Friday, November 11, 2011

Motivasi Diri : Sedekah... Yakinlah Dengan Rezeki Allah Ta'ala

Assalamualaikum... Seperti biasa kalau dilihat pada Tajuk 'Motivasi Diri' sudah semestinya aku akan berkongsi serba sedikit cerita yang mana mampu kita jadikan iktibar dan panduan dalam memotivasikan diri kearah menjadi Umat Islam yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Seperti kata pepatah, 'Kalu tidak dipecahkan Ruyung, manakan dapat sagunya'. Untuk mencapai kejayaan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan ia juga haruslah disertakan dengan tawakkal kepada Allah. InsyaALLAH... Berbalik kepada tajuk untuk kali ini, 'Sedekah'... Sedekah dalam bahasa yang mudah difahami adalah bermaksud menghulurkan dan memberikan bantuan secara Ikhlas kepada Individu ataupun kumpulan yang memerlukannya tanpa meminta atau mengharapkan apa-apa jua balasan. Konsep bersedekah dalam Islam sebenarnya adalah supaya menggalakkan Umatnya memberi pertolongan dan bantuan secara Ikhlas kepada Individu ataupun kumpulan yang memerlukan bantuan samada dari segi kewangan, makanan, pakaian dan sebagainya. Dalam hal ini ia dapat mengelakkan kita daripada mementingkan diri sendiri malah ia juga mampu mengeratkan lagi hubungan kita sesama saudara Islam. Pokok Pangkalnya, Keikhlasan adalah tunjang utama dalam Ibadah sedekah.

Untuk menguatkan lagi perkongsian ini, Aku turut selitkan sebuah cerita yang mana menceritakan tentang ibadah sedekah. Di ceritakan, kejadian ini telah terjadi pada zaman Imam Syafie yang mana Beliau adalah seorang ilmuwan yang sangat terkenal. Cerita ini berlaku selepas Beliau mengembara bertahun-tahun untuk menuntut ilmu dan sudah tiba masanya Beliau kembali ke kampung halaman di Kota Mekah. Sekian lama berpisah dengan Ibunya, beliau amat merindui Ibunya dan tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan Ibunya yang tercinta itu.

Dari jauh beliau melihat ibunya yang sudah tua sedang menantinya bersama beberapa orang wanita lain. Belum sempat Beliau turun dari tunggangan, Ibunya menerpa mendakap anak kesayangannya itu. Riuh rendah rumahnya dengan suara sanak saudara, jiran dan sahabat handai yang menyambut kepulangan Imam Syafie dengan kegembiraan kerana Beliau selamat pulang dan sangat sihat. Selepas beberapa ketika, keadaan mula kembali tenang, Imam Syafie memandang hadiah dan barang-barang serta harta yang dibawa pulang bersamanya. Tiba-tiba air muka ibunya yang berada disamping berubah menjadi muram seperti ada yang tidak kena.

Oleh itu, Imam Syafie terus bertanyakan tentang hal itu kepada Ibunya. Dengan masih berwajah muram dan sedih ibunya menjawab, "Adakah anakanda lupa masa anakanda mula-mula pergi dahulu?.. Masa itu bonda hanya membekalkan anakanda dengan dua salinan pakaian sahaja dan bonda merestui pemergian anakanda menuntut ilmu." Disambung lagi seketika oleh Ibunya yang sedang bersedih, "Bonda mengharapkan anakanda menjadi orang yang arif mengenai ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Bonda tidak mengharapkan anakanda pulang membawa kekayaan ini. Kekayaan dapat menjadikan seseorang sombong. Adakah anakanda pulang membawa harta ini bagi menghina saudara mara kita?".

Mendengarkan penjelasan itu, Imam Syafie segera memohon maaf kepada Ibunya dan bertanya apa yang perlu beliau lakukan. Maka Ibunya segera menyatakan supaya diberikan makanan itu kepada yang lapar, haiwan tunggangan diminta diserahkan pada yang tidak berkenderaan, pakaian-pakaian pula perlulah diberikan kepada yang tiada cukup pakaian dan wangnya itu perlulah diberikan kepada fakir miskin. Seraya mendengar permintaan Ibunya itu, tanpa berlengah Imam Syafie segera memenuhi permintaan ibunya itu. Beliau membahagi-bahagikan semua harta yang dibawanya itu seperti yang diminta dan hanya yang tinggal 50 Dinar sahaja.

Setelah selesai tugasan membahagikan harta itu dilakukan Imam Syafie, Ibunya sekali lagi bertanyakan tentang baki yang tinggal. Ibunya bertanya tentang kenapa baki 50 dinar disimpan. Imam Syafie kehairanan dengan soalan itu, maka beliau menyatakan bahawa nilai 50 dinar itu hanyalah sedikit dan hasratnya adalah untuk digunakan bagi keperluan harian dan untuk membeli makanan. Ibunya terus mengeleng-gelengkan kepala mendengarkan penjelasan dari anaknya itu.

"Peliknya kamu, Syafie, adakah anakanda bergantung dengan wang sebanyak 50 dinar bagi keprluan kita?. Adakah anakanda kurang yakin dengan sifat pemurah Allah?. Selama ini Allah mencukupkan segala keperluan anakanda. Cukuplah dengan apa yang ada. Dermakanlah semua wang yang tinggal itu," Kata Ibunya kepada Imam Syafie.

Disebabkan Imam Syafie adalah seorang anak yang patuh pada ibuya, dengan segera beliau menunaikan perintah ibunya itu. Walaupun sakunya sudah kosong tetapi Beliau kini berasa lebih kaya dan mewah daripada sebelumnya. Kekayaan jiwa dan Ilmu adalah lebih dari segala-galanya. Seraya itu, tiba-tiba rumah Beliau bagaikan terang dipancar suatu cahaya, cahaya tersebut adalah cahaya ilmu dan hikmat. Maka selepas itu, nama Beliau menjadi sangat terkenal dan masyur diseluruh pelosok dunia.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita ini adalah bagaimana harta yang kita miliki dan kita gunakan ke jalan yang benar yang mana jalan yang DiRedhai Allah adalah satu ibadah sedekah yang sangat besar nilainya. Sesungguhnya, tidah usahlah kita berasa takut akan jatuh miskin jika bersedekah dan kita wajib untuk yakin bahawa rezeki Allah Ta'ala ada dimana-mana kerana Allah adalah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jika ingin dihuraikan isu berkenaan sedekah dengan terperinci dan lebih mendalam sememangnya terlalu banyak dan begitulah juga dengan dalil-dalil dan hadis-hadis yang membicarakan isu sedekah ini.Seperti salah satu hadis dari Nabi Muhammad s.a.w adalah seperti berikut. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Pada kesimpulannya, untuk menjadikan sedekah sebagai satu amalan adalah tidak sesukar mana pun, perkara yang paling penting adalah 'Hati' yang 'Ikhlas'. Sedekah bukan hanya pada wang Ringgit, malah ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara. Sebagai contoh yang paling mudah dapat aku berikan di sini ialah sebagai seorang Blogger, pasti kita tidak asing dengan Iklan NuffNangkan?.. Apa kata mulai dari saat ini kita beramai-ramai singgah pada mana-mana Blog rakan-rakan seagama dan dengan niat bersedekah kita tekan Iklan NuffNang tersebut. Mudah-mudahan dengan usaha yang kita lakukan tersebut dapat megembirakan Si penerima dan dapat membantu meringankan bebannya maka mudah-mudahan juga Allah Ta'ala akan membebaskan kita dari kesulitan dan dengan Izin Allah juga mudah-mudahan doa kita Dimakbulkan... Allahualam... Selamat Beramal...

2 comments:

  1. InsyaAllah..harap-harap dpt menjadi seorang yg ikhlas:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...