Saturday, June 1, 2013

'Cambodia Here I Come' - Part I

Assalamualaikum...
Kali ini aku ingin berkongsi cerita tentang Bag Packing Trip. Sepatutnya, entry ni dah lama aku post tapi disebabkan kehidupan seharian yang tersangatlah sibuk, maka terpaksa ditangguhkan sehingga hari ini. Pada 29 April yang lalu, Aku telah mengadakan satu Bag Packing trip ke Cambodia dan Vietnam bersama dua lagi sahabat aku iaitu Dani dan Rahman. Tujuan aku ke sana adalah untuk menyiapkan satu misi iaitu, Video Dokumentari. Kami bertiga telah menetapkan tempat-tempat untuk pergambaran tersebut.

Perancangan untuk trip ini telah dirancang seawal bulan Febuari lagi. Segala urusan tiket kapal terbang dan urusan di sana telah diuruskan baik oleh Dani. Bagi aku, Dani memang terbaik dalam kerja pengurusan trip ni. Terima Kasih banyak-banyak Bro.

Penerbangan kami ke sana adalah sekitar pukul 6 pagi waktu Malaysia. Maka, pada malam tersebut aku terpaksalah bermalam dirumah Dani untuk memudahkan segala perancangan. Sehari sebelum ke sana, aku langsung tidak tidur. Memandangkan aku terpaksa menyiapkan beberapa tugasan yang penting yang mana terpaksa aku tinggalkan untuk seketika selama seminggu.

Bag Packer Team - Aku, Rahman & Dani

Bumi Kemboja sudah kelihatan

Breakfast bersama Pasport

Penerbangan kami memakan masa hampir 1 jam 45 minit. Kami tiba dan keluar dari Flight sekitar pukul 7.20 Waktu Kemboja. Setibanya di sana, badan terasa sangat penat dan lenguh-lenguh. Mungkin sebab tak cukup tidur. Keadaan Airport di sana sangat berlainan dengan LCCT KLIA. Mungkin Kemboja cuba mengekalkan identiti negaranya begitu. Benda pertama yang aku buat adalah mendapatkan Sim Card untuk Samsung Note aku. Internet sangat penting walau dimana berada.

Segala urusan di Airport selesai, kami keluar dan terus mendapatkan Tuk Tuk. Secara kebetulan pula, pemandu Tuk Tuk tersebut bernama Abdul Rahman sama dengan nama kawan aku. Lebih menarik lagi, dia juga boleh bertutur dalam bahasa melayu. Ini sudah bagus, lebih memudahkan kami untuk berkomunikasi. Sedikit perbincangan kami lakukan dan kami bertiga telah bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan Tuk Tuknya selama kami berada di sana.

Phnom Penh International Airport, Kemboja

Pemandu & Kenderaan Rasmi Aku - Tuk Tuk Muslim

Sebelum tiba di Kemboja, kami telah merancang untuk menetap di Puncak Hotel. Tetapi malang sekali, harga yang kami dapat tidak seperti yang dibincangkan. Kami telah memutuskan supaya dibawa terus ke Hotel pilihan kedua iaitu Modern City Hotel yang terletak betul-betul disebelah sungai Mekong. Sangat menarik dan sangat selesa. Harga untuk satu malam adalah USD30 (RM92.97). Setibanya di hotel, kami berehat untuk seketika dan menyiapkan peralatan untuk memulakan misi kami.

Modern City Hotel, Phnom Penh - Bersebelahan Sungai Mekong

Cuaca yang baik untuk 'Shot' Video Dokumentari

Seperti yang dirancangkan, lokasi pertama kami adalah di Tuol Sleng, Phnom Penh. Apakah tempat ini?.. Ia adalah tempat dimana sebuah sekolah telah ditukarkan menjadi penjara pada zaman pemerintahan Pol Pot sekitar tahun 1975 - 1979. Di sinilah mangsa tahanan yang menentangnya ditempatkan dan di seksa, 'Khmer Rouge Jail'. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, bolehlah Google pasal Pol Pot, Pemerintah Kuku Besi yang sangat kejam.

Bersemangat walaupun tak cukup tidur

Tugu peringatan mangsa kekejaman Pol Pot di 'Khmer Rouge Jail, Tuol Sleng'

Kubur Mangsa kekejaman Pol Pot

Sekolah yang telah diubahsuai menjadi penjara tahanan

Tempat menghukum mangsa tahanan dengan menggantung hingga mati

Sel penjara yang begitu sempit

Tempat penyiksaan mangsa di Tuol Sleng.

Video Dokumentari sedang dijalankan.. Rahman & Dani

Kami memulakan misi pada pukul 12 tengahari sehinggalah pukul 5 petang waktu Kemboja. Sebelum kami keluar dari kawasan ini, kami berasa sangat bertuah kerana dapat berjumpa bekas mangsa kekejaman Pol Pot iaitu En. Chum Mey. Ketika sesi temubual tersebut, kami dibantu oleh seorang rakyat tempatan dalam proses alih bahasa. Hal ini kerana En. Chum Mey hanya fasih berbahasa Kemboja dan langsung tidak boleh berbahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Begitu banyak cerita yang beliau kongsikan sambil menunjukkan kesan dan parut dari penderaan rejim Pol Pot. Aku sangat bersimpati dengan nasib beliau. Kalaulah aku ditempat beliau, apalah agaknya akan jadi yea?... Terima kasih aku ucapkan buat En. Chum Mey yang telah banyak membantu melengkapkan misi kami.

Chum Mey, Mangsa tahanan di Tuol Sleng yang selamat

Setelah selesai tugasan untuk hari tersebut, kami semua berangkat pulang ke Hotel. Tapi sebelum itu, kami terlupa bahawa kami belum pun makan untuk seharian. Memandang berada di negara yang sukar mendapatkan makanan halal, kami meminta Pemandu kami memperkenalkan restoren yang menyediakan makanan halal. Maka, tibalah kami disebuah restoren yang berhampiran hotel kami dan dicelah-celah kesibukan bandar Phnom Penh. Memang tepatlah pilihan restoren itu yang namanya pun Halal Restaurant River Side.

Memang sedap dan lazat masakan ala Kemboja

Hampir satu jam kami menjamu selera dan berbincang untuk perancangan keesokan harinya. Setelah kekenyangan kami beransur pulang ke hotel untuk berehat dan membuat persediaan untuk meneruskan misi yang belum lagi lengkap. Sambungan dalam 'Cambodia Here I Come' - Part II. Sekian.

Sesi Off Line - Perancangan rapi oleh Dani.

14 comments:

  1. explainlah lebih lagi..need more gmbr..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah Explained.. Pic more?... sambungan dlm siri 2... He3 (^_^)

      Delete
  2. terbaiklah..seronok pg bercuti kan..terima kasih utk souvenir nya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok lagi klu pg utk bercuti... Pg wat keje sgt memenatkan... Same2... Suke x souvenir 2?

      Delete
    2. perghh..ramai sudah org dtg komen yea..hehe..

      Delete
  3. assalamualaikum,

    terima kasih sudi keteratak bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...
      Sama2... Insya ALLAH menyusul lagi (^_^)

      Delete
  4. mesti menarik video dokumentari tu bila dah disiapkan nanti.. tuk-tuk tu apa ya? hihi.. first time dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik ke tak itu belakang crite... He3 (^_^)... Hurmmm, Tuk-tuk 2 ape yea?... susah nk jwb, kenela ke page 'http://tuktukmuslim.blogspot.com'... InsyaALLAH dpt jawapannye... (^_^)

      Delete
  5. asalam..tahniah ke kemboja..saya follow awak ya..tak apa ikut blog ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Etuza... he3, awal2 ni follow blog dulu... mana tahu nnt ade rezeki kt same2 plak berbag packing yea... (^_^)... Terima kasih yea

      Delete
  6. wahhhh... seronoknya... tentu best kan.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...