Wednesday, October 30, 2013

Aku Dilanggar, Aku Terlanggar

Assalamualaikum...
Pada 24 Oktober 2013 yang lalu sekitar jam 5.30 petang aku telah terlibat dalam satu kemalangan. Kejadian tersebut telah berlaku di Kilometer 10.6 Lebuhraya Persekutuan. Pada ketika itu aku dalam perjalanan ke UiTM Shah Alam untuk menghadiri satu kelas 'Graduate Seminar'.

Seperti biasa, keadaan lalu lintas pada waktu itu adalah sesak dengan kenderaan orang ramai yang masing-masing berpusu-pusu pulang dari tempat kerja. Aku memandu pada laluan yang paling kanan. Sepanjang perjalanan itu aku berada di belakang kereta Viva putih (Mangsa 1) dengan kelajuan sekitar 60km -70km sejam. Cuaca pada petang itu sangat panas ditambah lagi dengan penuh sesak dengan kenderaan berenjin.

Sedang aku kusyuk memandu sambil mendengar radio, tiba-tiba kelihatan kereta BMW hitam telah melakukan 'Emengency Brake' dan asap putih berkepul-kepul dihasilkannya. Sudah menjadi kebiasaan aku ketika memandu akan melihat 2-3 biji kereta di hadapan sebagai persediaan. Dengan tidak semena-mena, kereta Viva putih di hadapan aku juga turut melakukan 'Emengency Brake', apa lagi, dengan perasaan sedikit cemas, aku pun turut melakukan 'Emengency Brake'. Berpesta asap la jawabnya masa tu. Kami masing-masing sempat memberhentikan kenderaan masing-masing tanpa sebarang perlanggaran. Tapi apakan daya kalau sudah takdir maka akan berlaku jua. Ketika dalam proses menekan pedal brake, sempat aku menjeling manja pada cermin pandang belakang. Jelas kelihatan sebuah kereta Iswara Oren sedang meluru kearah keretaku. Dalam pada masa itu, aku hanya sempat beristighfar pendek sambil hati kecil berkata, "Habisla aku"...

Gedegang... Kereta Iswara Oren (Mangsa 2) berjaya meng 'Hit' kereta aku malah turut melakukan 'Combo Kiss' dengan melibatkan sekali kereta aku dan kereta di hadapan. Terbaik gerakan tersebut. Setelah semua itu berlaku, kami semua memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan kasar sambil berkenalan... Hampeh..

Kejadian tersebut kami selesaikan di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam dengan aman dan damai. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, aku harus akur dan terima setiap kententuan-Nya. Aku juga bersyukur, aku masih mampu bernafas sehingga ke hari ini. Walaupun ini bukanlah kemalangan kenderaan pertama bagiku, tapi sedikit sebanyak telah membuatkan aku sedikit 'Trauma' dan 'Phobia'.

Remuk... kereta yang menge 'kiss' belakang keretaku.

Tercalar... kesan di 'kiss' keretaku.

Hanya tercalar walau kuat kesan perlanggarannya...

Calar luaran kelihatan, calar dalaman siapa tahu...

Semoga ALLAH jauhkan aku dari kejadian seperti ini lagi. Sekian sahaja sedikit perkongsian dari aku. Terima kasih...

9 comments:

  1. semoga anda dlilindungi dan diberkati Allah selalu.

    ReplyDelete
  2. Nasib tak banyak cederakan..

    http://puteriairyn.blogspot.com/2013/10/merahnya-apel-india.html

    ReplyDelete
  3. semoga sentiasa dilindungi Allah...aamiin

    ReplyDelete
  4. Harap bersabar, semoga Allah lindungi kita daripada berlaku di masa hadapan.

    ReplyDelete
  5. nasib baik tak teruk sangat kan?
    xpe, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.. :)

    ReplyDelete
  6. isk takut cik akak tau....

    semoga sentiasa di lindungi ....

    klik nuffnang

    ReplyDelete
  7. takziah... berhati-hati la selepas ini... mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini..

    jika ada masa.. jom singgah blog saya.. terima kasih..

    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/ganjaran-apabila-melayari-internet.html

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah kemalangan tak teruk kan. lepas ni giorgio kena lebih berhati-hati lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...