Thursday, September 26, 2013

Benci + Cinta = Bencinta

Assalamualaikum...
Tahun 2013 adalah tahun yang begitu rancak buat Metrowealth dengan menampilkan sebuah lagi filem yang sangat menarik untuk ditonton. Filem ke-83 ini tampil dengan sebuah filem yang berGenrekan romantik dengan suntikan elemen aksi yang pasti bakal memikat hati para penonton. Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula pada 26 September 2013.


Filem Bencinta merupakan filem arahan Eyra Rahman yang mana filem ini adalah arahan ke-3 beliau selepas filem romantik 'Aku Terima Nikahnya' dan 'Dua Kalimah'. Filem ini menggandingkan para pelakon yang mantap seperti Nora Danish dan Farid Kamil. Selain daripada itu, ia juga dikuatkan lagi dengan kemunculan pelakon seperti Fezrul Khan, Qi Razali, Angelina Tan, Zalif Sidek, Uqasha Senrose, Azlan Komeng dan penampilan baru pelakon kanak-kanak yang begitu comel iaitu adik Adriana.

Para Media sedang menjamu selera

'Bencinta'... Benci & Cinta bersatu...

Ape yang excited sangat tu Bro?... He3

Watak utama dalam 'Bencinta'

Sesi Fotografi Para pelakon yang hadir bersama penerbit Filem dan Isteri.

Sesi fotografi sebelum tayangan pra tonton

Pihak Media sedang menemuramah Watak Utama

Sesi Temubual bersama Media

Bro Framestone yang sangat sporting... He3

Adik Adriana sebagai Tiara

Nora Danish sebagai Fathia

Farid Kamil memegang watak sebagai Faizal

Mejar (K) David Teo, Big Boss MIG

Photographer of the Day

Bersama My Best Partner, Cik Asyik.. Gambar Ehsan dari Bro Framestone... Thank's Bro

SINOPSIS


Menceritakan tentang Fathia (Nora Danish), seorang gadis cantik yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian yang baik. Fathia merupakan seorang Chef di sebuah Kafe milik sahabatnya Jane (Angeline Tan).

Di Kafe tersebut, Fathia telah menemui Faizal (Farid Kamil), seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan cita dan akhirnya mendirikan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan, mereka menjalani kehidupan dengan gembira dan penuh kebahagiaan.

Kehadiran cahaya mata mereka iaitu Tiara (Adik Adriana) menambahkan lagi kebahagiaan dan kegembiraan hidup mereka. Tahun silih berganti, kebahagiaan yang selama ini dikecapi menjadi semakin hambar apabila Faizal mula bertindak kasar dengan memukul Fathia dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Segala pembohongan Faizal terbongkar, Fathia telah menyedari bahawa perhubungan cinta antara mereka adalah satu pembohongan semata-mata demi kepentingan peribadi Faizal. Fathia amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku dan dia telah membuat keputusan untuk membawa Tiara pergi jauh daripada hidup Faizal.

Sepanjang persembunyian Fathia dan anaknya Tiara, mereka dibantu oleh kenalan lama Fathia iaitu Shah (Qi Razali). Kehadiran Shah telah merubah hidup Fathia dan Tiara ke arah kegembiraan dan berjaya mengubati kekecewaan Fathia.

Mampukah Fathia dalam menghadapi Faizal yang tidak berperikemanusiaan? Masih adakah ruang bahagia untuk diri Fathia dan Tiara? Saksikan Bencinta di pawagam pada 26 September 2013.

5 comments:

  1. best citer ni..tergamam juga mula2 tgk..:)

    ReplyDelete
  2. byknya movie baru...hohoh.. >.< nnti ada masa sy tgk y ni..hee

    ReplyDelete
  3. macam citer Enough lakonan J.Lo kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...