Thursday, May 30, 2013

Gecko Shot Animation Trailer

Assalamualaikum...
Video Trailer untuk Permainan Video Android 'Gecko Shot' kini telah dilancarkan. Dengan pelancaran video trailer ini diharapkan sedikit sebanyak dapatlah menggambarkan bagaimana perjalanan cerita permainan video 'Gecko Shot' ini.

video

Untuk Mengetahui dengan lebih lanjut dan mengikuti perkembangan semasa tentang permainan video 'Gecko Shot' ini, anda semua boleh terus ke Page Fb 'Gecko Shot' dan terus tekan button 'Like'. Sokonglah perjuangan Video Game tempatan.



Tunjukan Tanda Sokongan Anda kepada Industri Pembangunan Permainan Video Tempatan dengan menekan button 'Like' pada Page 'Gecko Shot' (^_^)

Wednesday, May 22, 2013

Blogger of the Year 2013

Assalamualaikum...
Pelancaran DiGi WWWOW Internet For All Award 2013 baru-baru ini menandakan bermulanya satu pertandingan yang besar buat Blogger-blogger semua. Begitu juga dengan aku, untuk tahun ini aku akan cuba masuk. Menang atau kalah itu belakang cerita. Yang penting adalah semangat untuk mencuba. Kalau ada rezeki Alhamdulillah... Kalau kalah, jangan patah semangat dan cuba lagi pada tahun hadapan... Insya ALLAH (^_^)


Tarikh-tarikh penting untuk Award ini:

18 Mei - 23 Jun 2013
Pendaftaran Blog - Mengikut Kategori.

3 - 23 Jun 2013
Bermulanya sesi mempromosi Blog dan Sesi Undian.

24 Jun - 5 Julai 2013
Blog akan di adili oleh juri-juri dan pengadil.

6 Julai 2013
Malam penganugerahan

Kepada rakan-rakan Blogger sekalian, Jom kita pakat-pakat Vote-mengeVote. Akhir kata dari aku... Jangan lupe Vote Blog aku yang tak seberapa ni... (^_^)

Tuesday, May 21, 2013

Astro On The Go event at Sunway Pyramid

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Pada 18 Mei yang lalu, Astro telah mengadakan satu satu event besar-besaran di Sunway Pyramid, Bandar Sunway. Event tersebut telah disertai oleh ramai selebriti tanah air dari pelbagai kaum. Ia adalah bertujuan untuk mempromosikan pakej keluaran Astro iaitu Astro On The Go dan telah diadakan selama 12 jam iaitu bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

 Apa yang cuba aku kongsikan disini adalah serba sedikit pengalaman berada di sana. Pada hari tersebut,  Aku tiba pada event tersebut agak lewat iaitu sekitar jam 3 petang kerana terpaksa menghadiri satu lagi event yang telah diadakan pada sebelah paginya di Digi House sempena pelancaran DiGi WWWOW Internet for all awards 2013. 

Pemandangan dari tingkat atas, Sesi Foto dan Autograph.

Antara peminat yang begitu teruja untuk bertemu dengan selebriti yang diminati.

Sepanjang tempoh event diadakan, pelbagai acara dan aktiviti menarik yang telah diadakan seperti, nyanyian dari selebriti, kuiz, game show dan pelbagai lagi. Booth-booth yang mewakili channel dalam pakej Astro On The Go juga dibuka bagi memberi peluang kepada peminat dan pengguna mengenali dengan lebih terperinci isi kandungan rancangan tersebut.

Selebriti dari Channel Tamil sedang mengendalikan game show.

Booth Channel Sukan, Boleh mencuba permainan Football Table.

Pengacara pada hari tersebut, Farish dan Selebriti berbangsa cina (Nama tak tahu)...

Antara selebriti-selebriti yang hadir memeriahkan event tersebut adalah dari rancangan Raja Lawak musim ke-7, Kilauan Emas musim ke-3, Oh! My English dan ramai lagi.

 Sherry Ibrahim

 Dr. Fazley

 Izzue Islam & Puteri Fateen

Ajak Shiro sedang dikerumuni oleh peminat

Tuah, Gamat, Xtra & Bora peserta Raja Lawak musim ke-7

Sakan, Wala, Pahat, Okay & Boy peserta Raja Lawak musim ke-7

Sketsa dari Oh! My English

Pn. Alina peserta Kilauan Emas musim ke-3

Rocker Bro Mior peserta Kilauan Emas musim ke-3

En. Silah peserta Kilauan Emas musim ke-3

Aunty Ros peserta Kilauan Emas musim ke-3

Pn. Rina peserta Kilauan Emas musim ke-3

En. Idris peserta Kilauan Emas musim ke-3

Ramai lagi selebriti yang tak sempat aku jumpa, seperti Aaoron Aziz, Johan dan Isteri, Master Chef Selebriti dan beberapa lagi. Dalam setiap event yang aku sertai tak menarik jika tidak membawa pulang hadiah. He3...

Game Show. Dapat pecahkan sebanyak 157 pinggan dalam masa 20 saat.

Aku menang Hadiah dari Afc Channel iaitu Pen, Beg dan Apron. (^_^)

Cik Asyik pun dapat hadiah gak... (~_^)

Jibam Oh! My English bersama Cik Asyik

Aku bersama pelakon Oh! My English... Sempoilah Guys (^_^)

Aku rasa cukuplah dulu perkongsian pengalaman event ni. Insya ALLAH akan bersua dalam entry-entry akan datang. See You


Monday, May 20, 2013

Media Launch of DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013

Assalamualaikum...
Pada 18 Mei yang lepas, Aku telah dijemput untuk menghadiri satu event yang sangat menarik. Jemputan tersebut adalah dari pihak Nuffnang. So, Terima kasih banyak-banyak atas jemputan tersebut. Event tersebut adalah pelancaran ' DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013'.

Tag Visitor, Tapi kenapa Dec 12?
Barisan Blogger yang turut hadir, terasa diri ini kecil walaupun secara fizikalnya besar.

Pengacara yang sangat sempoi, Shac Era FM & Denise Hitz FM

Acara tersebut telah bermula pada pukul 10.30 pagi dan selesai pada sekitar pukul 3 petang. Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan. Antaranya adalah gameshow, kuiz, ucapan daripada blogger yang otai-otai dan yang paling menarik adalah makan. sangat sedap.

Stage yang simple dan sempoi
Lepak semeja dengan En. Budiey & En. Syefri (Lowyat.Net Author)
Lauk yang sedap & Lazat
Minuman sponsored by Chatime
"Bro, Don't Like That La Bro" crew
Ernest Ng. http://dontlikethatbro.blogspot.com Author
En. Budiey http://www.budiey.com/ Author
Joseph Germani http://officialgermani.blogspot.com/ Author

Sepanjang perjalanan Event tersebut, banyak pengalaman yang aku timba dan yang paling memberi kesan pada aku adalah, semangat untuk terus berjuang sebagai BLOGGER dan terus menyimpan cita-cita untuk lebih berjaya dalam bidang ini.


Bersama Brothers of "Bro Don't Like That La Bro"


Bersama Shac, Penyampai Radio Era FM


Bersama Denise, Penyampai Radio Hitz FM


Bersama En. Budiey, Blogger Dunia Hiburan


Bersama Joseph Germani, Blogger YouTube


It's Me... Anda bila lagi? (^_^)

Sebelum aku mengakhiri entry ini, Aku ingin mengucapkan Tahniah kepada Blogger yang telahpun memenangi award DiGi WWWOW Internet 2012 dan Selamat Berjaya kepada yang bakal menyertainya pada tahun ini 2013.

Tahniah juga buat Cik Asyik yang dapat Hadiah sepanjang Event ini berlangsung... He3

Cik Asyik bersama hadiah sumbangan dari En. Budiey

Sekian sahaja dulu dari aku, Jumpa lagi dalam entry-entry yang akan datang... Insya ALLAH (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...