Wednesday, September 25, 2013

Sheikha Hub Hi Tea

Assalamualaikum...
Pada 20 September 2013 yang lalu, Sheikha Hub telah mengadakan satu majlis Hi Tea yang mana bertujuan untuk membuka dan memberi peluang kepada orang ramai untuk berkongsi rahsia-rahsia kejayaan mentor-mentor Sheikha Hub. Selain daripada itu juga, ia memberi pendedahan kepada para hadirin untuk lebih mengenali Insan-insan disebalik nama Sheikha Hub. Tip-tips untuk berjaya dalam perniagaan juga turut dikongsikan.

Entrance The Royale Bintang Damansara.

Sesi pendaftaran para tetamu dan media.

Coffee House Royale Bintang, Damansara

Ruang majlis diadakan... sangat Exclusive.

Majlis diiringi muzik yang mempersona dan menghiburkan.

Sebahagian para tetamu yang hadir

Majlis yang sangat warna-warni...

Majlis dimulakan dengan pendaftaran para hadirin dan pihak media diiringi muzik yang sangat harmoni dan sangat sedap didengar. Bersuasanakan Coffee House yang sangat EXCLUSIVE menambahkan lagi seri dan gaya bagi majlis Hi Tea tersebut. 

Makanan yang disediakan sangat sedap dan enak.

Pelbagai pilihan juadah yang disediakan.


Natasha Hudson bersama Baby nye yang comel.

Setelah semua hadirin memenuhi kerusi masing-masing, Datin Norzihan Ahmad selaku pengasas Sheikha Hub telah memberikan sepatah dua kata ucapan sebagai tanda kata alu-aluan dan penghargaan. Majlis diteruskan dengan acara makan-makan. Sepanjang acara makan-makan dijalankan, para mentor telah dijemput untuk memperkenalkan diri dan berkongsi cerita berkenaan karier masing-masing.

Pengasas Sheikha Hub - Datin NorZihan Ahmad

Mentor-mentor yang turut memeriahkan majlis.

Setelah ucapan penutup diberikan oleh mentor terakhir iaitu Fatma, beliau telah diminta untuk kekal dihadapan majlis. Hal ini telah menjadi satu kejutan buat beliau dan para hadirin.

Acara yang mengejutkan buat Fatma

Kek Hari jadi Fatma... Yummy

Happy Birthday Fatma...

Tidak lengkap majlis ini jika tiada persembahan penggayaan hijab. Penggayaan Hijab telah menjadi satu simbol yang besar bagi dunia Fesyen Islam.

Penggayaan Hijab oleh Ayra Awa.

Sangat pantas tetapi cantik dan bergaya

Sesi Soal jawab sedang berlangsung.

Para mentor menjawab setiap persoalan dengan bernas dan padat.

Antara wajah-wajah yang bersemangat mengajukan soalan.

Cantik... Untuk sape tu akak?

Acara akhir majlis - sesi bergambar dan beramah mesra.

Photographer of the Day... (^_^)

Tahniah buat penganjur kerana telah berjaya mengadakan satu Majlis Hi Tea yang sangat hebat dan mantap. Sekian, Terima Kasih

9 comments:

  1. Perghhh. Seronoknyaaaaa. Dapat jumpa retiss bagai. Hihi.
    Sukanya siap ada slot tutorial pakai shawl bagai. Nape tak ajak awal2. Huehue. *Tetiba

    ReplyDelete
  2. gambar semua cantik2..tahniah2.. :)

    ReplyDelete
  3. wah gambar serius meletop..hihi...
    untungnya...boleh jumpa artis...hihi

    ReplyDelete
  4. derma kilat tabungan nuffnang...hihi

    ReplyDelete
  5. wah...sgt2 best....teringin nak g event camnie...heee

    ReplyDelete
  6. wah.. syok juga jd jurugambar... :)

    ReplyDelete
  7. seronoknyaaa bergambar... cntik kek tu..smua cntik2.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...