Thursday, October 31, 2013

Highland Tower

Assalamualaikum...
Masih ingatkah lagi anda pada suatu tragedi yang medapat liputan meluas pada 11 Disember 1993, dimana Kondominium Highland Tower telah roboh dan tumbang disebabkan berlaku hakisan bawah tanah. Tragedi tersebut sangat tragis dan menyayat hati. Semoga roh-roh mangsa bersemadi dengan tenang.Tapi entry aku kali ini bukanlah untuk merungkai kembali sejarah tersebut, tapi ingin berkongsikan sebuah filem baru terbitan MIG Metrowealth.

Pada 28 Oktober 2013 yang lepas, sekali lagi pihak MIG telah mengadakan suatu Majlis Pra Tonton 'Highland Tower' di Cineleisure e@Curve Damansara. Seperti biasa, Majlis Pra Tonton tersebut akan dihadiri ramai pihak media yang ingin mendapatkan liputan secara langsung daripada pihak penerbit dan selebriti. Selain daripada itu juga, para pendatang baru dalam dunia seni tanah air juga turut memeriahkan majlis.

Highland Tower Movie

Highland Tower, sebuah lagi filem terbitan MIG Metrowealth bagi tahun 2013 dan merupakan filem ke-84 yang akan ditayangkan di pawagam. Filem yang menampilkan konsep 'found footage' ini adalah sebuah filem yang bergenrekan seram yang mana dirakamkan dilokasi sebenar Highland Tower. Filem ini bukanlah sebuah cerita yang merungkai kisah Highland Tower itu sendiri dan langsung tiada kaitan dengan tragedi tersebut.

Filem ini diolah oleh pengarah yang sangat sinonim dengan filem seram iaitu Pierre Andre. Konsep sebegini jarang diketengahkan tidak kira melalui penerbitan MIG mahupun di Malaysia. Pihak MIG yakin ia mampu menarik minat para penonton terutamanya penggemar filem bergenre seram.

Filem ini memaparkan aktiviti beberapa remaja yang nekad untuk masuk ke kawasan Highland Tower bagi merakam aktiviti paranormal di sana. Namun, apa yang mereka cari sebenarnya memang wujud dan telah mencabar keberanian mereka. Mikail Andre dan Nizam Zaidi tidak menyangka projek dokumentari pendek mereka menjadi sebuah pengalaman yang tidak mungkin dapat mereka lupakan. Filem ini turut dibintangi oleh Eddy Rauf, Atikah Suhaime, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Zairi Zainal. Setiap kejadian yang berlaku di Highland Tower berjaya diolah dengan baik oleh Pierre Andre yang pastinya membuatkan penonton pasti tidak senang duduk apabila menontonnya. Penerbit juga tidak berfikir panjang untuk mengambil projek ini untuk dijadikan filem tontonan umum.

Kepada semua peminat filem seram, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pengalaman sebenar kumpulan Mika dan Nizam di pawagam mulai 31 Oktober 2013 ini.

Highland Tower Movie
backdrop untuk sesi bergambar & temubual

Para media yang tiba lebih awal... Sesi melantak.. He3

Pierre Andre sedang ditemubual pihak wartawan.

Adibah Yunus turut membintangi filem ini.

 Niezam Zaidi... sangat sporting

 Mikail Andre... Chill Bro

 Eddy Rauf... kelakar orangnye... He3

 Nina Iskandar & Atikah Suhaime... sangat peramah

Abang Nas Terjah sedang diterjah oleh Giorgio

Niezam Zaidi bintang baru yang semakin berkilau... bukan Dato M Daud Kilau tau... (^_^)

Highland Tower Movie
 Mikail Andre bercerita panjang... Seram...

 Shima Anuar menceritakan pengalaman ditinggalkan keseorangan di dalam Highland Tower.

Pengalaman dirasuk... Atikah Suhaime tidak sedarkan diri.

 Suasana sebelum tayangan Pra Tonton...

Photographer of the day... Cik Asyik

SINOPSIS


Highland Tower Movie

Mika dan Nizam mempunyai idea untuk membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram, dimana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan pihak produksi daripada MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapatkan dana daripada pihak produksi MIG yang sangat berminat dengan idea yang telah dibentangkan oleh mereka. Pihak produksi juga telah membantu dalam menambahkan ahli kumpulan mereka iaitu Shima Anuar, Atikah Suhaime, Eddy Rauf dan juga Zairi zainal.

Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka akhirnya mereka bertujuh ketempat yang dirancangkan. Pada malam pertama sudah cukup membuatkan mereka sekumpulan berasa sangat seram. Macam-macam kejadian aneh yang telah berlaku. Ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan melalui earphone, dan lampu kamera tiba-tiba terpadam. Lagi mengejutkan apabila Shima hilang disembunyikan oleh sesuatu. Kumpulan Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima hingga menemuinya. Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower. Adakah ceritanya berakhir di situ?... Untuk mengetahui cerita yang sangat seram ini, Jom beramai-ramai memeriahkan pawagam yang berdekatan pada 31 Oktober 2013.





Photo ehsan daripada pihak MIG Metrowealth

TRAILER



Cerita ini sangat seram... Harap kepada mana-mana yang ada sakit jantung atau kepada Ibu mengandung jangan tengok... Dikhuatiri membahayakan kesihatan.

Wednesday, October 30, 2013

Aku Dilanggar, Aku Terlanggar

Assalamualaikum...
Pada 24 Oktober 2013 yang lalu sekitar jam 5.30 petang aku telah terlibat dalam satu kemalangan. Kejadian tersebut telah berlaku di Kilometer 10.6 Lebuhraya Persekutuan. Pada ketika itu aku dalam perjalanan ke UiTM Shah Alam untuk menghadiri satu kelas 'Graduate Seminar'.

Seperti biasa, keadaan lalu lintas pada waktu itu adalah sesak dengan kenderaan orang ramai yang masing-masing berpusu-pusu pulang dari tempat kerja. Aku memandu pada laluan yang paling kanan. Sepanjang perjalanan itu aku berada di belakang kereta Viva putih (Mangsa 1) dengan kelajuan sekitar 60km -70km sejam. Cuaca pada petang itu sangat panas ditambah lagi dengan penuh sesak dengan kenderaan berenjin.

Sedang aku kusyuk memandu sambil mendengar radio, tiba-tiba kelihatan kereta BMW hitam telah melakukan 'Emengency Brake' dan asap putih berkepul-kepul dihasilkannya. Sudah menjadi kebiasaan aku ketika memandu akan melihat 2-3 biji kereta di hadapan sebagai persediaan. Dengan tidak semena-mena, kereta Viva putih di hadapan aku juga turut melakukan 'Emengency Brake', apa lagi, dengan perasaan sedikit cemas, aku pun turut melakukan 'Emengency Brake'. Berpesta asap la jawabnya masa tu. Kami masing-masing sempat memberhentikan kenderaan masing-masing tanpa sebarang perlanggaran. Tapi apakan daya kalau sudah takdir maka akan berlaku jua. Ketika dalam proses menekan pedal brake, sempat aku menjeling manja pada cermin pandang belakang. Jelas kelihatan sebuah kereta Iswara Oren sedang meluru kearah keretaku. Dalam pada masa itu, aku hanya sempat beristighfar pendek sambil hati kecil berkata, "Habisla aku"...

Gedegang... Kereta Iswara Oren (Mangsa 2) berjaya meng 'Hit' kereta aku malah turut melakukan 'Combo Kiss' dengan melibatkan sekali kereta aku dan kereta di hadapan. Terbaik gerakan tersebut. Setelah semua itu berlaku, kami semua memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan kasar sambil berkenalan... Hampeh..

Kejadian tersebut kami selesaikan di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam dengan aman dan damai. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, aku harus akur dan terima setiap kententuan-Nya. Aku juga bersyukur, aku masih mampu bernafas sehingga ke hari ini. Walaupun ini bukanlah kemalangan kenderaan pertama bagiku, tapi sedikit sebanyak telah membuatkan aku sedikit 'Trauma' dan 'Phobia'.

Remuk... kereta yang menge 'kiss' belakang keretaku.

Tercalar... kesan di 'kiss' keretaku.

Hanya tercalar walau kuat kesan perlanggarannya...

Calar luaran kelihatan, calar dalaman siapa tahu...

Semoga ALLAH jauhkan aku dari kejadian seperti ini lagi. Sekian sahaja sedikit perkongsian dari aku. Terima kasih...

Tuesday, October 22, 2013

NuffNang Food Fest 2013




Assalamualaikum...
Kesibukan dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar menyebabkan aku langsung tidak sempat untuk 'meng update' entry-entry baru. Entry yang ingin aku kongsikan kali ini sepatutnya sudah lama di publishkan. Event ini telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Oktober 2013 iaitu pada hari sabtu yang sudah lepas. Event ini adalah Event 'Nuffnang Foof Fest 2013'. Ia telah diadakan di perkarangan Sunway Pyramid iaitu betul-betul di hadapan Entrance Sunway Lagoon. Mungkin ini Event yang pertama aku sertai semata-mata datang untuk makan. (^_^)

Food Fest

Sesi pendaftaran sekitar jam 3 petang...

Instruction untuk makan free... Makan pun kene ikut instruction?

Antara produk makanan yang turut serta...

Food Fest
Sumo Onigiri... sedap sangat (^_^)

Sisters Crispy Popiah... sangat terasa popiahnye... He3

Duta 'New Zealand Natural Premium Ice Cream'... Ha3

Food desert - pemanis mulut yang sedap botingket-tingket...

Produk makanan feveret... Maggi... He3

Hari yang panas kalau pekena Chatime memang best...

Masa berlalu makin ramai yang datang.

Pengunjung yang berpusu-pusu datang... Meriahnye

Food fest
Hari dimana semua orang sibuk dengan smartphone & tablet masing-masing...

Cik Asyik tunjuk skill Photography nye... (^_^)

Bile perut dah kenyang, hati pun banyak senang...

Photographer of the Day...

Terima kasih Nuffnang dan Churp Churp untuk aktiviti yang sangat menarik ini. Di samping berjaya mengumpulkan para blogger dari pelbagai kaum, ia juga turut mempromosikan produk-produk makanan yang telah wujud di Malaysia. #NNFoodFest

Sekian, terima Kasih... (^_^)

Friday, October 11, 2013

Longkai

Assalamualaikum...
Pada 7 Oktober 2013 telah berlangsung satu majlis Pra Tonton filem 'Longkai'. Majlis tersebut telah diadakan di Cathay Cineleisure E@Curve Damansara. Seperti biasa majlis tersebut sangat meriah dengan kehadiran pihak media dan juga para selebriti tanah air.

Longkai Poster

'Longkai' adalah sebuah filem aksi yang terbaru terbitan MIG dan satu lagi karya terbaik dalam usaha mengangkat taraf industri perfileman tempatan. Filem ini merupakan filem ke-84 terbitan MIG dan ternyata kisah seperti ini adalah sesuatu yang baru kerana belum pernah lagi dipaparkan secara khusus di dalam mana-mana filem.

Sudah menjadi keutamaan, barisan para pelakon menjadi peranan penting dalam menghasilkan sesebuah filem yang berkualiti dan menarik peminat untuk menontonnya. Filem ini dibintangi dibintangi oleh Faizal Hussein yang sudah pasti ditunggu-tunggu peminat filem seluruh Malaysia. Filem ini dikuatkan lagi dengan gandingan mantap oleh Erra Fazira dan Dira Abu Zahar. Selain daripada itu, pelakon muda yang berbakat besar seperti Niezam Zaidi, Wawa Zainal, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Mikail Andre, Epy Kodiang, Zul Suphia'an dan ramai lagi semestinya menambahkan lagi keterujaan penonton untuk menonton filem ini.

Filem aksi ini telah diarahkan oleh seorang pengarah yang sangat berbakat yang mana pernah mengarah sebuah filem aksi yang lain iaitu 'Budak Pailang'. Beliau adalah Hashim Rejab. Kebolehan beliau dalam menggarap cerita dengan baik meyakinkan penerbit untuk memberi peluang mengarahkan filem 'Longkai' mengikut acuan aksi segar yang menjadi trend dan pilihan penonton kini.

5 Bintang juga aku berikan untuk filem ini...

 Ruang media dan selebriti mula dipenuhi

Longkai Pra Tonton
'Bunting' sebagai backdrop

Sesi pendaftaran para tetamu

Lan Zailan turut membintangi filem 'Longkai'

 Faizal Hussein sedang ditemuramah

Azwan Kombos sebagai Bada semasa remaja

 Faizal Hussein memegang watak sebagai Bada

Man Raja Lawak memang kelakar orangnye

Menunggu tayangan dimulakan

Niezam Zaidi
 Niezam Zaidi sebagai Eddie

Atikah Suhaime
 Atikah Suhaime sebagai Zarina semasa remaja

Eizlan Yusof
 Dato' Eizlan Yusof turut memeriahkan majlis

 Cik Asyik sedang tekun meng'update' Instagram

Sedang ditemubual... seronok bersembang dengan mereka (^_^)

SINOPSIS



Mengisahkan tentang geng-geng longkai (pemandu towtruck) yang sering berebut untuk mendapatkan mangsa di jalanraya. Eddie (Niezam Zaidi) dan Bada (Faizal Hussein) merupakan pasangan adik beradik longkai. Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rima (Dira Abu Zahar), seorang wanita yang berjiwa kental dan lasak. Dalam diam sebenarnya Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan oleh Rima terhadapnya.

Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) merupakan musuh kepada Eddie dan Bada sejak dahulu lagi akibat perebutan perniagaan longkai mereka. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya Suraya (Wawa Zainal) sengaja menempa bahaya kerana menjalinkan hubungan cinta dalam diam bersama Eddie.

Zarina (Erra Fazira) seorang wanita yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan perhubungan Eddie dan Bada renggang dan membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu kepada Rima.

Mojo pula semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan oleh Geng-geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga (Zul Suphian), seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam. Ia bertambah menarik lagi, Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada disebabkan oleh sejarah hitam dan persengketaan lampau mereka.

Adakah Eddie dan Bada akan terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya? Jom beramai-ramai menonton filem aksi  menarik ini yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 Oktober 2013.


Trailer 'Longkai' - Lu Berani, Lu Mari!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...