Wednesday, November 27, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Movie

Assalamualaikum...
Pada 18 November 2013 yang lalu, Telah berlangsungnya satu Majlis Pra-Tonton bagi Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!. Majlis promosi ini telah dianjurkan pihak MiG Online di Cathay Cineleisure E-Curve, Damansara. Seperti biasa, pihak Media akan tiba lebih awal dan bersiap sedia untuk menjalankan tugasan masing-masing demi mendapatkan bahan-bahan yang bakal diterbitkan. Walaupun Ustaz Azhar Idrus tidak dapat menghadirkan diri disebabkan jadualnya yang sangat padat namun Majlis itu turut dimeriahkan oleh Kumpulan Shiro dan rakan-rakan Raja Lawak yang lain. Mejar (K) David Teo yang baru pulang dari urusan luar negara juga sempat singgah untuk menyampaikan pantun 2 patahnya yang sudah pasti lawak untuk didengari.

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja.

Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon tersebut adalah Zalif Sidek, Mikail Andre dan Epy Kodiang yang turut sama membantu dalam menjayakan filem arahan Pierre Andre ini.

Sesi pendaftaran bagi setiap jemputan.

Pihak Media yang tiba lebih awal.

Suasana Dewan tayangan yang mula dipenuhi oleh para jemputan.

Sempat berposing sementara menunggu tayangan Pra Tonton dimulakan.

Barisan pelakon yang membintangi Filem ini... Sangat Lawak Anda semua...

Ajak Shiro sedang di Interview...

Pandai melawak juge yea Si Akim ni... (^_^)

Photographer of the Day - Cik Asyik & Me

SINOPSIS

Ustaz Azhar Idrus

Dadu (Shahrol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai halatuju dalam hidup, seringkali dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa. Muiz (Ajak Shiro) kawan baik kepada Dadu seorang penganggur dan hanya mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupannya. Sehinggalah Dadu dan Muiz menemui jalan buntu kerana tiada duit, dan perkara itu telah menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah kerana tidak mampu menjelaskan bayaran sewa rumah yang semakin tertunggak.

Kemunculan Hamzah (Along Eyzendy) sepupu kepada Dadu secara tiba-tiba sedikit sebanyak telah membuka hati Dadu dan Muiz untuk kembali ke jalan ALLAH. Hamzah turut memberi Dadu dan Muiz menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI). Mereka semakin teruja dan terus meminati Ustaz Azhar Idrus.

Dadu dan Muiz merancang untuk menonton ceramah UAI secara langsung. Maka bermulalah perjalanan mereka ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus. Sepanjang perjalanan itu, mereka sentiasa diuji dengan pelbagai musibah dan dugaan. Sehinggalah Dadu dan Muiz ditahan oleh polis sebanyak dua kali di atas sebab yang berbeza dan terperangkap dalam faktor keadaan.

Kenapakah Dadu dan Muiz ditangkap? Apakah Ujian yang telah mereka lalui? Adakah usaha mereka untuk berjumpa Ustaz Azhar Idrus berhasil? Jom beramai-ramai memenuhkan kerusi pawagam yang empuk bermula 28 November 2013 ini.

PETIKAN BABAK FILEM

Shahrol Shiro sebagai Dadu
Ajak Shiro sebagai Muiz
Ustaz Azhar Idrus sebagai Ustaz Azhar Idrus
Dj Irwan Syah (KL Fm) sebagai Ali
Rozaidi Abd. Rahman sebagai En. Amri
Along Eyzendy sebagai Hamzah
Zalif Sidek sebagai Bagok






Photo adalah sumbangan dari pihak MiG Online dan disusun oleh Giorgio Izas

TRAILER


Secara keseluruhan filem ini bagi aku sangat menghiburkan. Dari mula hingga akhir Tak kering Gusi dibuatnya. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa babak yang mampu membuatkan hati kita tersentuh dan berasa sayu. Cerita ini sangat sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat. Aku bagi 5/5 bintang untuk Filem ini. Penyampaian isi cerita yang penuh dengan unsur-unsur nasihat secara komedi yang bersahaja memang sesuai dijadikan bahan dakhwah untuk golongan remaja masa kini. Selamat Menonton... Sekian, Terima Kasih (^_^)


Tuesday, November 26, 2013

The Hunger Games: Catching Fire

Assalamualaikum...
Pada hari minggu yang lepas, Untuk menghilangkan tekanan dan penat bekerja. Aku dan Cik Asyik telah ke Paradigm Mall yang terletak di Kelana Jaya. Mall ini telah dibuka pada penghujung tahun 2012 dan aku telah lama berhasrat untuk menerokai Mall ini ketika ia masih dalam proses pembinaan lagi. Jadi selepas hampir setahun dibuka, barulah hasrat aku tercapai. Apa yang ada di Paradigm Mall ini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Mall-Mall lain yang telah lama wujud. Mungkin keunikannya terletak pada dekorasi dan senibina bangunan ini.


Perkara pertama yang aku buat di sini adalah jalan-jalan cari makan. Al maklumlah, hari semakin petang dan perut makin berkencorong. Untuk mengisi perut yang sedang kosong, aku telah mencadangkan untuk menjamu selera di Restoran Uncle K. Restoren ni lebih kurang macam Restoren Mamak aje. Perkara yang membuatkan ia kelihatan lebih hebat daripada Restoren Mamak yang lain adalah disebabkan kedudukannya di dalam Mall dan Penjenamaannya pula ala-ala Kopitiam yang berkelas tinggi.

 Tersenyum kelaparan...

 Makanan Sudah sampai...

Bersedia untuk menyantap... Excited sebab terlalu lapar... He3

Sambil makan sambil bersembang. Jadi macam-macam ceritalah yang kami bualkan sehinggalah tiba-tiba Cik Asyik memberi cadangan untuk menonton Wayang. Maka topik kami terus bertukar kepada tajuk-tajuk cerita yang ingin ditonton. 'The Hunger Games'... itulah tajuk yang keluar dari mulut Cik Asyik, aku mula ketawa terbahak-bahak. Mana tidaknya, tajuk tu sesuai sangat dengan kami yang sedang melahap makanan dalam kelaparan.

Setelah selesai makan, kami segera bergegas ke Pawagam GSC yang terletak di tingkat paling atas dan membeli tiket untuk menonton cerita tersebut. Cerita 'The Hunger Games' sangat mantap, aku rasa cerita kali ini lebih hebat dari yang sebelumnya. Jika dilihat pada jalan cerita dan kesan khas yang digunakan, sepatutnya aku boleh bagi 5/5 bintang. Tetapi kerana aku tidak berpuas hati dengan pengakhiran ceritanya yang seolah-olah tergantung, maka Aku bagi 4/5 bintang sahaja untuk cerita ini.. Mungkin itu pendapat yang sangat subjektif dari aku, jadi anda semua bolehlah ke Pawagam untuk menonton cerita ini dan cuba nilai sendiri. Apa yang boleh aku katakan, tidak rugi kalau menonton cerita ini di pawagam.

SINOPSIS

The Hunger Games Catching Fire Movie

Selepas memenangi pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-74, Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ‘District 12’ , daerah yang paling miskin di negara Panem. Sebelum tibanya hari jelajah bagi pemenang ke setiap daerah-daerah lain, Katniss Everdeen telah dikunjungi oleh Presiden Snow secara mengejut. Tindakan Katniss pada penghujung pertandingan menimbulkan rasa marah pada Presiden Snow yang menyifatkan itu satu tindakan mencabar Capitol dan mampu membangkitkan pemberontakkan dikalangan penduduk-penduduk di daerah-daerah lain.

Tibalah Hari Jelajah bagi juara iaitu Katniss Everdeen dan Peeta Mellark. Daerah pertama yang mereka lawati adalah ‘District 11’ dimana rakan sekutu Katniss yang telah mati iaitu Rue. Di situ telah bermula sesuatu yang diluar jangkaan mereka, seorang penduduk yang telah tua membunyikan tiupan dan mengangkat tangan sebagai simbol sokongannya terhadap tindakan Everdeen. Tapi malang, Orang tua tersebut serta-merta dihukum bunuh dan menaikkan lagi api kemarahan penduduk-penduduk lain.

Setelah selesai kesemua daerah mereka lawati itu menandakan bakal bermulalah Pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-75. Apa yang lebih memeranjatkan mereka kali ini adalah terdapat perubahan dari segi pemilihan peserta. Apakah perubahan yang dilakukan itu? Adakah cabaran kali ini lebih dashyat? Adakah Katniss akan berjaya dalam perjuangannya? Saksikan di Pawagam sekarang.

The Hunger Games Catching Fire Movie

TRAILER



Sunday, November 24, 2013

Kisah Paling Gangster

Assalamualaikum...
Pada 14 November 2013 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pra Tonton Filem 'Kisah Paling Gangster' yang dianjurkan pihak  B&L kreatif dan kerjasama pihak Golden Screen Cinema di GSC One Utama. Majlis promosi ini telah diadakan dengan gilang-gemilang dengan kehadriran pihak Media, pihak produksi dan juga para barisan pelakon. Lebih meriah lagi, telah disediakan sesi 'Red Carpet' bagi menyambut kehadiran Para pihak Produksi dan juga para barisan pelakon yang terlibat disebalik tabir. Adi Fashla telah dijemput untuk meng'Hos'kan majlis pada hari tersebut dan berjaya membuatkan ia menjadi Majlis yang sangat meriah.

Adakah 'Kisah Paling Gangster' lebih Gangster dari  'KL Gangster'?... Terjahla ke Pawagam hari ini... (^_^)

Kisah Paling Gangster Poster

Berpengalaman berkerja di Hollywood dan Malaysia, pengarah filem aksi terbaru Kisah Paling Gengster, Brando Lee memulakan langkah penghasilan skrip dengan satu tujuan yang jelas iaitu filem yang mantap dan lain daripada yang lain. Beliau memgambil masa hampir 4 bulan untuk menghasilkan skrip bersama Alfie Palermo. Inspirasi beliau datang daripada filem aksi Korea (seperti Old Boy) dan Hollywood, Brando yakin filem yang hebat bermulanya daripada skrip yang hebat.

Rakaman dijalankan tanpa henti selama 26 hari, dengan sinematografi oleh Wan Chun Hung. “Saya memang mahu Shaheizy Sam untuk membawa watak utama untuk Kisah Paling Gengster kerana lakonannya yang mantap. Setelah berkerja dengannya, memang sah pilihan saya ini sungguh tepat. Seperti semua sedia maklum, dia merupakan seorang pelakon yang berbakat dan sungguh berdedikasi. Watak Remy memang dicipta sangat sesuai untuknya!”

Brando juga cukup teruja dengan kehadiran Joe Flizzow untuk menyanyikan lagu tema bagi filem ini yang berjudul 'Kongsi'. Kehadirannya melengkapkan filem ini. Filem ini akan berada di pawagam bermula 21 November 2013 dan Brando berharap para peminat filem tempatan akan terhibur dan dapat memberi sokongan.

Cik Asyik ,Cik Innanie & Pn. Ruby... Blogger hebat ni 

Pihak Media yang tiba lebih awal menjamu selera.

Tiket dan Press Kit disediakan pada pihak Media. Siap dapat T-Shirt lagi... Menarik (^_^)

Adi Fashla mampu membuat Majlis menjadi meriah.

Red Carpet... Barisan pelakon tiba mengikut kumpulan masing-masing.

Sesi menandatangan Poster Gergasi 'Kisah Paling Gangster'.

Gangster Wars
Sesi menemubual bersama para barisan pelakon.

Gangster Wars
Barisan Pelakon yang membintangi filem ini.

Adi Fashla, Pengacara Majlis yang sangat ramah.

Bersama Orang kuat di sebalik Tabir... Penulis Skrip, Alfie Palermo (Berbaju Hitam).

Zul Suphian sebagai Ringo

Aalex Yanz sebagai Inspektor Sahak.

Khatijah Tan turut membintangi Filem ini sebagai Mak Remy.

Para Media yang telah bersedia dengan pelbagai soalan.

Sesi 'Press Conference'.

Photographer of the Day... Me & Cik Asyik

SINOPSIS

Gangster Wars

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam. pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan  wang. Pendek kata, Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu, Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gengster. lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...

Apakah kesudahan cerita ini? Adakah Remy akan menjadi mangsa keadaan? Adakah Remy mampu menyesuaikan diri dalam dunia yang penuh kejam?... Saksikan di pawagam yang berdekatan sekarang...







TRAILER


Selamat Menonton... Sekian, Terima Kasih... (^_^)







Monday, November 18, 2013

Graduate Seminar UiTM 2013

Assalamualaikum...

Seminar: "Art & Design Role in Nation's Economy Growth"
Date: 5th December 2013
Time: 9.00am - 5.00pm
Venue: Auditorium Utama FSSR, UITM

Activities:
- Seminar with 2 expertise in Art & Design Industry.
- Q&A Session regarding their field of works.
- Poster Presentation by Art & Design Master students.
- Poster Presentation by Faculty Sc. Comp. & Information Tech students, UNISEL.
- Art show and merchandise.

Participation: Open
Dress code: Formal attire for participants. Smart Casual for visitors


Turut serta bagi memeriahkan majlis ini adalah Jualan dari Pasar Artisan. Pelbagai barangan yang menarik ada dijual seperti Baju, T-Shirt, Tote Bag, Buku, Majalah, Komik, Kraf dan sebagainya... InsyaALLAH


Sunday, November 17, 2013

External Examiner

Assalamualaikum...
Apa itu 'External Examiner'?... Ia adalah satu terminology yang biasa digunakan di Universiti-universiti bagi individu yang dijemput untuk menilai dan turut membantu dalam pemberian markah kepada para pelajar. Dalam bahasa melayu, boleh juga kita sebut 'Pemeriksa Luar'. Menurut Cuthbert Mike (2003), sistem pemeriksa luar telah diperkenalkan pada tahun 1832 yang mana telah digunakan di University of Durham, England. Pemeriksa luar pertama adalah seorang pensyarah dari University of Oxford. Jemputan itu adalah atas dasar penilaian keseragaman sistem pendidikan peringkat ijazah diantara University of Durham dan University of Oxford. Di Malaysia, sistem sebegini juga turut digunapakai bagi mengekalkan mutu dan kualiti pendidikan bagi setiap Universiti.

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sebagai salah seorang 'External Examiner' yang mana telahpun dijemput bagi turut sama menilai permarkahan bagi pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pemeriksa Luar

Sebagai seorang Individu yang bergelar pensyarah dan turut juga terlibat dengan industri luar mungkin sedikit sebanyak dapat membantu tugasan aku sebagai 'Pemeriksa Luar'. Kelas yang sempat aku lawati pada bulan lepas adalah dari kursus Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian iaitu dibawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Mata pelajaran yang perlu aku nilai pada hari tersebut adalah Matapelajaran 'Broadcasting and Animation. Kelas tersebut adalah dibawah jagaan dan seliaan En. Dani Daud. En. Dani juga adalah seorang yang sangat berpengalaman dan turut terlibat dalam Industri perfileman negara sebagai pereka CGI dan Efek.

En.Giorgio... terpampang nama pada Whiteboard... (^_^)

Para pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 5.

En. Dani seorang tenaga pengajar yang berbakat.

Kelas dimulakan...

Pada hari itu, para pelajar ditugaskan untuk mencipta dialog yang sesuai dengan setiap video yang telah diagihkan. Tugasan tersebut ala-ala rancangan tv Super Spontan, yang mana setiap video yang diberikan langsung tidak bersuara dan video-video itu perlulah diberi skrip secara spontan ketika persembahan. Tugasan ini adalah sebagai latihan kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam penulisan skrip.

Tugasan sudah diberi... Komitmen amat diperlukan.

Gelagat para pelajar semasa mempersembahkan tugasan yang diberi.

Masing-masing seronok bekerja dalam kumpulan.

Sepanjang persembahan setiap kumpulan, pelbagai gelagat yang mereka tunjukkan. Ada yang menyorok bawah meja, malu-malu kucing dan sebagainya. Tidak kurang juga dengan para pelajar yang begitu konfiden dan mampu menyampaikan persembahan dengan baik. Alhamdulillah, hari tersebut berjalan dengan baik dan aku ingin ucapkan terima kasih kepada En. Dani dan para pelajar kerana kerjasama yang diberikan. Semoga semua pelajar belajar rajin-rajin dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian yang dicita.

Setelah tamat sesi penilaian, aku dan En.Dani sekali lagi bertemu untuk sesi maklumbalas dan perbincangan dengan lebih lanjut. Kemungkinan besar, selepas ini aku akan sekali lagi dijemput sebagai 'Speaker' atau penceramah bagi Majlis Seminar yang akan membincangkan isu Animasi dan Penggunaan perisian Animasi. InsyaALLAH.

Sesi perbincangan bersama En. Dani...

Setakat ini sahaja cerita aku sebagai Pemeriksa Luar. Semoga ALLAH memberkati apa jua usaha aku dalam memperbaiki mutu pendidikan negara. Sekian, Terima Kasih... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...