Sunday, October 6, 2013

Bloggers Movie Day Out

Assalamualaikum...
Pada 27 September 2013 yang lalu, aku bersama beberapa rakan Blogger yang lain telah menghadiri satu aktiviti yang menarik di TGV One Utama. Aktiviti tersebut adalah menonton wayang bersama-sama.  Terlebih dahulu terima kasih aku ucapkan untuk Bro FrameStone yang sudi menjemput aku ke sana. Terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang turut juga memeriahkan suasana panggung pada hari tersebut. Filem yang aku tonton pada hari itu ialah 'Rush'...


Rush adalah sebuah filem sukan permotoran yang bergenrekan aksi yang diarahkan oleh Ron Howard dan ditulis oleh Peter Morgan pada tahun 1976 dimana satu musim persaingan antara pemandu James Hunt dan Niki Lauda dalam sukan Formula One. Filem ini dibintangi oleh Chris Hemsworth sebagai James Hunt dan Daniel Brühl sebagai Niki Lauda. Filem ini adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar. Sangat menarik untuk ditonton yang mana ia padat dan penuh dengan aksi. Lima Bintang untuk cerita ini.

Berposing sebelum menonton... Cik Asyik

Sesi Wajib... Bergambar selepas menonton

Teknik bergambar kegemaran Bro Framestone

Pada 3 Oktober 2013, Sekali lagi aku bersama-sama rakan Blogger yang lain berkumpul dan bersama-sama menonton wayang. Apa yang berbeza kali ini ialah, 2 orang selebriti tanah air juga turut meluangkan waktu untuk menonton bersama-sama. Mereka adalah Aman Nassim dan Mikail Andre. Filem yang menjadi pilihan pada hari itu ialah 'Cloudy With a Chance of Meatballs 2'.


Cloudy with a Chance of Meatballs 2 adalah sebuah filem animasi sains fiksyen yang dihasilkan oleh Sony Pictures Animasi dan diedarkan oleh Columbia Pictures. Filem ini merupakan sekuel kepada filem yang telah ditayangkan pada tahu 2009 iaitu Cloudy with a Chance of Meatballs.

Filem ini telah ditulis oleh John Francis Daley , Jonathan Goldstein, dan Erica Rivinoja. Pada Filem pertama, dapat kita lihat di mana sebuah mesin membuat makanan telah hilang kawalan dan menyebabkan malapetaka. Flint Wood sebagai penciptanya bersama kawan-kawan yang lain telah menghentikannya dan filem itu berakhir dengan kesudahan yang gembira dan baik. Pada filem kedua ini lain pula ceritanya, Flint dan rakan-rakannya telah diarahkan oleh satu Kumpulan Penyelidik yang menggunakan nama 'LIVE' untuk meninggalkan bandar tempat kediaman mereka atas sebab-sebab tertentu. Sepanjang tempoh peninggalan mereka selama 6 bulan, mesin makanan tersebut telah hidup kembali. Tetapi kali ini lain pula cabarannya. Mereka perlu kembali untuk menyelamatkan dunia. Untuk mengetahui selanjutnya, Jom ramai-ramai pergi Cinema.

Aman Nassim... Peace

Mikail Andre... Say Cheese

Bro Framestone... Tokey Besar.. He3

Sesi bergambar sebelum Menonton...

Teknik Bergambar yang wajib... (^_^)

Sebelum aku mengakhiri entry kali ini, Jangan lupa untuk menonton Liga Lawak Superstar yang akan ditayangkan di Tv3 pada 6 Oktober 2013. Aman Nassim dan Mikail Andre adalah antara peserta yang bakal beraksi dalam Tv Show tersebut. Maka, Jom beramai-ramai Vote diorang... See You..

4 comments:

  1. Dua2 movie ini memang terbaik..tak rugi tengok..:)

    ReplyDelete
  2. dua2 sy x tgk lagi... wahh! bestnya dpt jumpa blogger lain =)

    ReplyDelete
  3. hihi...memang bab bergamabr nie...engko paling hero gio..hihi

    ReplyDelete
  4. wahhhh...bestnya...bolehlah tonton nanti..^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...