Saturday, October 15, 2011

Motivasi Diri: Berprasangka



Assalamualaikum... Sekali lagi bersyukur kehadrat Illahi kerana dapat sekali lagi aku menulis dan berkongsi sedikit cerita motivasi diri yang mana kali ini berkenaan perasaan prasangka. Perasaan prasangka ini adalah sifat semulajadi kita sebagai manusia dan kita tidak dapat mengelak dari berprasangka. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menjaga prasangka itu supaya sentiasa bersangka baik dan menjauhkan diri dari perasaan bersangka buruk.

Kisah ini diceritakan bermula pada suatu hari pada masa ketika Ibnu Abbas sedang dalam pengembaraan di Padang Pasir. Di tengah-tengah perjalanan itu, beliau ada terlihat akan seorang lelaki. Lelaki tersebut berkaki ayam dan tidak menutup kepalanya sebagaimana kebiasaannya menjadi pakaian-pakaian orang Arab. Lelaki itu juga tidak membawa sebarang beg dan hanya sehelai sepinggang. Ibnu Abbas berasa sangat hairan dan mula timbul perasaan kurang senang terhadap lelaki tersebut. "Bagaimana dia ini... tidakkah dia solat?" Bisik hati kecil Ibnu Abbas.

Tidak semena-mena, lelaki tersebut terus memandang kepadanya dengan tajam. Lalu lelaki itu membaca sepotong ayat Al-Quran yang membawa maksud, "Allah mengetahui apa yang kamu katakan dalam hatimu, oleh itu takutlah kepada Allah".

Mendengarkan ayat itu, Ibnu Abbas terkejut dan terus pengsan. Apabila dia tersedar, dia menadah tangan dan memohon keampunan daripada Allah kerana beliau memandang rendah dan berprasangka tidak baik pada lelaki tadi. Kemudiannya, Ibnu Abbas meneruskan perjalanannya. Dalam perjalanan itu, sekali lagi dia didatangi lelaki yang sama. Lantas Ibnu Abbas memandangnya dengan perasaan takut. Tapi, kali ini lelaki itu memandangnya dengan senyuman manis sambil membaca sepotong ayat Al-Quran lagi yang membawa maksud, "Allah lah yang menerima taubat dan penyesalan setiap hambanya dan mengampuni segala dosa mereka".

Selepas habis mendengarkan bacaan ayat tersebut, tiba-tiba lelaki itu hilang dari pandangan Ibnu Abbas. Semenjak daripada itu, Ibnu Abbas tidak lagi pernah berjumpa dengan lelaki tersebut. Begitulah ceritanya tentang prasangka. Didalam agama Islam, kita digalakkan sentiasa berprasangka baik dan jangan sesekali berprasangka buruk. Sesungguhnya, perasaan prasangka buruk itu adalah sebahagian dari penyakit rohani. Penyakit rohani adalah sebahagian punca besar berlakunya kerosakan di atas muka bumi ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata, "Bersangka baik itu adalah sebaik-baik ibadat kepada Allah". Marilah sama-sama kita renung dan cuba untuk mengawal perasaan kita daripada perasaan berprasangka buruk.. InsyaAllah..

6 comments:

  1. InsyaAllah..jgnla kita selalu berprasangka yg tdk baik terhadap org lain..dan jgnla suka menuduh yg bkn2 sblm kita menyiasat terlebih dahulu..

    *moga kita dijauhkan dr prasangka..
    Amin..

    ReplyDelete
  2. huhu susah jugak nk buang fikiran negatitif..
    jadi kena kuat smgt n think positif :)

    ReplyDelete
  3. Nikisa Izas: Btol tu.. Ramai dikalangan masyarakat kita suke buat andaian sendiri.. lately xpasal2 bleh jd Fitnah plak... Tambah Satu lagi dosa... ;)

    ReplyDelete
  4. sis92: Yup... Kadang2 minda kita dah didedahkan dengan cara camtu sejak dr kecil lagi... Ape2 pon, always be positive n think positive... :)

    ReplyDelete
  5. Good Info...! keep it up... >.<

    ReplyDelete
  6. DRceria: Thank's... Hope it will be usefull.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...