Wednesday, December 28, 2011

Operation Day... 21 Disember 2011

Assalamualaikum...
Hidup aku pada bulan ni boleh Diibaratkan seperti 'Chipsmore'.... Kejap ade, kejap tak de.. Macam-macam hal, sekejap tenggelam, sekejap timbul... So, begitu lamalah blog aku terbengkalai.. balik-balik entry same jea... So, pendapatan Blog aku pun makin menurun... Apa boleh buat, sudah tertulis itu saje rezeki Blog aku untuk bulan ini. Berbalik pada cerita yang ingin aku kongsikan... Pada 21 disember 2011, aku telah menjalani satu pembedahan kecil iaitu 'Tonsillectomy'...

Illustrasi Bahagian Tonsil yang Di bedah... (Palatine Tonsil)
Tonsil adalah salah satu kelenjar dalam tubuh badan manusia, ia berfungsi sebagai penapis kepada virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan kita. Namun, kadangkala ia tidak berfungsi dan tidak mampu lagi untuk menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, ia membengkak dan boleh mencapai saiz yang besar sehingga menyempitkan laluan makanan seterusnya mengganggu sistem pernafasan.

Kebiasaannya, penyakit ini banyak dialami oleh kanak-kanak akan tetapi ia juga tidak terlepas pada yang sudah dewasa... Kesan daripada radang tonsil ni adalah, aku selalu dijangkiti demam selesema dan demam panas. Cuba bayangkan, dalam sebulan, 2-3 kali aku mengalami demam... So, ape yang boleh aku buat?... Sangat terbatas aktiviti aku jalani seharian. Daripada seorang yang sangat aktif terus jadi seorang yang lemah dan lesu. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, maka aku telah membuat keputusan untuk menjalani pembedahan ini... Walaupun seram dan takut, aku terpaksa akur demi kesihatan aku di hari depan... HIDUP MESTI TERUS....

Pada 20 Disember 2011, sebelum menghadapi hari pembedahan aku perlulah ke Klinik E.N.T di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ II) untuk membuat 'clarking' ataupun senang cerita datang nak buat pemeriksaan kesihatan seperti yang telah Di Oppointmentkan. Untuk menjalani pembedahan ini, aku perlulah dalam keadaan sihat dan jauh dari demam. Ujian darah juga turut dilakukan pada ketika ini. Selepas selesai, aku dikehendaki menurunkan tandatangan perjanjian menjalani pembedahan. mase fikiran aku masih berbelah bahagi... 50-50... Nak Operate ke Tak Nak.. So, selepas selesai membaca surat tersebut, aku pun bersetuju dan menurunkan tandatangan. Maka, pihak Hospital terus menguruskan penempatan aku di dalam ward.

Klinik Unit Ears, Nose & Throat (E.N.T)

Laluan daripada Klinik E.N.T ke Unit Hasil & Ward

Unit Hasil HRPZ II... Tempat Pendaftaran masuk Ward.
Segala urusan pendaftaran untuk menghuni ward perlulah dilakukan di Unit Hasil ini. Setelah selesai urusan pendaftaran maka aku telah ditempatkan di Ward Melati... Maka aku pun memulakan XPDC mencari ward yang dikatakan terletak pada tingkat 5...

Laluan ke Ward

Disebabkan Ward tersebur berada di tingkat 5, maka kenalah naik Lift.. Ding Dong....

Ward Melati... Ward Melati.... Ke Kiri

Antara jenis pesakit yang diletakkan di dalam ward ini.

Dah sampai pun... 
Sesudah tiba di Ward, sekali lagi pemeriksaan kesihatan dilakukan. Segala data kesihatan diambil dan aku telah ditempatkan pada Katil No. 12... Maka bergegaslah aku menuju ke katil sambil Ditemani Papa tersayang. (~_^)

Inilah katil yang mana aku habiskan masa hampir seminggu terlantar...

Maklumat Pesakit pada katil...
Pada hari tersebut aku ditinggalkan keseorangan tanpa penjaga kerana aku masih sihat dan aktif. Nak dijadikan cerita, hari pertama aku di sana telah menimbulkan pelbagai persoalan kepada Pak Cik- Pak Cik kat katil sebelah. Diorang tertanya-tanya, aku sakit ape sebenarnya?... Nampak Sihat jea... So, panjang lebarlah aku memberi penjelasan kepada Pak Cik - Pak Cik tersebut... Hari tersebut adalah hari aku ziarah-menziarahi ke setiap katil sambil menanyakan khabar jiran-jiran dalam ward tersebut.

Sempat lagi Berposing... He3... Untuk Kenangan... (~_^)

Eksoseris yang wajib Dipakai... Tag Nama tidak termasuk Jam Tangan... 

Jarum yang meyalurkan air... memang sangat tak selesa....
Peneman Dikala sunyi... Masa aku banyak habis pada membaca buku..
Pada 21 Disember 2011, tepat Pukul 2 petang, sesudah aku selesai menunaikan solat Zohor... Nama aku dipanggil... Aku Dikehendaki menukarkan pakaian aku pakai sekarang kepada Jubah Operation... Seksi betul jubah tu... Dengan Bantuan Mummy tercinta, dia tolong ikatkan tali pada jubah tersebut. Maka, aku setelah selesai, aku mula ditolak menggunakan katil ke Bilik Pembedahan... Masa tu, ALLAH Ta'ala sajalah yang tahu perasaan aku... Seram Sejuk... mulut aku tak lepas dari bertasbih dan berselawat...

Setelah tiba Di bilik Pembedahan, Aku disoal beberapa tentang identiti aku dan ditanya berkenaan tandatangan yang aku turunkan pada surat perjanjian. Setelah selesai sesi tersebut, para Doktor memperkenalkan diri masing-masing dan tugas-tugas yang akan mereka buat dalam pembedahan tersebut... Selepas itu, Ubat pelali mula dimasukkan ke dalam tubuh badan aku dan aku dikehendaki bernafas menggunakan bantuan gas Oksigen... Salah seorang Doktor pakar tersebut meminta aku supaya melafazkan dua kalimah syahadah... 

  أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمدا رسول الله
 Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Setelah selesai melafazkan ayat tersebut, Aku terus kaku membisu..... Langsung tak sedar dan tak ingat ape-ape... masa silih berganti maka aku mula dikejutkan... Dalam keadaan yang separuh sedar aku dipindahkan ke Ward kembali. Maka pada hari tersebut aku langsung tak boleh nak bangun dan berbuat ape-ape. Hanya sekadar mampu membuka mata untuk melihat jam di Dinding.

Begitulah serba sedikit cerita pengalaman hari pembedahan aku. Selama hampir seminggu aku di dalam Ward. So, selama seminggulah juga aku langsung tak berpeluang berBlog Walking... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Adik Bongsu Aku E-One yang sanggup menemani aku selama seminggu di Hospital, tidak lupa juga pada Mummy dan Papa aku yang tiap-tiap hari datang menjenguk aku walaupun lokasi rumah aku dan Hospital agak jauh... Terima Kasih juga pada saudara mara aku yang sudi datang menziarahi aku, Terima Kasih juga pada Doktor dan Nurse yang banyak membantu sepanjang aku Di sana... Semoga ALLAH membalas budi kalian semua... insyALLAH... dan ketika aku sedang menulis ni, aku masih kesakitan walaupun tidaklah seperti kesakitan pada hari pertama... Sekian... (~_^)

Monday, December 19, 2011

Tahukah Anda : Info 1#

Assalamualaikum...
Sedar atau tidak, semakin dewasa dan semakin tinggi kita belajar maka makin banyaklah perkara yang kita tidak tahu... So, entry kali ini adalah satu perkongsian Info yang dah berbulan-bulan aku kutip dari pelbagai sumber... Semoga dengan sedikit Info ni dapatlah kita menambahkan lagi pengetahuan kita tentang perkara dan keadaan sekeliling... InsyaALLAH... (~_^)

Kajian mendapati manusia mengeluarkan 30 000 perkataan dalam percakapan seharian.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuklah jantung.

Percaya atau tidak, setiap hari darah beredar sejauh 180 000 kilometer dalam tubuh manusia.

Ibu jari tangan manusia biasanya sama panjang dengan hidung.

Secara purata, manusia memiliki 100 000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.

Thursday, December 15, 2011

Sang Bedebah Si Pencuri Kabel...

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu aku nak memohon kemaafan kepada rakan-rakan yang telah bertandan ke Blog aku ini dan masih belum menerima kunjungan kembali dari aku... Hal ini sebenarnya adalah disebabkan gangguan talian Internet dikawasan perumahan aku. 

Hal ini telah berlaku lebih kurang 4-5 hari lepas, yang mana pada sekitar jam 11 - 12 malam. Pada ketika itu, sedang bersemangat aku nak membuat BlogWalking... Tiba-tiba... Server Internet aku down... Maka kecohla satu umah malam tu. Kakak dan adik-adik aku masing-masing sedang menggunakan Internet pada Pc & Android terus tersentap. So, beberapa kalilah aku meng'reset' modem internet yang berada berhampiran telefon rumah, tetapi kami semua tetap hampa. Maka, malam itu kami semua tidur dengan satu perasaan yang agak terkilan... Ha3...

Pada keesokan hari, selepas solat Subuh... Perkara pertama yang aku buat adalah 'switch On' Modem Wi Fi. Tetapi, sekali lagi aku dikecewakan. Maka tergeraklah hati aku untuk mendail ke nombor 100 iaitu menghubungi talian bantuan TM. Bila aku angkat ganggang telefon, Telefon rumah aku sunyi sepi... Aik..?.. Perasaan pelik mula melanda diri.. 


Untuk mendapatkan kepastian, sesudah pekena 'Breakfast' aku terus menuju ke TM point yang berada berdekatan dan telah menggunakan perkhidmatan telefon operatornye. Segala masalah itu telah aku utarakan dan jawapan yang aku dapat adalah... "Pihak kami telah mengalami masalah kecurian Kabel di kawasan Encik". Pada masa itu, terus timbul perasaan geram dan marah kepada si pelaku jahanam yang mencuri kabel.

Selama ini aku hanya mendengar tentang pencurian kabel di dalam akhbar dan Tv. Tapi sekarang.... Perit rasanya... Ha3... Agaknya, dah berbakul-bakul sumpah seranah Sang Bedebah Si Pencuri Kabel tu dapat yea. Disebabkan tindakannya itu, banyak aktiviti dan kerja harian kami yang terbengkalai. Sangat-sangat menyusahkan. Begitulah ceritanya... Apa yang aku harapkan hanyalah, semoga Allah Ta'ala berikanlah hukuman dan balasan yang setimpal kepadanya dan juga berikanlah dia kesempatan untuk insaf dan bertaubat... InsyaALLAH... (~_^)

Friday, December 9, 2011

Rumahku... Tempat Lepak Kegemaranku (~_^)

Assalamualaikum...
Apa yg rakan-rakan semua buat bila masa terluang..? Sudah pastilah pelbagai jawapan yang boleh diberikan... ada yang gemar keluar memancing, membaca buku, bersukan dan bermacam-macam jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Begitu juga aku... Jika masa aku terluang, aku lebih gemar melepak... Ha3... Bunyinya seperti sangat Tak Berguna jea aktiviti kegemaran aku tu kan ? Tapi lepak aku ni bukannye seperti yang biasa kita dengar, aku hanya gemar melepak kat dalam rumah sendiri jea... Kalau korang nak tahu, aku ni sebenarnya jenis manusia yang tak suka keluar rumah dan sangat malas untuk keluar jalan-jalan kalau tanpa sebab. Perangai aku ni dah boleh mengalahkan anak Dara zaman-zaman Purba dulu kala. Apa boleh buat, dah di didik dari kecil lagi.

So, sebenarnya entry ni sekadar nak share Port Lepak kegemaran aku dalam rumah sendiri. Kebanyakannya, aku akan habiskan masa dalam Mini Studio, tapi Selain daripada itu , aku juga akan melepak ngan adik-adik aku kat 'Gaming Zone'... Ha3... Port layan Video Game... Yang paling best kalau semua bercuti dan berkumpul ramai-ramai... Dari Abang aku yang sulong sampailah kepada anak buah aku (anak-anak Abang, Kakak & Adik aku). Semuanya jenis kaki game... Game yang selalu kitaorang layan adalah PES 2011... Kalau game kat Pc plak, Far Cry dan seangkatannya.

Gaming Zone
Selain daripada 'Gaming Zone'... macam biasalah... Kita akan banyak habiskan masa dok ngadap Tv... So, port seterusnya adalah 'Mini Cinema'... Kat sini kebiasaannya, satu family akan dok ramai-ramai bersembang sambil menonton rancangan yang best-best... Biasanya rancangan pilihan sudah semestinya Bola Sepak dan untuk masa ini rancangan yang turut menjadi pilihan adalah Master Chef... He3... Bila dah berkumpul cam ni, ada saja topik yang akan diperbahaskan. Kebiasaannya juga, Papa aku lah tulang belakang dalam membuka topik-topik hangat... Ha3... (Pengkritik Tetap). Kami satu keluarga sememangnya sangat rapat dan sangat mesra antara satu sama lain. Happy Family... (~_^)

Mini Cinema
Secara kesimpulannya, selain daripada tempat kerja, rumah adalah destinasi pilihan kegemaran aku bagi menghabiskan selebihnya masa yang ada bagi menjalani kehidupan seharian...
(~_^) RUMAHKU, SYURGAKU...

Wednesday, December 7, 2011

BirthDay Gurl - Ridania Hani

Assalamualaikum...
Hari ini adalah Ulangtahun Kelahiran yang Ke-1 bagi Anak Buah aku yang sangat Comel, 'Si  Dora'... Nama sebenarnya adalah Ridania Hani, cahaya mata kepada kakak & Abang Ipar aku. Sempena ngan Birthdaynya ini, aku diminta oleh Mummynya supaya membuat Tag Nama untuk diletakkan pada 'Birthday Goodies Bag'. So, sepagi aku pun men'create'lah satu design yang sesuai ngan kecomelan Si Hani.
Dikesempatan ini, aku ingin Ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang Pertama untuk Hunny The Explorer. Semoga selamat membesar menjadi manusia yang berguna dan berjasa untuk keluarga. Be Good Girl yea... (~_^)...


Gambar Si Hani bersama Basikal barunya... Hadiah Besday dapat mase Celebrate ikut Calendar Islam (Baby 1 Muharram)... Yang bestnye Si Abangnye 'Ajim'... die pon dapat Beskal Baru gak... So, Semoga bergembira ngan Hadiah Besday itu... HAPPY BIRTHDAY...

Saturday, December 3, 2011

Hari Asyura ( 10 Muharram 1433 H / 6 Disember 2011 )

Assalamualaikum...


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi Muhammad s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...