Friday, December 9, 2011

Rumahku... Tempat Lepak Kegemaranku (~_^)

Assalamualaikum...
Apa yg rakan-rakan semua buat bila masa terluang..? Sudah pastilah pelbagai jawapan yang boleh diberikan... ada yang gemar keluar memancing, membaca buku, bersukan dan bermacam-macam jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Begitu juga aku... Jika masa aku terluang, aku lebih gemar melepak... Ha3... Bunyinya seperti sangat Tak Berguna jea aktiviti kegemaran aku tu kan ? Tapi lepak aku ni bukannye seperti yang biasa kita dengar, aku hanya gemar melepak kat dalam rumah sendiri jea... Kalau korang nak tahu, aku ni sebenarnya jenis manusia yang tak suka keluar rumah dan sangat malas untuk keluar jalan-jalan kalau tanpa sebab. Perangai aku ni dah boleh mengalahkan anak Dara zaman-zaman Purba dulu kala. Apa boleh buat, dah di didik dari kecil lagi.

So, sebenarnya entry ni sekadar nak share Port Lepak kegemaran aku dalam rumah sendiri. Kebanyakannya, aku akan habiskan masa dalam Mini Studio, tapi Selain daripada itu , aku juga akan melepak ngan adik-adik aku kat 'Gaming Zone'... Ha3... Port layan Video Game... Yang paling best kalau semua bercuti dan berkumpul ramai-ramai... Dari Abang aku yang sulong sampailah kepada anak buah aku (anak-anak Abang, Kakak & Adik aku). Semuanya jenis kaki game... Game yang selalu kitaorang layan adalah PES 2011... Kalau game kat Pc plak, Far Cry dan seangkatannya.

Gaming Zone
Selain daripada 'Gaming Zone'... macam biasalah... Kita akan banyak habiskan masa dok ngadap Tv... So, port seterusnya adalah 'Mini Cinema'... Kat sini kebiasaannya, satu family akan dok ramai-ramai bersembang sambil menonton rancangan yang best-best... Biasanya rancangan pilihan sudah semestinya Bola Sepak dan untuk masa ini rancangan yang turut menjadi pilihan adalah Master Chef... He3... Bila dah berkumpul cam ni, ada saja topik yang akan diperbahaskan. Kebiasaannya juga, Papa aku lah tulang belakang dalam membuka topik-topik hangat... Ha3... (Pengkritik Tetap). Kami satu keluarga sememangnya sangat rapat dan sangat mesra antara satu sama lain. Happy Family... (~_^)

Mini Cinema
Secara kesimpulannya, selain daripada tempat kerja, rumah adalah destinasi pilihan kegemaran aku bagi menghabiskan selebihnya masa yang ada bagi menjalani kehidupan seharian...
(~_^) RUMAHKU, SYURGAKU...

9 comments:

  1. Meriah rumah..Cun plak tu..Jeles I..huhu..:))

    ReplyDelete
  2. haha patotler melekat kt rumah, lengkap semuanya~~ sy suke mlepak kt rumah even rumah sy xde la sume benda tu, tp sy suke, sbb leh tidur lama-lama & ade kucing (n_n)hehe

    ReplyDelete
  3. samalah..saya pun suka lepak kat rumah je baca buku n main tenet..
    sampai jiran sebelah kata, tak pernah nampak langsung saya ni..;p

    ReplyDelete
  4. Nikisa Izas : Terima Kasih... bakal umah Mertua U jugak kan?... Ha3... (~_^)

    ReplyDelete
  5. Lynn : Xdelah lengkap sangat... Tapi bolehla setakat nak hilangkn Boring tu... Yang paling Best sebenarnya, suasana kat C'ni tenang & Syahdu jea... He3... Kantoi... Kaki Tido ek?... Ha3... (~_^)

    ReplyDelete
  6. Teenager Housemaid : Ha3... Ciri2 Pompuan Melayu Terakhir... Tak Kuar jemur pakaian ke?... He3.. (^_^)

    ReplyDelete
  7. terbaekkkkkkk..rumahku syurgaku..blh berjimat..air jus bancuh jer..

    ReplyDelete
  8. myzamar: He3... Yup... Berape banyak bleh jimatkn?.. (^_^)

    ReplyDelete
  9. sy pun suka lepak kat rumah... aahaha.. rasa xnk keluar sbb kat rumah smua ada..wkakakka.. >.< lagipun kat area rumah saya, saya xde kwan.. -,- sbb duk kat hostel.. x nyempat nak berkawan >.<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...