rahmat dari-Nya... Allahualam... 

5 comments:

  1. nice entry..banyak memberi motivasi kpd yg krg tahu:)

    ReplyDelete
  2. Nikisa Izas: Semua kisah teladan adalah untuk memotivasikan diri sendiri... Jika kita pandai gunakan dan meletakkan dia dalam situasi yang betul dalam kehidupan kita, InsyaAllah ia akan benar-benar berkesan dan berguna... ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kedua ibu bapaku masih ada

    ReplyDelete
  4. Khairul: Alhamdulillah... Masih ade kesempatan untuk berbakti pada keduanya... :)

    ReplyDelete
  5. memang tak de habisnya kemuliaan orang tua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...