Friday, November 15, 2013

Aku Pilih Kamu Movie

Assalamualaikum...

Pada 11 November 2013 yang lalu, Sekali lagi MiG Metrowealth telah mengadakan Majlis Pra Tonton bagi mempromosikan filem terbarunya iaitu AKU PILIH KAMU. Majlis tersebut telah diadakan di TGV Sunway Piramid yang turut dimeriahkan dengan kehadiran para barisan pelakon utama, para media serta para jemputan yang lain. Walaupun penerbitnya iaitu Mejar (K) David Teo tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar negara, namun majlis tersebut berjaya juga dijalankan dengan lancar dan meriah.

Aku Pilih Kamu Movie

AKU PILIH KAMU, sebuah filem terbitan METROWEALTH (MIG) sebagai variasi kepada peminat-peminat filem melayu dalam membuat pilihan. Kepelbagaian genre terbitan MIG sejak ditubuhkan hingga kini membuktikan MIG sentiasa memberi kelainan kepada peminat filem tempatan. 

Filem ke-85 terbitan MIG mempertaruhkan gandingan mantap Intan Ladyana dan Fezrul Khan yang digandingkan buat pertama kalinya di layar perak. Yang menariknya filem ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zain Hamid, Azhan Rani, Sherry Merlis, Angah Raja Lawak dan Adik Yana.  Gabungan ini pastinya akan menjanjikan sesuatu yang istimewa kepada penonton semua. Konflik kekeluargaan serta percintaan menjadi elemen utama. Walaupun elemen sedemikian seakan menjadi elemen yang biasa kita lihat melalui filem-filem sebelum ini, namun garapan yang disampaikan melalui filem ini pastinya mempunyai kelainan yang tersendiri.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman pastinya akan memberi gambaran serta impak romantik buat penonton semua. Sentuhan Eyra dalam menghasilkan filem bergenre sebegini tidak asing lagi buat dirinya yang telah berpengalaman dalam mengarahkan filem seperti Aku Terima Nikahnya, 2 Kalimah dan Bercinta. Penonton pastinya akan disajikan dengan babak-babak yang membuai emosi dan perasaan.

Pemilihan Cameron Highlan dan Bukit Fraser sebagai lokasi utama pastinya memberi mood serta kesan terhadap perjalanan filem ini serta elemen sinematografi yang pastinya mencuri pandangan penonton sekalian. Sinematografi yang menarik mampu membantu memberikan kenangan-kenangan indah sebagai latar penceritaan ini.

Aku Pilih Kamu Movie
Backdrop untuk sesi temubual

Para Media yang tiba lebih awal

Fezrul Khan... Kelakar dan sporting

Intan Ladyana... Anggun dan menawan

Zain Hamid... berkongsi pengalaman di Set Lakonan

Fezrul Khan sebagai Muhd Alif

Intan Ladyana sebagai Qesya

Zain Hamid sebagai Iskandar

Nina Iskandar
Nina Iskandar... Seronok mencari rezeki di Malaysia

Nina Iskandar
Bersama Heroin Filem 'Muka Surat Cinta' bakal ditayangkan pada Januari 2014

Para jemputan mula memasuki Dewan Tayangan

Rancak berbual bersama wartawan tempatan...

Photographer of the day... Cik Asyik (^_^)

SINOPSIS

Aku Pilih Kamu Movie

Qesya dibesarkan dengan kasih sayang ibunya, Laila. Imran (Azhan Rani), ayah Qesya seorang pegawai tentera yang jarang berada di rumah kerana terlalu sibuk dengan operasi luar. Keadaan ini membuatkan Qesya sentiasa tidak menyukai ayahnya yang seperti tidak mengambil berat tentang dia dan ibunya. Keadaan bertambah rumit apabila ibunya meninggal dunia kerana sakit. Sejak itu, Qesya dijaga oleh ayahnya.

Iskandar (Zain Hamid) adalah kekasih Qesya dan telah menjalin hubungan sejak 5 tahun lalu. Iskandar terlalu menyayangi Qesya tetapi dia hanya akan meminang Qesya setelah tamat pengajiannya di tahap tertinggi. Iskandar dan Qesya juga sering bertemu secara rahsia tetapi sebenarnya Imran mengetahui setiap gerak geri anaknya itu. Hal ini membuatkan Imran menganggap Iskandar lelaki yang kurang bertanggungjawab dan tidak layak untuk anaknya.

Pada suatu hari, Mohd Alif (Fezrul Khan) muncul bertemu Imran memberitahu ayahnya yang merupakan sahabat baik Imran telah meninggal dunia. Imran sebelum ini telah membuat perjanjian dengan sahabatnya itu untuk menyatukan anak mereka. Pertama kali bertemu Mohd Alif, Imran terpaut dengan budi pekerti anak muda itu. Imran tekad mahu menjodohkan Qesya dengan Mohd Alif. Qesya mengamuk sakan apabila mengetahui hal ini dan memaksa Iskandar unutk bertemu dengan Imran. Pertemuan ini berakhir dengan pergaduhan dan Iskandar memutuskan hubungannya dengan Qesya.

Qesya mula hilang arah dan Mohd Alif muncul untuk mengubat hati Qesya. Mohd Alif tidak mahu memaksa Qesya menerima hubungan mereka yang tiba-tiba namun dia mengajar Qesya bagaimana mahu mencintai dengan ikhlas kerana tuhan. Di saat cinta Qesya mula berbunga kembali, Iskandar muncul bersama satu rahsia tentang Mohd Alif yang juga disembunyikan oleh Imran.

Apakah rahsia itu? Adakah Qesya dapat menerima kenyataan tersebut? Siapakah yang menjadi pilihan Qesya?... Untuk mendapatkan jawapan, saksikan AKU PILIH KAMU yang akan ditayangkan pada 14 November 2013 di seluruh pawagam di Malaysia.





TRAILER


Selepas menonton filem ini, aku bagi 4/5 bintang, kenapa aku tak bagi 5 bintang jea?.. Aku tidak berapa minat cerita cinta sebenarnya, walaupun begitu, cerita ini mampu membuatkan penonton menangis. Ramai jugala suara-suara teresak-esak dalam dewan tayangan masa Pra Tonton tempoh hari. Jadi, memang tak rugilah kalau nak menonton Filem ini di pawagam. Selamat Menonton... Sekian, Terima Kasih (^_^)






4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...