Wednesday, July 17, 2013

Azam Raya bersama Watsons

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan dari aku, Hari ini dah masuk hari ke-8 kita berpuasa pada tahun ini. Bermakna, dah masuk 8 kalila kita bersahurkan..?... He3... Sebenarnya hari ini aku ingin berkongsi satu lagi entry berkenaan Event yang aku sertai. Event tersebut adalah 'Azam Raya bersama Watsons.


Pada 4 Julai 2013 yang lalu, aku telah menyertai satu event yang telah diadakan di Al-Amar Lebanese Cuisine, Pavillion. Event ini telah dianjurkan oleh Watson bersempena ketibaan Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal nanti. Sebelum aku meneruskan entry aku ni, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Bro Framestone kerana sudi menjemput aku untuk menghadiri event ini.

Ketibaan & Sesi pendaftaran para Blogger

Menanti bermulanya majlis... Ape yang Bro cari tu?

Para Blogger sempat beramah mesra sebelum majlis bermula.

Pentas untuk 'Talk Session'

Majlis ini adalah untuk melancarkan kempen perayaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi resolusi Raya mereka di halaman facebook Watson. Pertandingan yang dianjurkan ini akan berlangsung selama enam minggu. Dalam menjayakan lagi kempen ini, Faizal Tahir seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia, penulis lagu dan personaliti televisyen telah dilantik untuk menjadi duta selebriti Kempen Azam Raya Bersama Watsons. Dalam kempen ini, beliau akan mengarang sebuah lagu Raya yang unik yang mana akan dilancarkan pada sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh Watsons pada bulan September nanti.

Dalam pertandingan ini, para peserta perlulah mengeposkan resolusi atau azam rayanya di dalam halaman facebook watsons. Sepanjang pertandingan ini berlangsung, Watsons akan memghadiahkan baucer penjagaan kecantikan yang bernilai RM5  kepada peserta bertuah. Hadiah yang paling menarik adalah, Faizal Tahir akan membuat persembahan di rumah terbuka salah seorang peserta bertuah yang akan dipilih berdasarkan post Azam itu. Segala persiapan, katering dan keperluan Majlis Rumah terbuka itu nanti akan ditaja sepenuhnya oleh Watsons. Majlis Rumah terbuka tersebut benar-benar akan berlangsung di Rumah Peserta yang bertuah. Sangat menarik bukan?...

Apa yang perlu kita buat sekarang adalah terus Log In akaun FaceBook dan terus ke halaman FaceBook Watson


Faizal Tahir sedang bersembang dengan Jessica Ng. Pengarah Pemasaran & Perniagaan Watson.

Chit Chat bersama Selebriti, Di Hostkan oleh Danny Hoh

Para Media yang terdiri dari Blogger dan Wartawan.

Majlis yang sangat meriah diiringi lagu raya.

Majlis dirasmikan oleh Faizal Tahir sebagai Duta Kempen 'Azam Raya bersama Watsons'.

Bantal yang kiut sebagai Souviner.

Bersama para Blogger yang Comel-comel belake... (^_^)

Bersama Bro Framestone yang Sporting Habes...

Tak melepaskan peluang bergambar ngan Duta Kempen, Faizal Tahir

Beginilah agaknya aksi semasa aku tengah dok Snap Gambar... (^_^)

Seperti biasa, setiap kali event yang berlangsung pasti ada disediakan makanan yang lazat dan enak-enak. Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Apa lagi terus terkamlah macam harimau lapar... Ha3... Gurau jea. Pada Majlis tersebut telah disediakan lebih dari 30 jenis masakan dan hidangan. Aku menjadi rambang mata melihatnya, dan sebat aje apa yang boleh. 

Ikan masak apa pun aku tak tahu... 

Udang masak pedas kot..

Daging Lembu & Ayam beserta roti

Ayam bersama kacang Dal.

Kambing Panggang... Feveret ni (^_^)

Pelabagai buah-buahan...

Sayur-sayuran...

Masakan dari Rusia... yang ini aku tak bleh nak telan... masam sangat

Seperti biasa, pinggan mesti penuh... He3

Setelah perut kenyang, hati pun jadilah senang. Maka berposinglah aku untuk seketika.. Akhir kata dari aku, jangan lupa untuk menyertai pertandingan anjuran Watsons ini.
'Azam Raya bersama Watson'

Ape Bro Faizal wat kat blakang tu?

Sekian, Terima Kasih... (^_^)




21 comments:

  1. Ishma nak daging lembunya Giorgio :D
    wah Giorgio ke pasar ramdhan ya? bolehlah Ishma nitip makanan :D

    ReplyDelete
  2. seronokkan event tu..mknan byk tp xsemua boleh telan tp Alhamdulillah knyg sgt2..:)

    ReplyDelete
  3. seronok jer...gambar2 makanan tu adoiyaiii memang pergghhh

    ReplyDelete
  4. best jugak dpt bergmbr dgn retiss..hehehehxD ..nsb baik baca malam entri ni..kalau la baca tgh hari tadi..adoyaiiii~

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. sabo jela..
    huhu.. tak ble le nk bce entry ni klu waktu siang..
    takut cpat lapar.. haha

    ReplyDelete
  6. perghh...jumpa superman tu....hehe...krm salam kat mek onie..:)

    ReplyDelete
  7. wahhhh...hebat mike cho....

    ReplyDelete
  8. terbaek la bro..>.<.. minatnye kt faizal tahir...

    ReplyDelete
  9. Kenapa Faizal Tahir handsome sangat niiiiii >.<

    ReplyDelete
  10. waaa....tiba2 perut ni berbunyi-bunyi..sedap nyerrr....huhu

    ReplyDelete
  11. halamaks...bestnye aktiviti bro gio ni...huhuhu! bergmbar ngan faizal tahir tu yang buat jelez tahap gaban ni huhuhu...wah! bro ada kambin panggang...adus...msti sedapkan...nmpk fresh...teknik photography bro pun terbaik krole tngok~ pssst bro gio~~~ bantal cumil tu ada tak...ce bg hadiah kat krole huhuhu

    ReplyDelete
  12. comelnya bantal tu giorgio.. makanan pun nampak sedap semuanya..
    p.s: selamat berbuka puasa..

    ReplyDelete
  13. wah dapat bergambar dgn faizal tahir
    ramai juga blogger join event ni kan..

    ReplyDelete
  14. salam ramadhan abg giorgio. :)

    ReplyDelete
  15. woiyo..makin mantop faizal tahir!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. sheila dah terima keychain daripada Giorgio dalam parcel hadiah Asyik. hehe terima kasih yeee :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...