Thursday, September 12, 2013

Lagenda Budak Hostel

Assalamualaikum...
Kesibukan demi kesibukan sering melanda hidup aku, tapi aku tidak mahu melepaskan peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang perkembangan filem Tanah air kita. Dengan keluarnya entry aku ini menunjukkan bahawa aku sangat menyokong filem-filem keluaran Tanah Air... 

Sebuah lagi filem daripada Metrowealth (MIG) yang bergenrekan komedi berada di pawagam berdekatan bermula pada 12 September 2013. Filem yang berjudul 'Lagenda Budak Hostel' adalah filem yang ke-81 terbitan MIG. Cerita ini mengetengahkan pahit manis sebuah persahabatan di alam persekolahan yang penuh cabaran dan dugaan yang menguji kesetiaan antara sahabat.

Filem ini telah diarahkan oleh Ismail 'Bob' Hasim. Sebelum ini beliau telah banyak mengarahkan beberapa buah filem yang telah mencapai kutipan 'Box Office' seperti Adnan Sempit 3, Ngangkung, Bini-biniku Gangster, Alamak Toyol dan Adnan Sempit 2.

Sekitar pendaftaran para jemputan dan media sesi pra tonton.

Ruang Media mendapatkan liputan dan cerita sensasi.

Cik Asyik sedang menemuramah pelakon Baru... BroFramestone... He3

Bagi aku, cerita ini sangat menarik dan sangat kelakar. Dari mula cerita sampai habis, tak henti-henti ketawa. Aku bagi 5 bintang untuk cerita ini. Tahniah kepada MIG kerana berjaya menghasilkan cerita yang sangat best ni. Kepada kawan-kawan yang masih belum menonton filem ni, boleh la terus ke pawagam. Memang tidak rugi... (^_^)

Sesi tayangan Pra tonton

Antara Selebriti yang turut hadir pada sesi pra Tonton yang telah diadakan di GSC e@Curve pada 10 September lalu ialah seperti dibawah. 

Along Eyzendy sebagai Put

Along Cham sebagai Kodan

Nora Danish sebagai Seroja

Pekin Ibrahim sebagai Aeron

Mikael Andre sebagai Pisang

Atikah Suhaimi sebagai Mila

Penerbit - Mejar (K) David Teo

Zalif Sidek berpakaian ala-ala sekolah..

Zila Seeron yang turut hadir menemani suaminya.

Isey Fazlisham yang lebih popular dengan Dikir Warrior.

Pastikan Filem 'Lagenda Budak Hostel' adalah cerita pilihan anda... (^_^)

6 comments:

  1. ngan "hot mama" tak sempat nak snap ke bro..
    hot laa bro pasni

    ReplyDelete
  2. ingtkn giorgio pun berlakon sekali..hehe

    ReplyDelete
  3. glamour nya giorgio.. jumpa artis semua..

    ReplyDelete
  4. untungnya...dapat jumpa para barisan pelakon...hihi

    ReplyDelete
  5. isi tabungan...thank sudi klik iklan cik akak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...