Sunday, June 30, 2013

Juara Piala FA Malaysia 2013

Assalamualaikum...
Jutaan TAHNIAH buat pasukan The Red Warriors kerana telah berjaya mempertahankan Piala FA untuk 2 tahun berturut-turut...

GOMO KELATE GOMO


Perlawanan Akhir Piala FA 2013
29 Jun 2013
Stadium Bukit Jalil

TRW 1 - 0 JDT
* Jaringan NorFarhan minit ke-16

Monday, June 24, 2013

Blogger of the Year Award 2013

Assalamualaikum...
Pada 23 Jun 2013, Adalah hari terakhir untuk sesi mengundi bagi WWWOW DiGi Internet for All Award 2013. Apa yang aku ingin kongsikan disini adalah kedudukan berdasarkan undian 10 tertinggi bagi kategori Blogger of the Year 2013 setelah sesi undian ditutup pada Jam 12 malam tadi. Sebanyak hampir 240 peserta yang turut serta bertanding. Kedudukan ini mungkin tidak rasmi kerana sesi pemilihan oleh pihak Juri akan berlangsung selama hampir 2 minggu iaitu daripada 24 Jun - 5 Julai 2013. Jadi, bolehlah kita sama-sama terjah blog mereka...




blogger







Sunday, June 23, 2013

Sketches

Assalamualaikum...
2-3 minggu kebelakangan ini aku terlampau sibuk dengan tugasan-tugasan pengajian. Tiada langsung ruang untuk aku berbloging. Jangan kata nak berblog walking, nak menulis entry pun tak sempat. Walaubagaimanapun, untuk tidak memberi ruang kepada sesawang bersawang dalam blog aku ni. Aku hanya mampu berkongsi beberapa keping lakaran dan sketches yang pernah aku lukis.

Lakaran ni aku lukis menggunakan Drawing pen dalam kertas bersaiz A4. Setiap satu lakaran ni aku hanya perlukan masa selama 5-10 minit sahaja. Penggunaan Drawing Pen adalah antara medium kegemaran aku. Tapi kalau dah tak ada, ballpen pun boleh aje digunakan.







Friday, June 21, 2013

Jenis-Jenis Tulisan Khat

Assalamualaikum...Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin kongsikan sedikit berkenaan jenis-jenis Tulisan Khat yang telah wujud di dunia ini. Ada sebahagian pernah kita jumpa dan kenali dan sebahagiannya langsung tidak kita kenali. Sebenarnya, penulisan dibawah ini adalah antara isi kandungan Thesis Master yang sedang aku buat. Dengan perkongsian ini, aku harap dapatlah kita memanfaatkannya... Insya ALLAH.

Types of Jawi Calligraphy
Jawi Script is a elastic script, flexible and rhythmic. It's easy and can be expanded in various variations. Character by character contain the beauty, aesthetic style that could have easily composed and it is beautifully. Jawi writing constantly evolving over the ages with a variety of interesting shapes.

Kufi Calligraphy/Khat Kufi



Kufi calligraphy originated from Kufa is the oldest form of calligraphy in the history and development of calligraphy. It existed during the reign of Caliph Ali ibn Abi Talib. Kufi calligraphy that angular shaped much been use as a decorative at mosques wall, portal, prayer towers, domes in bas-relief, decorative books, magazines, posters and banners. What is more interesting is, the first Qur'an also written in Kufi Calligraphy form (Che Man Che Siah, 2007).


Nasakh Calligraphy/ Khat Nasakh



Naskh Calligraphy was completed in beautiful shape by Arabic Calligrapher, Al-Wazir Abu Aly Muhammad Ibn Muglah and his brother Abu Abdullah al-Hassan. Both were created rules for Naskh Calligraphy writing by determining the length of the short and letter spacing, as well as the style and melody closely.Naskh Calligraphy is clear and easy to read has been used to writing academic books. Naskh Calligraphy and Tsuluts Calligraphy very little difference used to write the verses of the Quran, Al-Hadith and Islamic religious texts (Che Man Che Siah, 2007).

Tsuluts Calligraphy/ Khat Thulus



Tsluts Calligraphy is quite similar to nasakh Calligraphy. It is often used for writing Quran Mushaf, book titles and decorations (Che Man Che Siah, 2007).

Raihani Calligraphy/ Khat Raihani



Raihani Calligraphy similar to Tsuluts Calligraphy, but somewhat widened the letters long and filled with decorative signs (Che Man Che Siah, 2007).

Pharisees Calligraphy/ Khat Farisi



Pharisees Calligraphy was developed by Arabic calligraphy members who lived in Persia. It is styled in the form of letters that slant slightly to the right. It is widely used for writing books of literature, the name and essay title in magazines, newspapers and others. This Calligraphy is widely used in Persia, Pakistan and Turkey. Urdu Script is often written with the Pharisees Calligraphy (Che Man Che Siah, 2007).

Riq'ah Calligraphy/ Khat Riq'ah



Riq'ah Calligraphy is a type was created by the Turkish Calligrapher during the reign of 'Ottoman 850AH . Their main purpose is to synchronize the calligraphy writing used in all official transactions among government employees.Riq'ah according to dictionary is a written piece of paper. A particular feature of this calligraphy is a small form, easier and can be written quickly. As a result, Riq'ah Calligraphy has been used in higher education such as the University of Al-Azhar and Darul Ulum in Cairo. In addition, it is also used in military and logistics in the golden age of Islam in Europe.

Riq'ah Calligraphy use in our society more focused on writing and notes only, whereas the Naskh calligraphy are so widely used, particularly in the publication of books, magazines and newspapers (Che Man Che Siah, 2007).


Diwani Calligraphy/ Khat Diwani


Diwani calligraphy evolved from Khat Riq'ah form makes intricate letters. The writing was used in government offices in the Islamic government in Egypt which at that time under the reign of Sultan Khedewy around 1220 H and beyond. 
At that point, Calligraphy Diwani used for writing official letters, letter decision, letter agreements, letters of appreciation, charters and others. Diwani Calligraphy get their name derived after the name of the government office is 'Diwan Malaky'. So, all the letters issued them called Diwani Letter and that script they are used called Diwani Calligraphy. Among the members of the famous Diwani Calligrapher is Hamdullah Sheikh Al-Ansary, Jalal and Al-Hafiz Usman.
Diwani calligraphy is rounded and curved. It is written in a soft and malleable according to the requirements of the calligrapher. Privileges can be seen in Diwani Calligraphy art form that curved and skilled Calligrapher to create this calligraphy is soft and conform to rules (Che Man Che Siah, 2007).

Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday #10


Kepada para sahabat yang budiman... Tolonglah Vote Blog Giorgio ni yea... (^_^)

Monday, June 17, 2013

Identity - Series of Kelantan

Assalamualaikum...
Aku sekadar ingin berkongsikan beberapa karya yang pernah aku hasilkan sebelum ini. Tujuan penghasilan karya ini adalah untuk mempromosikan negeri kelantan sempena tahun melawat Kelantan. Lukisan ini aku lukis menggunakan 'Charcoal' daripada jenis 'soft' dan 'medium'. Penggunaan Medium 'charcoal' adalah antara 'tools' kegemaran aku dalam menghasilkan sesebuah karya. Saiz sebenar lukisan ini adalah 24 inci x 36 inci, iaitu sebesar kertas bersaiz A1. Untuk menyiapkan satu lukisan ni, aku mengambil masa 3 hari.




Karya di bawah ini pula bertajuk 'Identiti'. Ini adalah sebahagian daripada Ilustrasi secara digital. Saiz sebenar Ilustrasi ini adalah 48 inci x 60 inci. Karya ini dah selamat dibingkaikan dan sekarang dah terpampang pada dinding rumah orang tua aku. Apa yang cuba aku sampaikan dalam ilustrasi digital ini adalah berkenaan identiti aku sendiri. Kategori Ilustrasi ini termasuk dalam jenis 'Stencil Art'.


Sebelum itu, Jangan Lupa untuk Vote Blog aku ni yea... \(^_^)/ Sekian, Terima Kasih.

Saturday, June 15, 2013

'Vietnam Here I Come' - Part II

Assalamualaikum...
Peperangan mampu mengubah sebuah negara kelas ketiga kepada sebuah negara yang maju. Entry aku kali ini adalah sambungan daripada cerita Bag Packer Trip. Hari ke-2 aku di Vietnam, dimulai dengan bangun seawal pukul 4 pagi. Konon-kononnya nak dapatkan satu 'shot' situasi matahari terbit. Tapi apakan daya perkiraan kami pada hari itu jauh meleset. Hotel yang kami menginap rupa-rupanya membelakangkan matahari terbit. Hampeh betul la... Maka kami terpaksa mengubah pelan dengan terus mandi dan bersiap untuk ke destinasi di mana bermulanya sebuah negara yang bergelar Vietnam.

Pada pagi itu, kami hanya mengalas perut dengan roti kentang dan air botol oren. Dalam perjalanan untuk mendapatkan kenderaan ke tempat tersebut, sempat jugalah mendapatkan beberapa 'scene' bagi mengisi 'insert' video dokumentari aku nanti.

Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut... Sebenarnya kali ini aku akan ke Cu Chi Tunels, dimana pejuang-pejuang Komunis Vietnam bersembunyi dan menjadikan markas untuk mereka berkampung. Kami ke sana dengan menggunakan van yang disediakan agensi perlancongan disana. pergerakan kami di sini agak sukar sedikit kerana tiada pemandu pelancong yang tetap seperti di Kemboja.

Tepat pada jam 9 pagi kami semua berangkat ke Cu Chi Tunels. Seperti biasa, sepanjang perjalanan adalah amat berharga untuk mendapatkan beberapa 'scene' yang menarik. Tapi apa yang lebih menarik, perjalanan kami ke sana rupanya termasuk sekali pakej melawat ke tempat kraftangan yang dihasilkan oleh orang-orang kurang upaya. Ini adalah satu Bonus untuk video aku nanti.

Pintu masuk ke bengkel kraftangan.

sental jangan tak sental.

kawasan kraf yang dihasilkan daripada marmar.

Kraf yang dihasilkan menggunakan kulit telur.

Turut disediakan galeri dimana kraf tersebut boleh dibeli. Menarik tu..

Kami berada disini selama sejam dan sempat jugalah aku, menyambar beberapa barangan kraf untuk dijadikan cenderamata nanti. Setelah itu, kami menyambung kembali perjalanan ke destinasi yang dirancang. Perjalanan kami ke sana memakan masa hampir sejam lebih kerana lokasinya adalah diluar daripada kesibukan kota. Sekitar pukul 12, kami pun tiba. Suasananya memang berlainan, terasa seolah-olah berada dalam kebun getah.

Teruja ke tu?... Kebun getah jea pun...

Kebun Getah..? Don't judge book by a cover...
Di sinilah peperangan antara tentera amerika dan tentera Vietkom berlangsung secra sengitnya. Seperti yang pernah kita lihat di dalam beberapa filem seperti 'Rambo, Missing in action' dan beberapa filem yang lain lagi. Rupa-rupanya memang jauh berbeza daripada apa yang kita lihat dalam filem tersebut. Seperti yang digambarkan dalam filem tersebut, dapat kita lihat kem-kem tentera Vietkom di bina dia atas permukaan tanah. Sebenarnya tidak sama sekali. Tentera Vietkom tidak sebodoh itu, mereka lebih handal berperang di dalam hutan.

Posing sikit... He3

Peace yo.. (^_^)

Perangkap yang diletakkan disebalik pintu.

Jerangkap samar. Tak sempat nak cube...

pintu masuk ke terowong persembunyian.

patung yang ditempatkan bagi menggambarkan suasana ketika perang.

Antara sebahagian adegan dalam video dokumentari.

Kereta kebal tentera amerika yang diletupkan.

antara senjata yag digunakan tentera Vietkom.

tajam tu... nak cube pn boleh

Perangkap berduri.

kawasan senjata-senjata di bina.

picnic ke tu... He3

Apa yang menarik situasi perang pada zaman itu adalah, di permukaan tanah adalah kubu dan kem bagi tentera amerika dan manakala di bawah tanah pula adalah tempat persembunyian tentera Vietkom. Agaknya betullah pepatah ada mengatakan, 'tempat yang paling selamat adalah tempat yang paling bahaya'. terowong-terowong yang dibina dibawah tanah betul-betul sempit dan panas. saiz laluan mereka dibina mengikut saiz badan tentera Vietkom yang kecil dan ini menyukarkan tentera amerika untuk memburu mereka.

AK 47 - Senjata tentera komunis.

Cenderahati berbentuk bom dan peluru ade dijual.

Nak beli sebijik AK47, tapi nanti sangkut kat Airport plak.

Replika cara-cara senjata dibuat.

Sempat mengorat awek Vietnam... He3

Banyak aktiviti menarik yang sempat aku buat di sini, antaranya adalah menembak, mencuba sendiri untuk menyusup di dalam terowong yang sempit dan panas yang mana perlu dilalui sejauh 100 meter secara jalan itik atau merangkak dan banyak lagi. Kami berada di sana hampir selama 3 jam dan berjaya mendapatkan ' beberapa 'scene' yang menarik. Sekitar pukul 3 petang, kami berangkat pulang ke hotel.

Hari yang sangat memenatkan, tetapi misi masih belum selesai. Setibanya di hotel, kami mandi-manda dan berehat untuk seketika sebelum keluar untuk mendapatkan beberapa 'scene' yang terakhir.

Pasar Cho Ben Thanh.

Sekitar pintu masuk Pasar Cho Ben Thanh

Suasana di dalam pasar Cho Ben Thanh.

Vietnam Dong - Matawang Vietnam

Sempat singgah untuk membeli-belah dahulu sebelum bersiar-siar sekitar Kota Ho Chi Minh sambil merakamkan aktiviti-aktiviti penduduk di sini. Apa yang aku kagum adalah aktiviti bersukan yag mereka amalkan ketika waktu petang. Acara sukan yang mereka mainkan adalah sepak raga, patutlah sukan sepak takraw negara mereka sudah jauh lagi bagus dari negara kita. Rakyat kita pun patut mengamalkan aktiviti seperti ini juga.

Menjual belon ditepi jalan yang sesak. Praktikal ke bang?

Sepak Raga - Perempuan pn join sekali.

Kami akhiri aktivit kami pada hari tersebut dengan makan malam di Restoren Halal Kampung Melayu. Makanan di sini sangat sedap dan harga pun sangat berpatutan.

Santapan malam kami. Ringkas tapi sangat sedap.

Setelah selesai makan, kami beransur ke hotel untuk membuat sesi 'off line' sebelum mengemas kesemua barang-barangan untuk berangkat pulang ke Malaysia esok. Pada malam itu, kami tidur dengan nyenyak sekali. Badan yang terlalu penat hilang begitu sahaja bila mengenangkan kampung halaman. Banyak perkara baru yang dapat aku pelajari sepanjang trip ini. Cuma apa yang dapat aku katakan. 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih seronok di negeri sendiri'... Insya ALLAH

Kesibukan Kota Ho Chi Minh

Tan Son Nhat Airport Saigon, Vietnam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...