Wednesday, November 6, 2013

Lembaga Misteri

Assalamualaikum...
Kali ini aku ingin berkongsi satu gambar yang cukup memeranjatkan aku. Gambar ini telah di ambil di kawasan kemalangan jalan raya sekitar kawasan Merbok Sungai Petani, Kedah. Kemalangan ini melibatkan 2 orang krew produksi KL Motion Picture pada jam 5 pagi pada 1 November 2013 yang lalu. Mangsa telah terlibat dalam kemalangan kerana terlanggar sebatang pokok. Mangsa telah mengalami patah kaki, hidung dan kecederaan di bahagian dada. Alhamdulillah, kedua-dua mangsa selamat dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital pakar di Sungai Petani.

Apa yang memeranjatkan aku dan rakan-rakan yang lain adalah berkenaan gambar yang telah dirakam menggunakan kamera smartphone. Pada mulanya, kami tidak menyedari tentang keganjilan pada gambar tersebut. Akan tetapi, apabila diamati dan dilihat betul-betul, dapat kita lihat imej mahkluk yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat... Apakah ia?... Allahualam
Hantu Merbok Sungai Petani Kedah

11 comments:

  1. Replies
    1. Pic di atas adalah gambar betul yg disnap menggunakan kamera smartphone... tiada sebarang pengubahsuaian dilakukan... InsyaALLAH

      Delete
  2. Sempat lagi makhluk halus tu buat photo bomb dalam pic ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk glamour la kot, itu yg die interframe... (^_^)

      Delete
  3. dekat mana2 pon benda2 macam nie memang wujud kan..seram plak

    ReplyDelete
  4. isk-isk....jeling2 sikit je cik akak ...tak pasal-pasal malam baru terbaca entri gio

    ReplyDelete
  5. alamak...salah zon...seram pulak tgk...jgn terbawa mimpi sudah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...