Thursday, October 10, 2013

Sheikha Hub Gala Night

Assalamualaikum...
Pada 21 September yang lepas, Sheikha Hub buat julung kalinya telah mengadakan satu majlis yang gilang-gemilang iaitu Sheikha Hub Gala Night. Majlis tersebut telah diadakan di sebuah Hotel ternama di Ibu Kota iaitu Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan mereka dalam memperkembangkan dan membawa nama Sheikha Hub ke mata dunia.

Sheikha Hub adalah portal hub untuk para usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan ke arah lebih bersistematik dan moden. Mereka sedia membantu anda untuk memajukan perniagaan anda. Terdapat ramai mentor-mentor yang berjaya dan boleh di contohi di Sheikha Hub. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, boleh terus ke laman sesawang mereka di Sheikha Hub.

Sheikha Hub Gala Night
Pentas yang menggunakan konsep minimal

Backdrop untuk sesi temubual dan bergambar

sesi pendaftaran para jemputan

Meja para jemputan VIP yang sangat Eksklusif

Ruang Majlis yang sangat luas dan selesa

Hadirin jemputan yang baru tiba

Sebahagian daripada koleksi Busana Najjah Boutique menjadi pameran

Sebahagian daripada koleksi Busana Ammara Boutique

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Datin NorZihan Ahmad

Wajah-wajah ceria di malam Majlis

Sebahagian jemputan... Reshmonu pun ade

Para hadirin yang turut memeriahkan majlis

Izara Aishah mengenakan busana hitam yang menawan

Tetamu VVIP, YAM Raja Dato Seri Eleena DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah

Penyampaian sijil kepada Usahawan yang turut melibatkan diri dalam dunia Sheikha Hub

Persembahan daripada Yayasan Haqani yang sangat bertenaga

Pertunjukkan Fesyen daripada pereka Muda yang mewakili Sheikha Hub ke Melbourne

Pertunjukkan fesyen koleksi Fatma Ghanem dan Zeina Abou Chaaban

Sebahagian daripada juadah yang sangat enak

Sesi bergambar sebelum majlis selesai

Shea Rasol, Cik Asyik dan Jezmine Zaidan

The best Partner Ever... Cik Asyik (^_^)

Cik Asyik dan Shahira Shaharuddin

Photographer of the day...

Alhamdulillah, Majlis itu telah pun selesai dengan jayanya. Majlis yang sangat eksklusif dan sangat hebat. Semoga segala apa jua usaha yang dijalankan oleh Sheikha Hub mendapat keberkatan Illahi dan menemui kejayaan, Insya ALLAH...

Sekian Terima Kasih...



3 comments:

  1. wahhh...bestnya...cantik baju2 yang diperagakan..^^

    ReplyDelete
  2. event plg glamour pernah pergi dan baju plg buruk pernah pakai..haha..xsesuai dgn majlis masa tu..nyesal xshopping di zalora..hahah..tetibe..;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...