Saturday, November 5, 2011

9 ZulHijjah : Puasa Sunat 'Arafah'

Assalamualaikum...
Hari Raya AidilAdha pada tahun ini adalah jatuh pada Ahad iaitu 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah. Maka hari arafah akan jatuh pada hari Sabtu iaitu pada 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 Hijrah. Maka pada tarikh ini kita disunatkan untuk menunaikan puasa sunat "Arafah'. Puasa sunat Arafah ini adalah bersempena hari wukuf di Arafah yang mana adalah salah satu dari rukun haji. Walaupun begitu, puasa ini hanya disunatkan kepada umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji. Ia tidak disunatkan pada jemaah haji yang mana ada dinyatakan di dalam hadis bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. menegah sama sekali para jemaah haji untuk melakukan puasa sunat arafah. Abu Hurairah r.a menceritakan:

أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Puasa 'Arafah' dikatakan akan diberi ganjaran pahala yang besar yang mana akan diampunkan dosa-dosa kecil selama yang berlaku pada setahun yang lalu dan selebihnya. Ia perkuatkan lagi dengan adanya dalil hadis dari Abu Qatadah r.a. menceritakan:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَة

“Baginda telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah, beliau berkata: (diampunkan) dosa tahun lalu dan selebihnya” (Riwayat Imam Muslim).

Selain daripada itu, Hadis sahih yang dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi mengatakan Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Maka dengan itu, marilah kita beramai-ramai turut serta dalam melakukan ibadah puasa sunat Arafah. Semoga segala yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Ta'ala... Allahualam...


2 comments:

  1. InsyaAllah..boleh juga berpuasa untuk hari ini..:)

    ReplyDelete
  2. Nikisa Izas: Alhamdulillah... Sekali setahun jea... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...