Thursday, December 15, 2011

Sang Bedebah Si Pencuri Kabel...

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu aku nak memohon kemaafan kepada rakan-rakan yang telah bertandan ke Blog aku ini dan masih belum menerima kunjungan kembali dari aku... Hal ini sebenarnya adalah disebabkan gangguan talian Internet dikawasan perumahan aku. 

Hal ini telah berlaku lebih kurang 4-5 hari lepas, yang mana pada sekitar jam 11 - 12 malam. Pada ketika itu, sedang bersemangat aku nak membuat BlogWalking... Tiba-tiba... Server Internet aku down... Maka kecohla satu umah malam tu. Kakak dan adik-adik aku masing-masing sedang menggunakan Internet pada Pc & Android terus tersentap. So, beberapa kalilah aku meng'reset' modem internet yang berada berhampiran telefon rumah, tetapi kami semua tetap hampa. Maka, malam itu kami semua tidur dengan satu perasaan yang agak terkilan... Ha3...

Pada keesokan hari, selepas solat Subuh... Perkara pertama yang aku buat adalah 'switch On' Modem Wi Fi. Tetapi, sekali lagi aku dikecewakan. Maka tergeraklah hati aku untuk mendail ke nombor 100 iaitu menghubungi talian bantuan TM. Bila aku angkat ganggang telefon, Telefon rumah aku sunyi sepi... Aik..?.. Perasaan pelik mula melanda diri.. 


Untuk mendapatkan kepastian, sesudah pekena 'Breakfast' aku terus menuju ke TM point yang berada berdekatan dan telah menggunakan perkhidmatan telefon operatornye. Segala masalah itu telah aku utarakan dan jawapan yang aku dapat adalah... "Pihak kami telah mengalami masalah kecurian Kabel di kawasan Encik". Pada masa itu, terus timbul perasaan geram dan marah kepada si pelaku jahanam yang mencuri kabel.

Selama ini aku hanya mendengar tentang pencurian kabel di dalam akhbar dan Tv. Tapi sekarang.... Perit rasanya... Ha3... Agaknya, dah berbakul-bakul sumpah seranah Sang Bedebah Si Pencuri Kabel tu dapat yea. Disebabkan tindakannya itu, banyak aktiviti dan kerja harian kami yang terbengkalai. Sangat-sangat menyusahkan. Begitulah ceritanya... Apa yang aku harapkan hanyalah, semoga Allah Ta'ala berikanlah hukuman dan balasan yang setimpal kepadanya dan juga berikanlah dia kesempatan untuk insaf dan bertaubat... InsyaALLAH... (~_^)

6 comments:

  1. jahat bebenor si pencuri kabel itu..ishh, sgt myshkn org lain..sabar yea..skrg dh boleh start bw semula:))

    ReplyDelete
  2. Terdesak betul.

    *Ske blog ni. Muahaha

    ReplyDelete
  3. Nikisa Izas : Ape Bleh buat... Stakat ni Alhadulillah, pihak TM still nk gantikan Kabel yg hilang tu... Sesetengah tempat, pihak TM xsanggup dah nk ganti... Stiap kali pasang, ghaib... Diorang Si Pencuri ni, ade Magik... (Hikmat Tangan Panjang)... He3... (~_^)

    ReplyDelete
  4. Cik Orkid : 'Desperate Sang Pencuri Kabel'...
    * Thank's... kalau dah suke, blehla lepak C'ni slalu... He3... (^_^)

    ReplyDelete
  5. ish ish..ape punye orglaaa..
    kabel pun nak curi..aiyakk.:)

    ReplyDelete
  6. sabo jerla.jahat gila org yg curik kabel tu.semua benda pun nak curi,adoyai..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...