Thursday, October 6, 2011

Motivasi Diri: Menuntut Ilmu


Assalamualaikum kepada para saudara, saudari dan blogger sekalian... Sepanjang aku menyepikan diri dari dunia Blog adalah sekadar mencari sedikit Ilmu buat bekalan Di alam selepas mati... Dari kecil kita biasa ditanya ape cita-cita kita?... Apa perancangan kita selepas tamat belajar?... Apa rancangan kita Di alam pekerjaan?... Tapi pernahkah kita buat perancangan untuk kehidupan kita selepas mati?.. Sebut mati terus rasa seram sejuk.. Taknak fikirkan?.. Mungkin genre cerita Blog aku kali ni agak berubah sedikit tapi aku masih diriku yang sama dan masih akan bercerita mengenai Hobi dan persekitaran dunia aku... Tapi kali ini aku cuba untuk berkongsi siri-siri cerita yang boleh memotivasikan diri kita dan sesiapa sahaja  yang boleh menerimanya. Dengan Harapan ia mampu Dimanfaatkan buat sekalian umat manusia.. InsyaALLAH...

Pembuka tirai siri Motivasi Diri ini adalah berkenaan sokongan dan galakan kita kepada orang-orang yang ingin 'menuntut ilmu'. Kenapa aku tergerak untuk berkongsi cerita sedemikian? Pada sepanjang pemerhatian aku, ada segelintir ibubapa yang tidak suka anak-anak mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, langsung tidak memberi galakan malah diherdik dan dikatakan individu tersebut sebagai beban dalam keluarga. Mereka juga seringkali dipaksa untuk berhenti belajar dan diminta untuk mencari kerja dan mampu memberi pulangan hasil yang belum pasti lumayan atau tidak kepada keluarga... Persoalannya, sejauh manakah kerja yang diperolehi dengan kelayakan yang rendah mampu memberi jaminan hidup untuk masa depan?...

Cerita yang ingin aku kongsi kali ini adalah sebagai membuka mata golongan ibubapa yang sedemikian. Cerita ini bermula semasa cendekiawan Imam Syafie masih muda. Pada masa itu, beliau ingin melanjutkan pelajarannya di bandar Kufah yang letaknya di negeri Iraq. Masalah besar yang dialami beliau adalah tidak mempunyai wang dan kemudahan yang mencukupi.

Diceritakan, pada suatu hari, beliau bersama guru beliau yang bernama Malik bin Anas pergi menuju ke Baqi. Setibanya di sana, Imam Syafie diberitahu gurunya bahawa beliau ada menyewakan seekor unta bagi kegunaan Imam Syafie dalam perjalanan ke Kufah. Imam Syafie sangat terharu dengan kemurahan hati gurunya itu.

Maka Imam Syafie berkata dengan penuh hormat, "Janganlah Tuan Guru bersusah-susah disebabkan saya. Bukankah Tuan Guru juga tidak berwang?". Lantas gurunya Malik bin Anas hanya tersenyum sambil memandang anak muridnya itu.

Maka Malik bin Anas menjelaskan situasi tersebut,"Benar kata saudara itu. Bagi makluman saudara, semalam ada tetamu bernama Qasim datang menziarahiku, Beliau telah menghadiahkan wang sebanyak 100 dinar kepadaku. Maka aku terima dengan senang hati. Hari ini, aku bawa 50 dinar untuk saudara."

Sekali lagi hati Imam Syafie tersentuh mendengar kata-kata guru beliau tersebut. Imam Syafie bersyukur ke hadrat Illahi kerana sentiasa dicukupkan keperluannya. Sedang Imam Syafie mengelamun, datang seorang tua membawa seekor unta yang sederhana saiznya. Orang tua itu datang dengan baik untuk menyerahkan Unta dan mendapatkan bayaran daripada guru beliau. Dengan senyuman mesra, Malik bin Anas mengambil unta itu dan membayar sewanya yang bernilai 50 dinar. Kemudian, unta tersebut diserahkan kepada Imam Syafie beserta wang 50 dinar sebagai wang perbelanjaan didalam perjalanan nanti. Dengan menunggang unta tersebut berbekalkan wang belanja 50 dinar, maka berangkatla Imam Syafie ke Kufah.

Apa yang dapat kita pelajari dari cerita ini adalah bagaimana kesanggupan seorang guru yang mana pada masa sama menjadi penjaga kepada Imam Syafie memberikan kesemua wang yang dimilikinya demi memberi galakan dan sebagai satu bukti sokongan kepada Imam Syafie dalam mencari ilmu. Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang memudahkan jalan orang menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga."

Marilah kita sama-sama renung-renungkan. Tidak ada ruginya kalau kita membuat kebajikan demi ilmu. Kita juga harus ingat hanya 3 amalan yang kita bawa bersama ketika mati iaitu, sumbangan harta dan kebajikan, ilmu yang dimanfaatkan dan yang terakhir adalah Doa anak yang soleh... Allahualam...

3 comments:

  1. Alhamdulillah..semoga ilmu yg dikongsi dpt diamalkan dan di manfaatkan bersama dan membuka mata kepada org2 yang kurang pengetahuannya bahawa betapa pentingnya ilmu..

    ReplyDelete
  2. Nikisa Izas: InsyaAllah, perkara baik haruslah disebar-sebarkan supaya ia berguna di hari kemudian... ;)

    ReplyDelete
  3. subhanallah,
    moga kite dimudahkan jalan menuju ke syurga dengan memudahakan orang lain menuntut ilmu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...