Friday, August 23, 2013

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu

Assalamualaikum...
Sepinya sebuah blog tanpa entry, ibarat seperti Sang pemikir tanpa Idea. Sejak kebelakangan ini, aku terpaksa mengurangkan aktiviti berblog kerana terpaksa memberikan sepenuh perhatian kepada pengajian Master aku yang sudah berada dipenghujungnya. terlalu banyak urusan - urusan rasmi yang terpaksa aku lakukan. Aku harapkan segala penat lelah tersebut akan berakhir dengan jayanya dan berbaloi-baloi...

Untuk merehatkan sedikit minda yang kian overload, maka aku dengan suka hatinya nak join Giveaway yang aku rasa best sangat untuk join. Rasanya masih belum terlewat yea Cik Asyik untuk join GA ni... He3

Produk Fair & Lovely adalah satu produk yang sangat familiar dan sinonim dengan produk kecantikan kulit. Seingat aku, dari zaman- zaman aku sekolah lagi dah tahu pasal produk ni... Memang terbaik...


Untuk melengkapkan syarat-syarat penyertaan GA ini, maka aku perlulah menjawab beberapa soalan cepu mas. Dengan bersemangat dan lemah lembut jari jemari aku mula menaip entry dengan harapan ada chance untuk menang hadiah menarik ni... He3

Syarat Pertama
Buat satu Entry dengan meletakkan gambar yang telah diberikan dan perlulah menggunakan tajuk
"Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu"

Syarat Kedua
Ada soalan bonus berkenaan Produk terbaru Fair & Lovely. Jawapannya adalah...
Vitamin B3, C & E adalah kandungan yang terdapat dalam di dalam Advanced Multi Vitamin.

Syarat Ketiga
Antara syarat-syarat feveret penganjur pertandingan. "SLOGAN"... Idea oh idea, kemarilah dikau... He3
Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin dan Asyik Maiburogu dapat memberikan inspirasi serta mengubah saya secara positif kerana...
Setiap insan semestinya inginkan sesuatu yang cantik dan Indah... Setiap yang cantik dan indah itu adalah hak milik setiap insan.

Syarat Keempat
Cerita pengalaman di Hari Raya Aidilfitri dengan kulit wajah cerah berseri. 
Hurmmm... nak kena flash back ni... bling,bling,bling....

Berseri-seri di Hari Raya bersama Fair & Lovely

Di suatu pagi Raya yang meriah... sudah menjadi kebiasaan, seawal subuh lagi aku dan ahli keluarga yang lain sudahpun terjaga dari tidur. Perkara yang paling best adalah tunggu turn nak masuk bilik air untuk mandi. suasana masa tu dah macam kat Pasar Ikan. Riuh- rendah dibuatnya dengan suara anak kecil bergurau senda, ibu-ibu sibuk didapur, bapak-bapak bersembang kosong. Aku dalam keadaan separa sedar masih lagi berdiri tegak sambil menyanyikan lagu raya di hadapan pintu bilik air. Sekali sekala teringat pulak pada satu babak cerita P. Ramli... maka, tersengihlah aku sorang-sorang macam kerang busuk. Bila sampai turn aku untuk masuk bilik air, apa lagi... dengan pantas aku menerjah. Yeahooo...
Perkara wajib sebelum mandi adalah 'Gosok Gigi'... Dengan konfidennya aku mencapai berus gigi dan ubat gigi... sekali- sekala mulut terkumat kamit menyanyi...

'Bangun pagi, Gosok gigi, cuci muka dan mandi'

Apa yang menggelikan hati aku sehingga kini adalah saat berus gigi tersebut bertemu dengan gigi-gigi aku... Payau semacam aje rasanya... Aik, ubat gigi baru ke papa aku belikan ni?... Hentam sajalah... Setelah selesai menggosok gigi, tiba-tiba terdetik untuk melihat jenis ubat gigi yang sangat berbeza rasanya dimulut aku. Dalam tahap kemamaian yang semakin kurang kroniknya, maka sekali lagi aku tersengih keseorangan.
Bila masa Fair & Lovely keluarkan Produk Ubat Gigi yea?...


Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan buat seluruh umat Islam di muka bumi ini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...