Friday, October 11, 2013

Longkai

Assalamualaikum...
Pada 7 Oktober 2013 telah berlangsung satu majlis Pra Tonton filem 'Longkai'. Majlis tersebut telah diadakan di Cathay Cineleisure E@Curve Damansara. Seperti biasa majlis tersebut sangat meriah dengan kehadiran pihak media dan juga para selebriti tanah air.

Longkai Poster

'Longkai' adalah sebuah filem aksi yang terbaru terbitan MIG dan satu lagi karya terbaik dalam usaha mengangkat taraf industri perfileman tempatan. Filem ini merupakan filem ke-84 terbitan MIG dan ternyata kisah seperti ini adalah sesuatu yang baru kerana belum pernah lagi dipaparkan secara khusus di dalam mana-mana filem.

Sudah menjadi keutamaan, barisan para pelakon menjadi peranan penting dalam menghasilkan sesebuah filem yang berkualiti dan menarik peminat untuk menontonnya. Filem ini dibintangi dibintangi oleh Faizal Hussein yang sudah pasti ditunggu-tunggu peminat filem seluruh Malaysia. Filem ini dikuatkan lagi dengan gandingan mantap oleh Erra Fazira dan Dira Abu Zahar. Selain daripada itu, pelakon muda yang berbakat besar seperti Niezam Zaidi, Wawa Zainal, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Mikail Andre, Epy Kodiang, Zul Suphia'an dan ramai lagi semestinya menambahkan lagi keterujaan penonton untuk menonton filem ini.

Filem aksi ini telah diarahkan oleh seorang pengarah yang sangat berbakat yang mana pernah mengarah sebuah filem aksi yang lain iaitu 'Budak Pailang'. Beliau adalah Hashim Rejab. Kebolehan beliau dalam menggarap cerita dengan baik meyakinkan penerbit untuk memberi peluang mengarahkan filem 'Longkai' mengikut acuan aksi segar yang menjadi trend dan pilihan penonton kini.

5 Bintang juga aku berikan untuk filem ini...

 Ruang media dan selebriti mula dipenuhi

Longkai Pra Tonton
'Bunting' sebagai backdrop

Sesi pendaftaran para tetamu

Lan Zailan turut membintangi filem 'Longkai'

 Faizal Hussein sedang ditemuramah

Azwan Kombos sebagai Bada semasa remaja

 Faizal Hussein memegang watak sebagai Bada

Man Raja Lawak memang kelakar orangnye

Menunggu tayangan dimulakan

Niezam Zaidi
 Niezam Zaidi sebagai Eddie

Atikah Suhaime
 Atikah Suhaime sebagai Zarina semasa remaja

Eizlan Yusof
 Dato' Eizlan Yusof turut memeriahkan majlis

 Cik Asyik sedang tekun meng'update' Instagram

Sedang ditemubual... seronok bersembang dengan mereka (^_^)

SINOPSIS



Mengisahkan tentang geng-geng longkai (pemandu towtruck) yang sering berebut untuk mendapatkan mangsa di jalanraya. Eddie (Niezam Zaidi) dan Bada (Faizal Hussein) merupakan pasangan adik beradik longkai. Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rima (Dira Abu Zahar), seorang wanita yang berjiwa kental dan lasak. Dalam diam sebenarnya Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan oleh Rima terhadapnya.

Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) merupakan musuh kepada Eddie dan Bada sejak dahulu lagi akibat perebutan perniagaan longkai mereka. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya Suraya (Wawa Zainal) sengaja menempa bahaya kerana menjalinkan hubungan cinta dalam diam bersama Eddie.

Zarina (Erra Fazira) seorang wanita yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan perhubungan Eddie dan Bada renggang dan membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu kepada Rima.

Mojo pula semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan oleh Geng-geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga (Zul Suphian), seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam. Ia bertambah menarik lagi, Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada disebabkan oleh sejarah hitam dan persengketaan lampau mereka.

Adakah Eddie dan Bada akan terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya? Jom beramai-ramai menonton filem aksi  menarik ini yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 Oktober 2013.


Trailer 'Longkai' - Lu Berani, Lu Mari!


8 comments:

  1. untungnya...dapat berjimba dengan mereka semua

    ReplyDelete
  2. ramai artis yg dtg tu yg seronok..dpt kenal2..:)

    ReplyDelete
  3. nampak menarik filem ni.. paling minat erra fazira.. :D

    ReplyDelete
  4. wah bestnya giorgio dapat jumpa dengan mereka semua....

    ReplyDelete
  5. Ramainya artis ada, filem ni mcm best je..black mentor tak dtg ke..

    ReplyDelete
  6. best......menarik....salam blogging....salam kenal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...