Monday, June 3, 2013

'Cambodia Here I Come' - Part II

Assalamualaikum...
Sambungan perjalanan Bag Packing Team aku di Kemboja. 30 April 2013 adalah hari kedua kami di sini. Memandangkan waktu di sana cepat sejam berbanding Malaysia, maka waktu subuhnya lebih awal sekitar jam 4.45 pagi. Pada pagi itu, aku terjaga sekitar pukul 5 pagi. Walaupun penat masih tidak hilang kerana pada malam sebelum itu, kami semua tidur sekitar jam 12 hingga 1 pagi waktu Kemboja. Demi melengkapkan misi, aku gagahkan jua. Pada hari itu, kami telah merancang untuk ke 'Killing Field' seawal 7 pagi.

Muka penat & ngantuk tapi masih sempat berposing.

Sarapan pagi tidak boleh diabaikan - Bubur Nasi ala Kemboja

Perjalanan kami pada pagi itu dimulakan dengan bersarapan di Halal Restaurant River Side. Memang sedap masakan di situ. Kepada siapa-siapa yang hendak ke sana nanti, jangan lupa untuk menjamu selera di restoren ini. Makanan sedap dan harga pun memang murah.

Setelah selesai bersarapan kami semua di bawa ke 'Killing Field' of Choeung Ek yang terletak agak jauh sedikit dari hotel penginapan kami iaitu sekitar 15 hingga 20 km. Perjalanan ke sana menggunakan Tuk Tuk agak sedikit memenatkan, mungkin disebabkan jalan yang berdebu dan cuaca yang agak panas. Sepanjang perjalanan kami terus memulakan sesi ' Video Shooting'.

Hampir kesemua kenderaan akan diisi penuh dengan lebih muatan.

Sekolah Tinggi - Kalau Tak Tulis nama, memang takkan tahu ini sekolah

Suasana jalan raya yang penuh dengan motosikal & Tuk Tuk.

Sekolah jugak kot... Tak reti plak nak baca tulisan Kemboja.

Antara kenderaan yang femes... Basikal Tua.

'Killing Field' adalah kesinambungan dari Tuol Sleng. Jika di Tuol Sleng mangsa tahanan dipenjarakan, didera dan diseksa. Maka di 'Killing Field' pula tempat di mana mangsa tahanan akan di bunuh dengan cara yang sangat kejam. Di anggarkan sekitar hampir 2 juta mangsa yang telah dibunuh pada zaman pemerintahan Pol Pot. Kami tiba di 'Killing Field' sekitar jam 10 pagi waktu kemboja. Setibanya di sana, kami tidak membuang masa dan terus memulakan misi utama... Rakaman Video Dokumentari.

Tempat tengkorak mangsa pembunuhan yang masih belum di tuntut oleh ahli keluarga.

Salah satu babak dalam video dokumentari.

Sedang meninjau-ninjau view yang menarik.

Tengkorak mangsa pembunuhan.

Lubang kubur mangsa pembunuhan.

Posing sikit... Gambar tengkorak & tulang yang dijumpai.

Kawasan 'peringatan' - pagar diikat menggunakan benang kapas.

Sebahagian kawasan kejadian pembunuhan kejam.

Pemandangan sekitar 'Killing Field'.

Shooting Time - Ter 'interframe' plak.

Kami berada di sini hampir lima jam iaitu sehingga pukul 3 petang. Selepas itu kami di bawa untuk makan petang di sebuah restoren yang aku pun tak tahu namanya. Yang penting mesti HALAL. Ketika menjamu selera, kami juga membuat rakaman beberapa babak perbualan dengan pemandu Tuk Tuk.

Sekali lagi hidangan yang tidak menghampakan. Memang sedap.

Setelah selesai menjamu selera, kami telah merancang untuk membuat rakaman babak untuk 'insert' di sekitar bandar Phnom Penh. Bagi aku, Phnom Penh sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri dengan mengekalkan seni binaan mengikut kepercayaan agama mereka. Sangat menarik.

Phnom Penh Port Warehouse.

Tugu simbolik kepada Kemboja.

Kediaman Perdana Menteri Kemboja.

Istana Negara Kemboja

Monumen di tengah-tengah jalan raya.

Muzium Negara Kemboja.

Dani bersama kamera Canon.

Rahman yang sangat teruja. He3

 
Antara kawasan yang paling aku suka. Best sangat.

Jika ke Kemboja pasti tidak boleh lepaskan peluang untuk berkunjung ke 'Cambodia Central Market'. Di sini pelbagai benda ada dijual, daripada pakaian, makanan, perhiasan dan juga makanan yang pelik-pelik. Kawasan yang sememangnya menjadi tumpuan kepada para pengunjung dari dalam negara mahupun pelancong asing.

Matawang Kemboja - Cambodia Riel

Suasana Central Market yang sentiasa dipenuhi pengunjung.

Keadaan lalulintas di sekitar Central Market.

Lazat... Labah-labah sira, Katak salai, cengkerik goreng kunyit & Lipas masak kicap.

Setelah penat menjamu mata, kami semua berangkat ke tepi sungai mekong untuk mendapatkan satu babak matahari terbenam. Di sini matahari terbenam sekitar pukul 6.30 petang. Selain daripada itu juga menjadi satu bonus kepada kami kerana dapat juga merakam aktiviti-aktiviti penduduk tempatan di sekitar taman tepi sugai Mekong.

Aktiviti petang masyarakat di sini adalah bersiar-siar di taman- taman.

Babak yang menggunakan teknik 'Time laps'.

Sungai Mekong yang sangat panjang & besar.

Kami semua selesai membuat rakaman sekitar pukul 8 malam dan terus beredar ke bilik Hotel. Pada malam tersebut, kami meluangkan masa dengan acara berenang di Kolam renang Hotel sambil santai minum malam. Antara kenangan yang paling menarik aku di sini adalah pada sesi santai sambil minum malam di tepi kolam. Kedudukan kolam tersebut adalah ditingkat paling atas hotel dan udara pada malam tersebut sangat nyaman dengan deruan angin yang begitu mengasyikan. Malam tersebut kami akhiri dengan sembang-sembang kosong sambil melawak. Tapi misi kami sebenarnya masih belum selesai. sambungan pada entry 'Vietnam Here I Come' - Part I. Sekian, Wassalam... (^_^)

Sebelum itu, janga lupa untuk Vote Giorgio yea...

21 comments:

  1. antara entry yg terbaik..bestnya dpt melancongkan..dpt tgk budaya org lain..dan yg best dpt rasa mknan org luar..hehe..nanti nk ikut juga..:p

    *kenapa pagar tu kena ikat dgn benang kapas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas pujian tu yea Cik Asyik...
      Memang banyak benda yang boleh belajar masa melancong.
      Makanan org Luar..? Katak salai tu ke? He3...
      Insya ALLAH ade rezeki kita buat Trip pg sana...

      Pasal pagar tu...? mmm... terlupa plak kenape camtu... He3

      Delete
    2. bukan mknan serangga tu tp bubur nasi dgn lauk2 yg sedap yg lain tu..nk juga rasa..hehe

      Delete
    3. He3... Ingatkn yg makanan exotic 2... Boleh sgt... Nnti Giorgio masakkan... (^_^)

      Delete
  2. Nampak best & menarik juga kat kemboja ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul 2 Cik Fiza Saiza... Antara tempat paling feveret utk dikunjungi... Bleh wat Trip la ke sini pasni yea.. (^_^)

      Delete
  3. waa best nyee jalan2 :)
    anyways thanks visiting my blog :)
    ni Qeela singgah sini & terus follow :)
    follow Qeela balik yea?
    https://ourrandomrainbow.blogspot.com
    thanks! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Best sgt Cik Qeela...
      btw... Giorgio dh pn menjenguk Blog saudari & terus Follow...
      Thank's coz sudi Follow Blog Giorgio (^_^)

      Delete
  4. wahh cakep-cakep suasananya .. tapi aku kurang paham sih :D

    blogwalking ya..

    guestbooknya dmn ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3... Mungkin Bahasa yang Giorgio guna adalah bahasa Malaysia...
      btw.. Thank's a lot coz sudi visit Blog Giorgio (^_^)
      GuestBook Tak ada... sudah cukup dengan Comment dari MizTia sebagai backlinknya...

      Delete
  5. salam...

    menarik sgt...x boleh pegang ye tengkorak tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak Pegang Boleh... Tapi kn buka almari kaca 2 dulu... itupun kalau ade kuncinye... He3 (^_^)

      Delete
  6. Seronoknya sekali sekala dpat travel negara orang. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Nies Alhaq...
      Cik Nies pn bru lepas ke Bandung kan?
      Mesti byk cerita yg boleh dikongsi (^_^)

      Delete
  7. membalas knjungan tuan blogger...whhh bestnye pi cambodia..hihiii...suke mengembara ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best sgt Pn. Hafrizah...
      Mmg suke klu travel2... tambah2 ke negara asing...
      Enjoy sgt.. (^_^)

      Delete
  8. eh..eh.. muka dah ada iras asyik aah. hehehehehe
    menariknya bubur nasik ttuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade Iras Cik Asyik ek?...
      Ha3... Ade jodohla tu kot... (^_^)
      Mmg sedap sgt Bubur nasi tu... Nnt bleh cube

      Delete
  9. hehheheheh pnh nmpk jg anda di blog cik asyik gtuh..thanks for the visiting yar btw, oh sy pn suke sgt mlncong ke luar ni sbb best woo dpt tgk negara org culture org, extremely delighting! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Almaklumlah Giorgio ni Drebar jea...
      Mmg best melawat tempat org ni... byk bnda yg bleh blajar.. (^_^)
      Terima kasih kerana sudi meluangkn mase ke Blog giorgio yg x seberapa ni n trus Follow...

      Delete
  10. https://www.facebook.com/WauRestaurantCambodia

    Wau Restaurant serve Malaysian and Cambodian food (HALAL).
    Our restaurant located at Phnom Penh : New York Hotel {Ground Floor ), No 256 Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia
    (Hp : +855 081 88 7090 ).
    We also have branch at Siem Reap : Angkor Shopping. Arcade, #E09 National Road No.6, Siem Reap, Cambodia
    ( Hp : +855 016 673 211/ +855 096 2 5555 81) or also can email to us at ( wau_restaurant@yahoo.com ) —

    Please share our page to your friends and family.. :)
    Thanks for your support..
    We are trying to improve our services in the future

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...