Saturday, June 15, 2013

'Vietnam Here I Come' - Part II

Assalamualaikum...
Peperangan mampu mengubah sebuah negara kelas ketiga kepada sebuah negara yang maju. Entry aku kali ini adalah sambungan daripada cerita Bag Packer Trip. Hari ke-2 aku di Vietnam, dimulai dengan bangun seawal pukul 4 pagi. Konon-kononnya nak dapatkan satu 'shot' situasi matahari terbit. Tapi apakan daya perkiraan kami pada hari itu jauh meleset. Hotel yang kami menginap rupa-rupanya membelakangkan matahari terbit. Hampeh betul la... Maka kami terpaksa mengubah pelan dengan terus mandi dan bersiap untuk ke destinasi di mana bermulanya sebuah negara yang bergelar Vietnam.

Pada pagi itu, kami hanya mengalas perut dengan roti kentang dan air botol oren. Dalam perjalanan untuk mendapatkan kenderaan ke tempat tersebut, sempat jugalah mendapatkan beberapa 'scene' bagi mengisi 'insert' video dokumentari aku nanti.

Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut... Sebenarnya kali ini aku akan ke Cu Chi Tunels, dimana pejuang-pejuang Komunis Vietnam bersembunyi dan menjadikan markas untuk mereka berkampung. Kami ke sana dengan menggunakan van yang disediakan agensi perlancongan disana. pergerakan kami di sini agak sukar sedikit kerana tiada pemandu pelancong yang tetap seperti di Kemboja.

Tepat pada jam 9 pagi kami semua berangkat ke Cu Chi Tunels. Seperti biasa, sepanjang perjalanan adalah amat berharga untuk mendapatkan beberapa 'scene' yang menarik. Tapi apa yang lebih menarik, perjalanan kami ke sana rupanya termasuk sekali pakej melawat ke tempat kraftangan yang dihasilkan oleh orang-orang kurang upaya. Ini adalah satu Bonus untuk video aku nanti.

Pintu masuk ke bengkel kraftangan.

sental jangan tak sental.

kawasan kraf yang dihasilkan daripada marmar.

Kraf yang dihasilkan menggunakan kulit telur.

Turut disediakan galeri dimana kraf tersebut boleh dibeli. Menarik tu..

Kami berada disini selama sejam dan sempat jugalah aku, menyambar beberapa barangan kraf untuk dijadikan cenderamata nanti. Setelah itu, kami menyambung kembali perjalanan ke destinasi yang dirancang. Perjalanan kami ke sana memakan masa hampir sejam lebih kerana lokasinya adalah diluar daripada kesibukan kota. Sekitar pukul 12, kami pun tiba. Suasananya memang berlainan, terasa seolah-olah berada dalam kebun getah.

Teruja ke tu?... Kebun getah jea pun...

Kebun Getah..? Don't judge book by a cover...
Di sinilah peperangan antara tentera amerika dan tentera Vietkom berlangsung secra sengitnya. Seperti yang pernah kita lihat di dalam beberapa filem seperti 'Rambo, Missing in action' dan beberapa filem yang lain lagi. Rupa-rupanya memang jauh berbeza daripada apa yang kita lihat dalam filem tersebut. Seperti yang digambarkan dalam filem tersebut, dapat kita lihat kem-kem tentera Vietkom di bina dia atas permukaan tanah. Sebenarnya tidak sama sekali. Tentera Vietkom tidak sebodoh itu, mereka lebih handal berperang di dalam hutan.

Posing sikit... He3

Peace yo.. (^_^)

Perangkap yang diletakkan disebalik pintu.

Jerangkap samar. Tak sempat nak cube...

pintu masuk ke terowong persembunyian.

patung yang ditempatkan bagi menggambarkan suasana ketika perang.

Antara sebahagian adegan dalam video dokumentari.

Kereta kebal tentera amerika yang diletupkan.

antara senjata yag digunakan tentera Vietkom.

tajam tu... nak cube pn boleh

Perangkap berduri.

kawasan senjata-senjata di bina.

picnic ke tu... He3

Apa yang menarik situasi perang pada zaman itu adalah, di permukaan tanah adalah kubu dan kem bagi tentera amerika dan manakala di bawah tanah pula adalah tempat persembunyian tentera Vietkom. Agaknya betullah pepatah ada mengatakan, 'tempat yang paling selamat adalah tempat yang paling bahaya'. terowong-terowong yang dibina dibawah tanah betul-betul sempit dan panas. saiz laluan mereka dibina mengikut saiz badan tentera Vietkom yang kecil dan ini menyukarkan tentera amerika untuk memburu mereka.

AK 47 - Senjata tentera komunis.

Cenderahati berbentuk bom dan peluru ade dijual.

Nak beli sebijik AK47, tapi nanti sangkut kat Airport plak.

Replika cara-cara senjata dibuat.

Sempat mengorat awek Vietnam... He3

Banyak aktiviti menarik yang sempat aku buat di sini, antaranya adalah menembak, mencuba sendiri untuk menyusup di dalam terowong yang sempit dan panas yang mana perlu dilalui sejauh 100 meter secara jalan itik atau merangkak dan banyak lagi. Kami berada di sana hampir selama 3 jam dan berjaya mendapatkan ' beberapa 'scene' yang menarik. Sekitar pukul 3 petang, kami berangkat pulang ke hotel.

Hari yang sangat memenatkan, tetapi misi masih belum selesai. Setibanya di hotel, kami mandi-manda dan berehat untuk seketika sebelum keluar untuk mendapatkan beberapa 'scene' yang terakhir.

Pasar Cho Ben Thanh.

Sekitar pintu masuk Pasar Cho Ben Thanh

Suasana di dalam pasar Cho Ben Thanh.

Vietnam Dong - Matawang Vietnam

Sempat singgah untuk membeli-belah dahulu sebelum bersiar-siar sekitar Kota Ho Chi Minh sambil merakamkan aktiviti-aktiviti penduduk di sini. Apa yang aku kagum adalah aktiviti bersukan yag mereka amalkan ketika waktu petang. Acara sukan yang mereka mainkan adalah sepak raga, patutlah sukan sepak takraw negara mereka sudah jauh lagi bagus dari negara kita. Rakyat kita pun patut mengamalkan aktiviti seperti ini juga.

Menjual belon ditepi jalan yang sesak. Praktikal ke bang?

Sepak Raga - Perempuan pn join sekali.

Kami akhiri aktivit kami pada hari tersebut dengan makan malam di Restoren Halal Kampung Melayu. Makanan di sini sangat sedap dan harga pun sangat berpatutan.

Santapan malam kami. Ringkas tapi sangat sedap.

Setelah selesai makan, kami beransur ke hotel untuk membuat sesi 'off line' sebelum mengemas kesemua barang-barangan untuk berangkat pulang ke Malaysia esok. Pada malam itu, kami tidur dengan nyenyak sekali. Badan yang terlalu penat hilang begitu sahaja bila mengenangkan kampung halaman. Banyak perkara baru yang dapat aku pelajari sepanjang trip ini. Cuma apa yang dapat aku katakan. 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih seronok di negeri sendiri'... Insya ALLAH

Kesibukan Kota Ho Chi Minh

Tan Son Nhat Airport Saigon, Vietnam.

75 comments:

  1. Wah, best gak kat sana tapi macam seram je perangkap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best mmg best, tp penat telah mengatasi segalanye... seram pn jd tenat (^_^)

      Delete
    2. Wah kalau ada rezeki kami pun nak ke sana..boleh la blog ni dijadikan panduan=)

      New Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal) "

      Delete
  2. mana cenderahati dr galeri itu?nak juga..hehe..
    tempat perang ada patung pula mmg nampak seram..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik... Bukan ke dh bg?... Nk Extra nampak... Ha3...
      Tmpat perangla kna ade patung, barulah feel seram tu naik... (^_^)

      Delete
  3. sangat menarik.. akak ingatkan patung tu betul2 tentera.. hehe.. kat sana senang tak nak dapatkan makanan halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade yg patung, ade yg tentera betul... So, kna pandai2 la tengok yea (^_^)...
      Kt Ho Chi Minh City adela 2-3 restoren halal. Klu kt area lain... tak pasti...

      Delete
  4. Replies
    1. Boleh aje Cik Maryam... (^_^)

      Delete
    2. aamiin kalaulah dikasi kesempatan dan
      biaya :D

      Delete
    3. Insya ALLAH bleh nnt Cik Maryam yea... (^_^)

      Delete
    4. aammiin
      Waalaikumsalam mas Giorgio? (tak tau orang malaysia macam mana manggilnya :)) Maryam datang kat sini pula pagi-pagi :)
      makasih

      Delete
  5. Kalau saya masuk terowong persembunyian tu memang tak selamat lah... Pengsan...Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha3... Ade gak foreigner negara lain yg surrender, mintak nk kluar... Muke pucat lesi... (^_^)

      Delete
  6. mcm mana perangkap dekat belakang pintu tu berfungsi? dekat situ tak boleh main gurau senda tolak tolak, kene cucuk aduhhhh . final destinantion 6 nanti bro. HAHHA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3... Itu yg nk test 2... Mcm best jea... mane tau bleh wat kt umah nnt... Ha3... (^_^)

      Delete
  7. banyak tempat menarik gi melawat tu bro :)
    byk beli ole2? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit2 jea Bro Sop... Ini pn cebab kerja...
      Ade la cket2... (^_^)

      Delete
  8. wahh beat gak yer... giorgio, barang2 kat sane mcmane ek, murah tak? kalo nak buat bisnes beli barang kat sane ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang kt sane skang ni dh naik berganda-ganda... (^_^)
      Barangan Al-Ikhsan byk yg angkut dr Vietnam... Supplier die kt C'ni..

      Delete
  9. menarik! kat sane barang2 murah tak bro? Dengar kate nak buat bisnes amek barang kat sane murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade yg murah n ade yg mahal... Tp kn pandai Negola... diorg dh kenal rakyat Malaysia ni kaya-raya... itu yg susah... (^_^)

      Delete
  10. best dan menarik entry kali ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih... itu satu tanda sokongan 2... (^_^)

      Delete
  11. fuh, best betul dapat masuk terowong bawah tanah
    nice sharing
    teringin nak gi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best mmg best Bro...
      yg penat 2 tak tertanggung.. (^_^)... He3

      Delete
  12. selamat pulang ke tanah air...singgah sambil follow and vote too..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih... Giorgio menyusul kemudian yea... (^_^)

      Delete
  13. Bestnyee dapat jalan2 :D anyways tq, entry yg bermanfaat, leh jd tour guide nh hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat Cik Qeela... (^_^)
      Tour Guide..? Ha3... Kelaut semue nnt...

      Delete
  14. kalau kena perangkap tuuu..perghhh!! memangg ada 'tanda' la GI ..hehehhe :) *ole2 mana?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu stakat tinggal tanda xpe Cik Aiysa... Klu tinggal name jea?...
      Ramaila plak yg terkenangkn Giorgio nnt... (^_^)... He3

      Delete
  15. Waaa...seronoknye^^. keep posting enry like this, giorgio. imah suke bace pengalaman org gi melawat nagara luar ni..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Cik Ammi... Insya ALLAH klu brkesemptan... (^_^)
      Nnt Cik Ammi pn bleh join skali jenjalan kt negara org... He3

      Delete
  16. best nye dapat pergi..bulan lepas ayah zye baru pergi bercuti kat sana.anak dia nie kne tinggal..hukhukhuk...
    dia pergi tmpat yg sama la dengan abg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.... Mesti byk cerita yg menarik diceritakn nnt...
      Ntah2 Giorgio ade jumpe ngan Ayah Zye x?.. He3.. (^_^)

      Delete
  17. bestnya g jalan-jalan g Vietnam.... blogwalking blog ni dan jadi follower #1324 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Bro.. Bro pn kn Pg C'ni gak... He3
      Trima Kasih krn sudi memollow Blog Giorgio yg xseberape ni... (^_^)

      Delete
  18. Seronoknyaa dapat ke sana. Dapat tau serba sedikit tentang sejarah peperangan di sana. Moga suatu hari nt ada kesempatan utk ke sana. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya ALLAH Cik Nies...
      Klu dh ke sane nnt, blehla share2 story ngan Giorgio yea... (^_^)

      Delete
  19. huhu.. thriller btul la..
    bwa ole2 balik ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thriller... He3
      Bnda yg xbleh dilupakan... Ole2.. (^_^)

      Delete
  20. khusyuk betul bca entryy nieyhh . bestnyaa giorgio pergi sana . rasa macam nak pergi ja nieyhh . huhu
    btw nice entryy :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih byk2 yea ...
      Jom Cik Eiyna.... bleh wat Trip same2 ke sane... (^_^)

      Delete
  21. amboi..jauhnya merantau..best la yer dpt g tmpt org..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan ingin tahu yg mmbuatkn Giorgio sampai sane... He3
      Sgt Best... (^_^)

      Delete
    2. tp nk ke sn bukan hanya kn kn ada perasaan ingin tahu..$$ yg penting..haha..klu hanan nk tnggu $$,lmbt lg la nmpknya..he..

      Delete
    3. He3... $$ tu boleh diusahakn jika ade kemahuan Cik Hanan... (^_^)
      Bleh wat proposal utk dptkn budget... He3

      Delete
  22. Seronok tgk gambar2 tuh bro...untung dpt peluang pegi sana. Apapun lubang persembunyian tuh mmg sgt kecik. Takleh imagine mcm mana askar diorg masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima Kasih Bro...
      Giorgio mule2 pn mcm xpercaya bleh masuk dlm lubang terowong 2...
      Tp ternyata... Giorgio masih lagi saiz badan asia... (^_^).. He3

      Delete
  23. Assalamualaikum wbt
    Seronoknya dapat traveling jauh2~
    Alhamdulillah ^^
    Salam Ukhuwah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt...
      Sronok sgt Cik Ratu Syahadah... (^_^)
      Salam ukhuwah juge dr Giorgio...

      Delete
  24. wahh,,sakan travel... antara tempat yg ingin sy kunjungi..tunggulah suatu hari nanti..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsempat nk brsakan sgt En.Nazri... kerja x mnang tangan...
      Mmg kn pg 2... Smoga dpt smpai ke sini nnt yea... (^_^)

      Delete
  25. wah sangat2 menarik..jauh berjalan luas pengalaman...

    ReplyDelete
  26. semua tempat pergi.. mmg berbaloi :)

    ReplyDelete
  27. Replies
    1. Terim Kasih BUNDA krna sudi singgah... (^_^)

      Delete
  28. bnyk jugak tmpt2 best kat vietnam ni..untunglah korang dpt ke vietnam nie...nak dptkn mknn halal pun senang gak kot kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3... Alhamdulillah sempat merasa ke tmpat org..
      Makanan Halal adela 2-3 kedai, taklah sesenang di Malaysia... (^_^)

      Delete
  29. Untung aa Giorgio berpeluang tengok2 tempat orang. Pengalaman tuuu. Nanti boleh cerita kat cucu cicit. Hekhek. ^^ Aida lambat lagi nak sampai tempat orang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3... Tuah ayam nampak dikaki, Tuah Giorgio dapat makan ayam td... He3
      Mmg plan jenjalan ni coz nk simpan cite utk cucu cicit nnt... He3
      Ala Cik Aida ni... Nanti merasala 2 dpt jalan2 tmpat org.. (^_^)

      Delete
  30. untung kalau sy dpat pergi =) mnarik pulak tgok..pglaman yg xbleh dlupakn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya ALLAH adela rejekinye untuk Bro SKA pg nanti... (^_^)
      Pengalaman akan mengajar kite... He3

      Delete
  31. Holiday ke vietnam??!! wahh.. bestnyaa! -agak ad tak kain vietnam hok comey2..beri sikit kt kite.. :P

    ReplyDelete
  32. Wow... bestnye.... berapa kos p sana ek?? banyak belanje kat sna??

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3... mmg best pn En. Farid...
      Total lebih kurang RM1500 utk 2buah negara selama seminggu...
      Banyak makan jea... He (^_^)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...