Tuesday, May 21, 2013

Astro On The Go event at Sunway Pyramid

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Pada 18 Mei yang lalu, Astro telah mengadakan satu satu event besar-besaran di Sunway Pyramid, Bandar Sunway. Event tersebut telah disertai oleh ramai selebriti tanah air dari pelbagai kaum. Ia adalah bertujuan untuk mempromosikan pakej keluaran Astro iaitu Astro On The Go dan telah diadakan selama 12 jam iaitu bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

 Apa yang cuba aku kongsikan disini adalah serba sedikit pengalaman berada di sana. Pada hari tersebut,  Aku tiba pada event tersebut agak lewat iaitu sekitar jam 3 petang kerana terpaksa menghadiri satu lagi event yang telah diadakan pada sebelah paginya di Digi House sempena pelancaran DiGi WWWOW Internet for all awards 2013. 

Pemandangan dari tingkat atas, Sesi Foto dan Autograph.

Antara peminat yang begitu teruja untuk bertemu dengan selebriti yang diminati.

Sepanjang tempoh event diadakan, pelbagai acara dan aktiviti menarik yang telah diadakan seperti, nyanyian dari selebriti, kuiz, game show dan pelbagai lagi. Booth-booth yang mewakili channel dalam pakej Astro On The Go juga dibuka bagi memberi peluang kepada peminat dan pengguna mengenali dengan lebih terperinci isi kandungan rancangan tersebut.

Selebriti dari Channel Tamil sedang mengendalikan game show.

Booth Channel Sukan, Boleh mencuba permainan Football Table.

Pengacara pada hari tersebut, Farish dan Selebriti berbangsa cina (Nama tak tahu)...

Antara selebriti-selebriti yang hadir memeriahkan event tersebut adalah dari rancangan Raja Lawak musim ke-7, Kilauan Emas musim ke-3, Oh! My English dan ramai lagi.

 Sherry Ibrahim

 Dr. Fazley

 Izzue Islam & Puteri Fateen

Ajak Shiro sedang dikerumuni oleh peminat

Tuah, Gamat, Xtra & Bora peserta Raja Lawak musim ke-7

Sakan, Wala, Pahat, Okay & Boy peserta Raja Lawak musim ke-7

Sketsa dari Oh! My English

Pn. Alina peserta Kilauan Emas musim ke-3

Rocker Bro Mior peserta Kilauan Emas musim ke-3

En. Silah peserta Kilauan Emas musim ke-3

Aunty Ros peserta Kilauan Emas musim ke-3

Pn. Rina peserta Kilauan Emas musim ke-3

En. Idris peserta Kilauan Emas musim ke-3

Ramai lagi selebriti yang tak sempat aku jumpa, seperti Aaoron Aziz, Johan dan Isteri, Master Chef Selebriti dan beberapa lagi. Dalam setiap event yang aku sertai tak menarik jika tidak membawa pulang hadiah. He3...

Game Show. Dapat pecahkan sebanyak 157 pinggan dalam masa 20 saat.

Aku menang Hadiah dari Afc Channel iaitu Pen, Beg dan Apron. (^_^)

Cik Asyik pun dapat hadiah gak... (~_^)

Jibam Oh! My English bersama Cik Asyik

Aku bersama pelakon Oh! My English... Sempoilah Guys (^_^)

Aku rasa cukuplah dulu perkongsian pengalaman event ni. Insya ALLAH akan bersua dalam entry-entry akan datang. See You


2 comments:

  1. yeayyy..dpt hadiah..suka sgt2..best event ni..lg best kalau xde nyanyian dr diaorg tu ....(isi tmpt kosong) fhm2lah sape..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik... kedengaran unsur2 racist berlaku... Ha3... gurau jea... dh xminat lagu camtu, mmgla xbleh layan kn?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...