Sunday, November 17, 2013

External Examiner

Assalamualaikum...
Apa itu 'External Examiner'?... Ia adalah satu terminology yang biasa digunakan di Universiti-universiti bagi individu yang dijemput untuk menilai dan turut membantu dalam pemberian markah kepada para pelajar. Dalam bahasa melayu, boleh juga kita sebut 'Pemeriksa Luar'. Menurut Cuthbert Mike (2003), sistem pemeriksa luar telah diperkenalkan pada tahun 1832 yang mana telah digunakan di University of Durham, England. Pemeriksa luar pertama adalah seorang pensyarah dari University of Oxford. Jemputan itu adalah atas dasar penilaian keseragaman sistem pendidikan peringkat ijazah diantara University of Durham dan University of Oxford. Di Malaysia, sistem sebegini juga turut digunapakai bagi mengekalkan mutu dan kualiti pendidikan bagi setiap Universiti.

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sebagai salah seorang 'External Examiner' yang mana telahpun dijemput bagi turut sama menilai permarkahan bagi pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pemeriksa Luar

Sebagai seorang Individu yang bergelar pensyarah dan turut juga terlibat dengan industri luar mungkin sedikit sebanyak dapat membantu tugasan aku sebagai 'Pemeriksa Luar'. Kelas yang sempat aku lawati pada bulan lepas adalah dari kursus Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian iaitu dibawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Mata pelajaran yang perlu aku nilai pada hari tersebut adalah Matapelajaran 'Broadcasting and Animation. Kelas tersebut adalah dibawah jagaan dan seliaan En. Dani Daud. En. Dani juga adalah seorang yang sangat berpengalaman dan turut terlibat dalam Industri perfileman negara sebagai pereka CGI dan Efek.

En.Giorgio... terpampang nama pada Whiteboard... (^_^)

Para pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 5.

En. Dani seorang tenaga pengajar yang berbakat.

Kelas dimulakan...

Pada hari itu, para pelajar ditugaskan untuk mencipta dialog yang sesuai dengan setiap video yang telah diagihkan. Tugasan tersebut ala-ala rancangan tv Super Spontan, yang mana setiap video yang diberikan langsung tidak bersuara dan video-video itu perlulah diberi skrip secara spontan ketika persembahan. Tugasan ini adalah sebagai latihan kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam penulisan skrip.

Tugasan sudah diberi... Komitmen amat diperlukan.

Gelagat para pelajar semasa mempersembahkan tugasan yang diberi.

Masing-masing seronok bekerja dalam kumpulan.

Sepanjang persembahan setiap kumpulan, pelbagai gelagat yang mereka tunjukkan. Ada yang menyorok bawah meja, malu-malu kucing dan sebagainya. Tidak kurang juga dengan para pelajar yang begitu konfiden dan mampu menyampaikan persembahan dengan baik. Alhamdulillah, hari tersebut berjalan dengan baik dan aku ingin ucapkan terima kasih kepada En. Dani dan para pelajar kerana kerjasama yang diberikan. Semoga semua pelajar belajar rajin-rajin dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian yang dicita.

Setelah tamat sesi penilaian, aku dan En.Dani sekali lagi bertemu untuk sesi maklumbalas dan perbincangan dengan lebih lanjut. Kemungkinan besar, selepas ini aku akan sekali lagi dijemput sebagai 'Speaker' atau penceramah bagi Majlis Seminar yang akan membincangkan isu Animasi dan Penggunaan perisian Animasi. InsyaALLAH.

Sesi perbincangan bersama En. Dani...

Setakat ini sahaja cerita aku sebagai Pemeriksa Luar. Semoga ALLAH memberkati apa jua usaha aku dalam memperbaiki mutu pendidikan negara. Sekian, Terima Kasih... (^_^)

18 comments:

  1. looks great :D..
    adik saye belajar dekat situ.. sekarang ni ke beijing ade program fakulti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow.. Cool, USIM mampu bersaing ngan Universiti2 yg dh Establish... Course ape yea Adik U blaja?

      Delete
  2. best lh job ni :) semoga segala usaha diberkati :)

    ReplyDelete
  3. wah en. ni pensyarah animasi ke, 2D or 3D erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye ni Pensyarah Grafik, tp saye ajar 2D & 3D animation skali... (^_^)

      Delete
  4. nice entry, pensyarah animation ke ni

    ReplyDelete
  5. like.. like.. hehe.. nanti datang lagi yer encik giorgio .. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3... Ella Syakila, U ade dlm Class ni kan?... InsyaALLAH (^_^)

      Delete
    2. yap.. ada, x nampak muka daa. hehe.. :D

      Delete
    3. So, mcmane ngan Class En. Dani? Ok ke Ko?... He3

      Delete
    4. ok sangat2.. tp sayang sbb kat USIM blaja basic2 je, minat animasi ni...

      Delete
    5. Don't worry... Nnt U bleh blaja Advance Animation.. Janji nk belajar jea (^_^)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...