Tuesday, November 29, 2011

Kisah Hijrah

Assalamualaikum...
Sempena Awal Muharram ini, Di sini aku ingin kongsikan sebuah kisah yang mana bermulanya catatan kalendar Islam. Kisah ini telah kita dengari dan ketahui sedari kita kecil lagi, namun kali ini Aku sekadar ingin menyegarkan kembali kisah ini. Semoga dengan penyampaian Kisah ini, mudah-mudahan dapatlah kita bersama-sama menghayati kisah disebalik Hijrah... InsyaALLAH...


RASULULLAH S.A.W berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail a.s melawat baginda ketika baginda sedang 'berkhalwat' di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah s.w.t sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah s.w.t supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah s.a.w mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah s.a.w diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah s.w.t, Malaikat Jibrail a.s menemui baginda untuk memberitahunya bahawa Allah s.w.t mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq r.a dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib r.a. Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali r.a tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah s.a.w walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah s.a.w. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah s.a.w. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali a.s dan bukannya Rasulullah s.a.w bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah s.a.w keluar dari rumah itu.

Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr a.s keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakar, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah s.a.w tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr a.s tidak berada di dalam, kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah s.w.t membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr a.s meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah s.w.t. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah s.a.w. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah s.a.w. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w dan sahabatnya tiba di perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah s.a.w dan sahabatnya akhirnya merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah s.a.w dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah s.a.w. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah s.a.w akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah s.a.w menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah s.a.w mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah s.w.t.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

* Perkataan Khalwat di dalam ayat di atas adalah merujuk kepada perlakuan Rasulullah s.a.w mengasingkan diri dan menyendiri dengan berzikir mengingati Allah s.w.t.
* Dari segi bahasa, khalwat berasal dari perkataan arab “خلا”, “خلوا”, yang membawa maksud berseorang-seorangan, kosong, bersih dan sebagainya. 

Sunday, November 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah - 1 Muharram 1433 Hijrah

Assalamualaikum...
Sempena di tahun yang baru ini, Aku ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada semua warga yang beragama Islam. Semoga Allah Ta'ala memberkati hidup kita semua dan melimpahkan lagi Rezeki kita Semua... InsyaALLAH... Di kesempatan ini, aku ingin tujukan satu lagu yang sangat EverGreen yang menjadi Theme Song untuk Ma'al Hijrah sejak dari aku kecil lagi... 'Ma'al Hijrah nyanyian kumpulan Al-Ajiba'... Aku juga sertakan Chord Guitar untuk lagu ini, Hayati lirik dan irama lagu yang mana sedikit sebanyak menceritakan peristiwa tentang Hijrah dan menyeru supaya kita mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan kita sesama Islam dalam memperjuangkan kebenaran dan Kesucian Agama Islam... Layankan... (~_^)

video


Am                   E
Satu Muharram Detik Permulaan
E                     Am
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Am                         Dm
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dm         Am          F     E
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Am                            Am
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Am         Dm                 Dm
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Dm          G     C          F
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Dm        F        E       Am
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Am
Hijrah Itu Pengorbanan
Am                 G
Hijrah Itu Perjuangan
G
Hijrah Itu Persaudaraan
G                     Am
Hijrah Membentuk Perpaduan

Dm        Am
Oleh Itu Mari Semua
E               Am
Kita Sambut Maal Hijrah
Dm                           Am
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
F           E     Am
Untuk Sepanjang Zaman

Saturday, November 26, 2011

Tahun Baru Islam - 1 Muharram 1433 Hijrah ( 27 November 2011 )


Assalamualaikum...
Hari ini 26 November 2011, adalah hari terakhir mengikut Kalendar tahun Islam iaitu bersamaan dengan 30 Zulhijjah 1432 Hijrah. Maka keesokan harinya bermulalah hari yang baru dan tahun yang baru mengikut kalendar Islam iaitu 1 Muharram 1433 Hijrah. Mengikut amalan di dalam agama Islam, kita disunatkan untuk melakukan beberapa perkara iaitu:

1. Melakukan Ibadat Puasa dalam Bulan Muharram.
2. Banyakkan amal Ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.Berdoa pada akhir tahun, pada hari terakhir dalam bulan Zulhijjah selepas Solat Asar sebanyak 3x.
4.Berdoa pada Awal tahun, 1 Muhharam selepas Solat Maghrib sebanyak 3x.

DOA AKHIR TAHUN

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

DOA AWAL TAHUN 

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Friday, November 25, 2011

FaceBook Punye Cerita... (~_^)

Assalamualaikum...
Manusia ni dilahirkan dengan bermacam-macam ragam dan berjenis-jenis karakter... Tapi macam mane kite nak mengenali karakter-karakter setiap individu..?... Ha3... FaceBook adalah jawapanya...
Ha3... Ntah Betul ke Tidak... Tapi kadang-kadang mengena gak tu... Maklumat ni aku perolehi dari Majalah Ujang dan Aku godek-godek Sket bagi menambah perisanya... Yang Terkena, Jangan Marah arr... Ha3... (~_^)

Thursday, November 24, 2011

Tanah Tumpahnya Darahku...

Assalamualaikum...
Tujuan 'Entry' Aku kali ini adalah untuk menyatakan bahawa Aku sangat Bangga menjadi Anak Malaysia... I'm really Proud to be Malaysian...

 E
Negaraku
                    B
tanah tumpahnya darahku
         F#m        B      E
Rakyat hidup bersatu dan maju
            E      A     F#m
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan
       E          F#m       E
Raja kita selamat bertakhta
            E      A     F#m
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan
       E      B       E
Raja kita selamat bertakhta


video

Wednesday, November 23, 2011

Nikisa closet : Keyya Kayya Bazaar (19.11.2011)

Assalamualaikum...
Booth Pertama Nikisa Closet bermulanya Disini, walaupun pada hari tersebut kami agak lewat untuk setup Booth tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Bazaar Rasta TTDI ni sebenarnya lebih kepada tempat makan-makan, namun begitu di sini juga telah banyak berlangsungnya event-event seperti ini pada masa sebelum ini. Pada hari tersebut cuaca agak panas dan menyebabkan para pengunjung tiba lewat untuk membeli-belah, ditambah lagi pada petang itu berlangsung acara Bola Sepak sukan Sea yang mana perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar. Maka, suasana menjadi sangat 'Happening' dengan riuh rendah suara sorakkan dan juga bertambah meriah dengan suara tawar-menawar... Secara Kesimpulannya, Event ini agak menyeronokkan kami dan InsyaALLAH kami juga akan turut serta jika terdapat lagi peluang-peluang seperti ini pada masa yang akan datang...

Banner Event yang dipasang pada pintu masuk utama
Sebahagian daripada koleksi Nikisa Closet
Nikisa Closet's Brand Tag
Owner Nikisa Closet... Aku & Nikisa Izas
Turut Serta Cik Zira & Cik Moonira Tall
Visit Us :

Nikisa Closet

Tuesday, November 15, 2011

Nikisa Closet Join Bazaar Event... Jom Serbu!!!


Assalamualaikum...
Penglibatan Sulong Nikisa Closet dalam arena Pem'Bazaar'an adalah sebagai satu lagi langkah pembabitan secara lebih serius dalam bidang perniagaan. Ini sedikit sebanyak mampu memberi galakkan kepada bangsa Melayu supaya menjadikan ia sebagai satu persaingan secara sihat dalam bidang ekonomi yang selama ini dimonopoli oleh kaum Cina. Walaupun begitu, Kita seharusnya terus bersatu dalam memajukan ekonomi negara malah turut bersama-sama terus menjulang nama Malaysia di persada Dunia. (Macam terover jea Aku nih... He3...)

"Disebabkan ini adalah penglibatan pertama, mungkin masih banyak kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam 'Booth' kami nanti, So, Diharapkan para pengunjung masih dapat memberikan sokongan dan masih enjoy bila berkunjung ke sini nanti", Jelas Pemilik Nikisa Closet iaitu Cik Nikisa Izas selaku rakan bisnes Aku sendiri. Selain daripada itu juga Nikisa Closet juga turut mengundang Cik Zira untuk turut serta, seterusnya menjadi rakan kongsi bagi pembukaan 'Booth' Sulong itu nanti.

Diharapkan para rakan-rakan Blogger dan seluruh Warga yang berhampiran dapat turut serta dalam memeriahkan lagi Bazaar Event ini. Jumpa Kami Di sana... Heeee... (~_^)


Nikisa Closet will selling Scarves/Shawl, Pin/Brooch, Keychains, Clothes, Bags and we also will selling Football Jersey and T-Shirt for mens.. So come and join me at KEYYA KAYYA BAZAAR EVENTS.. Bring together your family and friends!! You will get a good price at Nikisa Closet.
Thank you.. ♥♥♥

TIME : 12 PM – 7 PM
DATE : 19TH NOVEMBER 2011
VENUE : RASTA, Taman Tun Dr Ismail,
Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.

With Love and Style,
Nikisa Closet.

Nikisa Closet

Monday, November 14, 2011

Hunny The Explorer

Assalamualaikum... Dipagi Isnin yang agak Blues ni, aku nak 'share' sikit pasal anak buah Aku yang Comel dan sentiasa berjaya membuatkan kami semua terhibur dengan keletahnya. Baby comel yang aku maksudkan itu adalah 'Hunny The Explorer'... He3...
Name sebenarnya adalah Ridania Hani Riduani, Si Comel ni adalah anak kepada Kakak Kandung Aku iaitu Puan Noorul Hafeeza. Si 'Hunny' yang Comel ni sudah mencecah usia 11 bulan, tapi saiz badannya yang kecil dan kiut menyebabkan ia kelihatan baru berusia 4 hingga 5 bulan. Hobinya adalah merangkak dan mengembara setiap pelusuk rumah, selain dari itu Dia juga seorang Baby yang aktif dan sangat gemar bergurau senda. Setiap masa Aku yang terluang pasti tidak akan jemu jikalau ada Si Hunny yang Comel ni sudi menemani... Hi3...

Apa yang  menarik pasal keletah Si Comel ni adalah kepantangannya melihat orang yang sedang makan. Pada Kebiasaannya jika Aku makan berseorangan, Aku akan bawa pinggan dan makan kat depan Tv. Tapi harus berhati-hati... Ade mata yang sedang memerhati... He3.. Dengan mata yang bersinar-sinar... mimik muka yang sedang senyum lebar kelihatan agak melucukan dan diiringi suara... "ba,ba,ba... ta,ta,ta...". Ha3... Pastu laju jea merangkak ke arah aku dan terus memanjat sofa dengan penuh harapan. Tapi usahanya itu sememangnya tidak sia-sia... Kompom aku suapnye... mane bleh tengok muke kesian camtu... Terlintas gak kadang-kadang dengan keletahnya yang melucukan itu seolah-olah kelihatan seperti kucing yang comel... Ha3... Sorry yea Adik Hunny yang Comel, Uncle Kidding jea... (~_^)

Selain dari itu, dada Masa Aku sedang bermain gitar dalam bilik sendirian, tibe-tibe ade suara dari belakang meyapa... "Ta,ta,ta... Ba,ba,ba..." Ha3... Si Hunny nak join rupanye.. Si Hunny ni juga pantang mendengar bunyi-bunyian pasti die akan menari-nari dengan cara menghayunkan badan dan kepalanya. Bunyi Mug berlaga ngan penutup pun bleh die nak layan menari gak. Apatah lagi kalau mendengar deringan petikan gitar yang sumbang dari aku. Jadi, bila Si Hunny ni dah interframe... maka aku terusla tukar genre Pop yang aku layan tadi kepada lagu kanak-kanak kegemarannya... 'Ba, Ba, Black Sheep'... Ha3... Ape lagi tersengih lebarlah die sambil menghayun-hayunkan badan seronok menari. Begitulah serba sedikit keletah Si Hunny yang Comel ingin Aku kongsikan... Untuk mengambarkan bagaimana suasana tersebut, Maka Aku sharekan kat bawah ni Video Lagu 'Ba, Ba, Black Sheep' skali ngan Chord gitarnya... Jom kita Layan sama-sama...

video

C
Baa, baa, black sheep,
F            C
Have you any wool?
F        C
Yes sir, yes sir,
G          C
Three bags full. 
C           F
One for the master,
C           G
One for the dame,
C               F
And one for the little boy
C              G        C
Who lives down the lane.

Saturday, November 12, 2011

Derma Bukan Tontonan

Assalamualaikum... Aku masih lagi menyentuh isu tentang sedekah, cuma kali ini aku ingin berkongsi satu 'entry' video klip lagu dari Orang Lama iaitu Herman Tino yang berjudul 'Derma Bukan Tontonan'. Lagu ini sebenarnya adalah sebuah lagu yang mana menyatakan tentang keikhlasan dalam bersedekah. Lirik lagu ini walaupun pendek dan ringkas, tapi aku rasa sudah cukup untuk menjelaskan maksud ikhlas dalam bersedekah. Ia dinyatakan seperti dalam lirik berikut, 'Tangan Kanan Memberi, Sorokkan Tangan Kiri'. Istilah Ini menjelaskan bahawa dalam bersedekah janganlah kita nak bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk dengan sumbangan yang telah diberi. Malah cukuplah sekadar memberi dengan cara diam-diam atau tidak menghebahkannya atau juga tidak berlaku ungkit-mengungkit di kemudian hari.

video

    Am    
Tangan kanan memberi
  Dm              Am
Sorokkan tangan kiri
  Am   
Derma bukan tontonan
  G            Am
Lakukan dalam sepi
F       G          Am 
Sematkanlah keikhlasan
F       G          Am
Huraikanlah kebuntuan

G
Kerana sesuatu
Am
Suratan kehidupan
  F            E          Am
Mengharap dan dipinta bantuan

    Am    
Harta bukan milikmu
  Dm             Am
Untukmu hanya rezeki
  Am   
Terkurang himpun lagi
  G            Am
Terlebih memberilah
F       G          Am 
Begitu lebih kurangnya
F       G          Am 
Sedikit tulisan janji

Friday, November 11, 2011

Motivasi Diri : Sedekah... Yakinlah Dengan Rezeki Allah Ta'ala

Assalamualaikum... Seperti biasa kalau dilihat pada Tajuk 'Motivasi Diri' sudah semestinya aku akan berkongsi serba sedikit cerita yang mana mampu kita jadikan iktibar dan panduan dalam memotivasikan diri kearah menjadi Umat Islam yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Seperti kata pepatah, 'Kalu tidak dipecahkan Ruyung, manakan dapat sagunya'. Untuk mencapai kejayaan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan ia juga haruslah disertakan dengan tawakkal kepada Allah. InsyaALLAH... Berbalik kepada tajuk untuk kali ini, 'Sedekah'... Sedekah dalam bahasa yang mudah difahami adalah bermaksud menghulurkan dan memberikan bantuan secara Ikhlas kepada Individu ataupun kumpulan yang memerlukannya tanpa meminta atau mengharapkan apa-apa jua balasan. Konsep bersedekah dalam Islam sebenarnya adalah supaya menggalakkan Umatnya memberi pertolongan dan bantuan secara Ikhlas kepada Individu ataupun kumpulan yang memerlukan bantuan samada dari segi kewangan, makanan, pakaian dan sebagainya. Dalam hal ini ia dapat mengelakkan kita daripada mementingkan diri sendiri malah ia juga mampu mengeratkan lagi hubungan kita sesama saudara Islam. Pokok Pangkalnya, Keikhlasan adalah tunjang utama dalam Ibadah sedekah.

Untuk menguatkan lagi perkongsian ini, Aku turut selitkan sebuah cerita yang mana menceritakan tentang ibadah sedekah. Di ceritakan, kejadian ini telah terjadi pada zaman Imam Syafie yang mana Beliau adalah seorang ilmuwan yang sangat terkenal. Cerita ini berlaku selepas Beliau mengembara bertahun-tahun untuk menuntut ilmu dan sudah tiba masanya Beliau kembali ke kampung halaman di Kota Mekah. Sekian lama berpisah dengan Ibunya, beliau amat merindui Ibunya dan tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan Ibunya yang tercinta itu.

Dari jauh beliau melihat ibunya yang sudah tua sedang menantinya bersama beberapa orang wanita lain. Belum sempat Beliau turun dari tunggangan, Ibunya menerpa mendakap anak kesayangannya itu. Riuh rendah rumahnya dengan suara sanak saudara, jiran dan sahabat handai yang menyambut kepulangan Imam Syafie dengan kegembiraan kerana Beliau selamat pulang dan sangat sihat. Selepas beberapa ketika, keadaan mula kembali tenang, Imam Syafie memandang hadiah dan barang-barang serta harta yang dibawa pulang bersamanya. Tiba-tiba air muka ibunya yang berada disamping berubah menjadi muram seperti ada yang tidak kena.

Oleh itu, Imam Syafie terus bertanyakan tentang hal itu kepada Ibunya. Dengan masih berwajah muram dan sedih ibunya menjawab, "Adakah anakanda lupa masa anakanda mula-mula pergi dahulu?.. Masa itu bonda hanya membekalkan anakanda dengan dua salinan pakaian sahaja dan bonda merestui pemergian anakanda menuntut ilmu." Disambung lagi seketika oleh Ibunya yang sedang bersedih, "Bonda mengharapkan anakanda menjadi orang yang arif mengenai ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Bonda tidak mengharapkan anakanda pulang membawa kekayaan ini. Kekayaan dapat menjadikan seseorang sombong. Adakah anakanda pulang membawa harta ini bagi menghina saudara mara kita?".

Mendengarkan penjelasan itu, Imam Syafie segera memohon maaf kepada Ibunya dan bertanya apa yang perlu beliau lakukan. Maka Ibunya segera menyatakan supaya diberikan makanan itu kepada yang lapar, haiwan tunggangan diminta diserahkan pada yang tidak berkenderaan, pakaian-pakaian pula perlulah diberikan kepada yang tiada cukup pakaian dan wangnya itu perlulah diberikan kepada fakir miskin. Seraya mendengar permintaan Ibunya itu, tanpa berlengah Imam Syafie segera memenuhi permintaan ibunya itu. Beliau membahagi-bahagikan semua harta yang dibawanya itu seperti yang diminta dan hanya yang tinggal 50 Dinar sahaja.

Setelah selesai tugasan membahagikan harta itu dilakukan Imam Syafie, Ibunya sekali lagi bertanyakan tentang baki yang tinggal. Ibunya bertanya tentang kenapa baki 50 dinar disimpan. Imam Syafie kehairanan dengan soalan itu, maka beliau menyatakan bahawa nilai 50 dinar itu hanyalah sedikit dan hasratnya adalah untuk digunakan bagi keperluan harian dan untuk membeli makanan. Ibunya terus mengeleng-gelengkan kepala mendengarkan penjelasan dari anaknya itu.

"Peliknya kamu, Syafie, adakah anakanda bergantung dengan wang sebanyak 50 dinar bagi keprluan kita?. Adakah anakanda kurang yakin dengan sifat pemurah Allah?. Selama ini Allah mencukupkan segala keperluan anakanda. Cukuplah dengan apa yang ada. Dermakanlah semua wang yang tinggal itu," Kata Ibunya kepada Imam Syafie.

Disebabkan Imam Syafie adalah seorang anak yang patuh pada ibuya, dengan segera beliau menunaikan perintah ibunya itu. Walaupun sakunya sudah kosong tetapi Beliau kini berasa lebih kaya dan mewah daripada sebelumnya. Kekayaan jiwa dan Ilmu adalah lebih dari segala-galanya. Seraya itu, tiba-tiba rumah Beliau bagaikan terang dipancar suatu cahaya, cahaya tersebut adalah cahaya ilmu dan hikmat. Maka selepas itu, nama Beliau menjadi sangat terkenal dan masyur diseluruh pelosok dunia.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita ini adalah bagaimana harta yang kita miliki dan kita gunakan ke jalan yang benar yang mana jalan yang DiRedhai Allah adalah satu ibadah sedekah yang sangat besar nilainya. Sesungguhnya, tidah usahlah kita berasa takut akan jatuh miskin jika bersedekah dan kita wajib untuk yakin bahawa rezeki Allah Ta'ala ada dimana-mana kerana Allah adalah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jika ingin dihuraikan isu berkenaan sedekah dengan terperinci dan lebih mendalam sememangnya terlalu banyak dan begitulah juga dengan dalil-dalil dan hadis-hadis yang membicarakan isu sedekah ini.Seperti salah satu hadis dari Nabi Muhammad s.a.w adalah seperti berikut. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Pada kesimpulannya, untuk menjadikan sedekah sebagai satu amalan adalah tidak sesukar mana pun, perkara yang paling penting adalah 'Hati' yang 'Ikhlas'. Sedekah bukan hanya pada wang Ringgit, malah ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara. Sebagai contoh yang paling mudah dapat aku berikan di sini ialah sebagai seorang Blogger, pasti kita tidak asing dengan Iklan NuffNangkan?.. Apa kata mulai dari saat ini kita beramai-ramai singgah pada mana-mana Blog rakan-rakan seagama dan dengan niat bersedekah kita tekan Iklan NuffNang tersebut. Mudah-mudahan dengan usaha yang kita lakukan tersebut dapat megembirakan Si penerima dan dapat membantu meringankan bebannya maka mudah-mudahan juga Allah Ta'ala akan membebaskan kita dari kesulitan dan dengan Izin Allah juga mudah-mudahan doa kita Dimakbulkan... Allahualam... Selamat Beramal...

Saturday, November 5, 2011

9 ZulHijjah : Puasa Sunat 'Arafah'

Assalamualaikum...
Hari Raya AidilAdha pada tahun ini adalah jatuh pada Ahad iaitu 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah. Maka hari arafah akan jatuh pada hari Sabtu iaitu pada 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 Hijrah. Maka pada tarikh ini kita disunatkan untuk menunaikan puasa sunat "Arafah'. Puasa sunat Arafah ini adalah bersempena hari wukuf di Arafah yang mana adalah salah satu dari rukun haji. Walaupun begitu, puasa ini hanya disunatkan kepada umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji. Ia tidak disunatkan pada jemaah haji yang mana ada dinyatakan di dalam hadis bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. menegah sama sekali para jemaah haji untuk melakukan puasa sunat arafah. Abu Hurairah r.a menceritakan:

أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Puasa 'Arafah' dikatakan akan diberi ganjaran pahala yang besar yang mana akan diampunkan dosa-dosa kecil selama yang berlaku pada setahun yang lalu dan selebihnya. Ia perkuatkan lagi dengan adanya dalil hadis dari Abu Qatadah r.a. menceritakan:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَة

“Baginda telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah, beliau berkata: (diampunkan) dosa tahun lalu dan selebihnya” (Riwayat Imam Muslim).

Selain daripada itu, Hadis sahih yang dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi mengatakan Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Maka dengan itu, marilah kita beramai-ramai turut serta dalam melakukan ibadah puasa sunat Arafah. Semoga segala yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Ta'ala... Allahualam...


Thursday, November 3, 2011

Burden a.k.a Bebanan...

Assalamualaikum... Setiap individu dianugerahkan bebanan yang tertentu di dalam kehidupannya. Bebanan yang ditanggung telah ditafsirkan dengan pelbagai maksud oleh setiap individu. Ada yang mampu menerimanya dengan lapang dan ada juga yang makin menambah bebananya dan ada juga segelintir yang menganggap beban itu adalah perkara yang mudah. Walaupun pun begitu, ramai juga individu yang cuba lari dari bebanan masing-masing dan cuba meletakkan bebanan tersebut di atas bahu orang lain. Namun bebanan tetap suatu bebanan, begitulah Lumrah kehidupan. Maka terhasillah karya aku yang berjudul "Burden a.k.a bebanan"...


Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #6


Al-Quran Dipersendakan...!!!

Assalamualaikum... Entry aku kali adalah diatas dasar sayangkan agama Islam dan ingin menyeru rakan-rakan sekalian untuk bersama-sama bertindak dengan membuang makna yang tidak benar dalam 'Google Translate'. Sesungguhnya, sekuat-kuat Iman adalah dengan cara bentindak menggunakan tangan dan selemah-lemah iman adalah menanamkan perasaan benci dalam hati terhadap kemungkaran, Hal ini dikuatkan dalilnya dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَان، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

"Barangsiapa diantaramu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Jika Dia tidak sanggup, maka dengan lidahnya dan jika dia tidak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang sedemikian adalah selemah-lemah iman." Hadis Riwayat Muslim


Semoga perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa-masa akan datang. Bersama-samalah kita sebagai Umat Nabi Muhammad s.a.w. bangkit dan bersatu untuk mempertahankan agama yang Tercinta... Islam... InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...