Saturday, July 20, 2013

Pencarian Cosmopolitan Hunks 2013

Assalamualaikum...
Entry ni dah lama aku nak Postkan. Tetapi semasa Event ni berlangsung, aku terlalu sibuk dengan tugasan utama aku. Maka terpaksala aku menunda Entry ini hingga ke hari ini. Harap masih Valid untuk dikongsikan.

Metropolitan dengan Cosmopolitan... Sama tapi tidak serupa. Mungkin penghujung perkataannya sahaja yang sama, tapi maksudnya tidak serupa. Apa yang cuba aku kongsikan ini adalah berkenaan sebuah pertandingan yang telah dianjurkan oleh Majalah Cosmopolitan. Majlis ini adalah kemuncak bagi pertandingan 'Pencarian Cosmopolitan Hunks 2013'. Kehadiran aku ke sini pada hari tersebut adalah seperti biasa, menjadi Photographer tetap Cik Asyik. Terima Kasih banyak-banyak yea Cik Asyik, aku langsung tidak sampai hati untuk menolak pelawaan itu walaupun aku terlalu sibuk.

Blogger yang Hadir - Cik Yana, Cik Pen Merah & Cik Asyik

Event ini telah diadakan di Stage Club, Avenue K, Kuala Lumpur. Kedudukannya betul-betul berada dihadapan KLCC. Tema pada hari itu adalah, 'GLAM ROCK'... Aku yang Glam-glam ni tak berapa nak suka, tapi yang Rock tu boleh aje aku layan... Ramai jugalah selebriti tanah air yang hadir untuk memeriahkan majlis ini.

Pentas yang ringkas

Prop untuk persembahan

Antara hadirin yang hadir

Menunggu acara untuk dimulakan

Majlis bermula sekitar jam 8.30 malam dan majlis malam itu telah dihostkan oleh DJ Radio yang tidak asing lagi iaitu Kieran dan Hunny Madu. Setelah kata-kata aluan di berikan oleh Host Majlis, kami semua telah dihidangkan dengan persembahan yang mantap dan bertenaga daripada Amir Jahari.

Kieran penyampai Hot Fm & Hunny Madu a.k.a Hani Hatim penyampai Fly Fm.

Amir Jahari mendendangkan beberapa buah lagu.

Selain daripada itu, para hadirin juga dihidngkan dengan acara Gameshow yang mana melibatkan para Finalis Cosmopolitan dan juga tetamu. Untuk menghangatkan lagi majlis pada hari itu, persembahan Breakdance juga telah disediakan.

Mengenal jenis bauan dari Perfume.

Tarian yang penuh bertenaga.

Sesi memperkenalkan 10 Finalis Pencarian Cosmopolitan Hunks 2013 telah diadakan sebaik sahaja persembahan tamat. Tidak terlepas daripada itu, Para Mentor juga telah menerima Anugerah Khas dari Penganjur.

Eena Houzyama, Editor Majalah Cosmopolitan

Para Mentor Cosmopolitan Hunks 2013 - Jonathan Putra, Luqman Hakim & Nazruddin.

Hadi Hamdan

Qayyum

Jamani

Azri

Hafiz

Syafik Halis

Amirul Atiq

Muhammad Adam

Amin Hayat

Ahmad Fakrul

Tahniah kepada Pemenang, Muhammad Adam..

Majlis ini telah diakhiri dengan persembahan yang sangat mantap oleh Black. Pada malam itu, Black telah mendendangkan beberapa buah lagunya yang Hits lagi meletup. Setelah semuanya selesai, sesi bergambar dan beramah mesra antara selebriti dan hadirin semua.

Black membuka jaket dan membalingnya kepada penonton sebagai hadiah.

Aidid Marcello pun datang...

Cik Asyik sedang rancak bersembang dengan Chef Anis.

Seronok bersembang ngan En. Budiey malam tu..

Bergambar bersama Juara, Muhammad Adam

Bersama Abang Yasin

Bro Black yang sporting

Hunny Madu a.k.a Hani Hatim yang kiut... He3


Sekian, Terima Kasih... (^_^)






16 comments:

  1. terima kasih sbb sudi jd photographer aritu..
    byk gmbr best2 diambil..sukaaa..sampai xtahu nk pilih..:)

    ReplyDelete
  2. adam yg menang..sempat ngk kt hiptv..

    ReplyDelete
  3. WAH!! seronoknya dpt tngok secara live..=D
    Zara follow sini..#1399..=D

    ReplyDelete
  4. wah sonok
    bro pakai dslr apa? menarik gambar walaupun dlm gelap :)

    ReplyDelete
  5. hebatnya giorgio.. ramai blogger masyhur yang datang..

    ReplyDelete
  6. Eh Hadi pun ada? Huhu~ Lain dah muka dia.

    ReplyDelete
  7. untung awak tau..dapat di event cam nie...jadi orang penting lagi tu...hihi...
    peserta tu memang semua hensem tau....tak rugi cik akak singgah sini..cuci mata tengok..sejuk je mata tengok....sejuk lagi kalau hati berkenan..hahaha....ayat gedik jangan layan ok...:)

    p/s : tadi curi link cik akak ye...tak pe...lepas nie cik akak pula ambil link gio dengan izin tau..hahaha....
    kata pakai line masjid...hihi....nie cik akak nak taanya...masjid ada line juga ke.....:)

    ReplyDelete
  8. wah~ bestnye bro...happening sgt krole tngok...pergh! bro yasin ada, bro black ada, bro amir jahari ada...pergh! kalaulah krole dapat p event mcm ni msti seronok~~~tak pnah rasa lagi dijemput event camni bro...bule bg tips? huhu...nak jgk bergambaq ngan artis2 ni

    ReplyDelete
  9. tq join gomofm dan kini anda dah pun menjadi salah seorang geng gomo fm dan tersenarai kat sini http://www.geng.gomofm.org/

    ReplyDelete
  10. best la dpt jmp selebriti...

    ReplyDelete
  11. best nyer..ramai blogger jugak yg datang ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...