Thursday, October 31, 2013

Highland Tower

Assalamualaikum...
Masih ingatkah lagi anda pada suatu tragedi yang medapat liputan meluas pada 11 Disember 1993, dimana Kondominium Highland Tower telah roboh dan tumbang disebabkan berlaku hakisan bawah tanah. Tragedi tersebut sangat tragis dan menyayat hati. Semoga roh-roh mangsa bersemadi dengan tenang.Tapi entry aku kali ini bukanlah untuk merungkai kembali sejarah tersebut, tapi ingin berkongsikan sebuah filem baru terbitan MIG Metrowealth.

Pada 28 Oktober 2013 yang lepas, sekali lagi pihak MIG telah mengadakan suatu Majlis Pra Tonton 'Highland Tower' di Cineleisure e@Curve Damansara. Seperti biasa, Majlis Pra Tonton tersebut akan dihadiri ramai pihak media yang ingin mendapatkan liputan secara langsung daripada pihak penerbit dan selebriti. Selain daripada itu juga, para pendatang baru dalam dunia seni tanah air juga turut memeriahkan majlis.

Highland Tower Movie

Highland Tower, sebuah lagi filem terbitan MIG Metrowealth bagi tahun 2013 dan merupakan filem ke-84 yang akan ditayangkan di pawagam. Filem yang menampilkan konsep 'found footage' ini adalah sebuah filem yang bergenrekan seram yang mana dirakamkan dilokasi sebenar Highland Tower. Filem ini bukanlah sebuah cerita yang merungkai kisah Highland Tower itu sendiri dan langsung tiada kaitan dengan tragedi tersebut.

Filem ini diolah oleh pengarah yang sangat sinonim dengan filem seram iaitu Pierre Andre. Konsep sebegini jarang diketengahkan tidak kira melalui penerbitan MIG mahupun di Malaysia. Pihak MIG yakin ia mampu menarik minat para penonton terutamanya penggemar filem bergenre seram.

Filem ini memaparkan aktiviti beberapa remaja yang nekad untuk masuk ke kawasan Highland Tower bagi merakam aktiviti paranormal di sana. Namun, apa yang mereka cari sebenarnya memang wujud dan telah mencabar keberanian mereka. Mikail Andre dan Nizam Zaidi tidak menyangka projek dokumentari pendek mereka menjadi sebuah pengalaman yang tidak mungkin dapat mereka lupakan. Filem ini turut dibintangi oleh Eddy Rauf, Atikah Suhaime, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Zairi Zainal. Setiap kejadian yang berlaku di Highland Tower berjaya diolah dengan baik oleh Pierre Andre yang pastinya membuatkan penonton pasti tidak senang duduk apabila menontonnya. Penerbit juga tidak berfikir panjang untuk mengambil projek ini untuk dijadikan filem tontonan umum.

Kepada semua peminat filem seram, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pengalaman sebenar kumpulan Mika dan Nizam di pawagam mulai 31 Oktober 2013 ini.

Highland Tower Movie
backdrop untuk sesi bergambar & temubual

Para media yang tiba lebih awal... Sesi melantak.. He3

Pierre Andre sedang ditemubual pihak wartawan.

Adibah Yunus turut membintangi filem ini.

 Niezam Zaidi... sangat sporting

 Mikail Andre... Chill Bro

 Eddy Rauf... kelakar orangnye... He3

 Nina Iskandar & Atikah Suhaime... sangat peramah

Abang Nas Terjah sedang diterjah oleh Giorgio

Niezam Zaidi bintang baru yang semakin berkilau... bukan Dato M Daud Kilau tau... (^_^)

Highland Tower Movie
 Mikail Andre bercerita panjang... Seram...

 Shima Anuar menceritakan pengalaman ditinggalkan keseorangan di dalam Highland Tower.

Pengalaman dirasuk... Atikah Suhaime tidak sedarkan diri.

 Suasana sebelum tayangan Pra Tonton...

Photographer of the day... Cik Asyik

SINOPSIS


Highland Tower Movie

Mika dan Nizam mempunyai idea untuk membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram, dimana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan pihak produksi daripada MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapatkan dana daripada pihak produksi MIG yang sangat berminat dengan idea yang telah dibentangkan oleh mereka. Pihak produksi juga telah membantu dalam menambahkan ahli kumpulan mereka iaitu Shima Anuar, Atikah Suhaime, Eddy Rauf dan juga Zairi zainal.

Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka akhirnya mereka bertujuh ketempat yang dirancangkan. Pada malam pertama sudah cukup membuatkan mereka sekumpulan berasa sangat seram. Macam-macam kejadian aneh yang telah berlaku. Ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan melalui earphone, dan lampu kamera tiba-tiba terpadam. Lagi mengejutkan apabila Shima hilang disembunyikan oleh sesuatu. Kumpulan Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima hingga menemuinya. Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower. Adakah ceritanya berakhir di situ?... Untuk mengetahui cerita yang sangat seram ini, Jom beramai-ramai memeriahkan pawagam yang berdekatan pada 31 Oktober 2013.





Photo ehsan daripada pihak MIG Metrowealth

TRAILER



Cerita ini sangat seram... Harap kepada mana-mana yang ada sakit jantung atau kepada Ibu mengandung jangan tengok... Dikhuatiri membahayakan kesihatan.

24 comments:

  1. amboi....bergambar dengan orang-orang glamour. Tahniah....

    ReplyDelete
  2. amboi....gambar cun melecun...tahniah......

    ReplyDelete
  3. dah tgk preview cte nie dekat TV,memang macam best..rasa nye movie nie lagi better dari paranormal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene trus ke pawagam la... Filem ni mmg lain dr lain... (^_^)

      Delete
  4. antara movie seram terbaik..kisah benar ni..:)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Real Footage 2 bermaksud video asal tanpa ditokok tambah... menurut pihak MiG, hantu yg dirakam dlm filem ini ini adalah yg real punye... Allahualam... (^_^)

      Delete
  6. wow ! film melayu yang jarang didapati di pasaran . sekarang film inggeris banyak lah macam ni . harap pihak MIG atau syraikat produksi lebih berani dalam mempertengahkan idea untuk kemjuan filem Malaysia .

    ReplyDelete
  7. nampak menarik lah movie nie...:)

    ReplyDelete
  8. tegok gaya cerita ini mcm seram sahaja...^^

    ReplyDelete
  9. Ketika menulis entry ni Giorgio turut mengalami gangguan yg tidak diundang... Allahualam..

    ReplyDelete
  10. hello
    Registration for the "Directory" blog, are free.
    We only ask you to follow the blog.
    Thank you for your understanding

    ReplyDelete
  11. dah tgok semalam..seat penuh lg..hampir semua penonton menjerit2..bagi aku, best!

    ReplyDelete
  12. Hello from France
    I am very happy to welcome you!
    Your blog has been accepted in Asia Malaysia N°422 a minute!
    We ask you to follow the blog "Directory"
    Following our blog will gives you twice as many possibilities of visits to your blog!
    Thank you for your understanding.
    On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
    Invite your friends to join us in the "directory"!
    The creation of this new blog "directory" allows a rapprochement between different countries, a knowledge of different cultures and a sharing of different traditions, passions, fashion, paintings, crafts, cooking,
    photography and poetry. So you will be able to find in different countries other people with passions similar to your ones.
    We are fortunate to be on the Blogspot platform that offers the opportunity to speak to the world.
    The more people will join, the more opportunities everyone will have. And yes, I confess, I need people to know this blog!
    You are in some way the Ambassador of this blog in your Country.
    This is not a personal blog, I created it for all to enjoy.
    SO, you also have to make it known to your contacts and friends in your blog domain: the success of this blog depends on all Participants.
    So, during your next comments with your friends, ask them to come in the 'Directory' by writing in your comments:
    *** I am in the directory come join me! ***
    You want this directory to become more important? Help me to make it grow up!
    Your blog is in the list Asia Malaysia N°422 and I hope this list will grow very quickly
    Regards
    Chris
    We ask that you follow our blog and place a badge of your choice on your blog, in order to introduce the "directory" to your friends.
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/09/06/12090603083012502810288938.gif
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/03/19/120319072128505749603643.gif
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/07/12/12071211040212502810092867.gif
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/03/28/120328020518505749640557.gif
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/03/15/1203150723211250289584870.png
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/09/21/12092110155912502810343002.gif

    If you want me to know the blog of your friends, send me their urls which allows a special badge in the list of your country
    I see that you know many people in your country, you can try to get them in the directory?
    Please! Actively support the "Directory" by making known to your friends! Thank you! "Unity is strength"
    Not need an invitation to join the Directory. Any person who makes the request is entered
    WE ASK YOU TO FOLLOW OUR BLOG "DIRECTORY"
    New on the site
    Ranking of Countries
    Invite your friends know made ??
    the website to raise your ranking in the Country

    ReplyDelete
  13. Macam seram jer..kena tengok dgn kawan-kawan ni, tak boleh tgok berdua je haha..

    ReplyDelete
  14. x tgk lagi.......n tak tahu ler qualitynyer canne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dilihatkan pd feedback penonton yg tlahpun menonton, cerita ini sgt menarik n mmpunyai classnye yg trsendiri... Kutipan filem ni utk satu minggu tlah mencecah hampir 2.1 juta...

      Delete
  15. taniah.. seram, but... in the end... it real or not... nak tahu 2 je...
    alhamdulilah la, korg selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahualam... klu menurut kata krew yg terlibat, ianya memang rakaman asal. Langsung tidak menggunakan effect CGI ataupun makeup artis...

      Delete
  16. I think this is the best film ever produced in Malaysia. They were so brave and I would like to congrats them. Real ghost, plus without script, that was so bravo!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...