Sunday, November 10, 2013

Pelakon Tambahan

Assalamualaikum...
Siapa yang pernah sertai mana-mana produksi sebagai pelakon tambahan baik filem mahupun drama? Kepada mana-mana yang pernah terlibat pasti sudah tahu akan cabarannya bergelar pelakon tambahan. Pelakon tambahan boleh dikategorikan kepada 2 bahagian yang mana berlakon dengan mempunyai skrip dan satu lagi tanpa skrip. Peranan sebagai pelakon tambahan juga sememangnya penting demi menjayakan mana-mana filem ataupun drama televisyen. Mengenai bayaran pula, tidaklah selumayan pelakon utama tapi rasanya cukuplah sekadar untuk menjadi wang tambahan.

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sendiri menjadi pelakon tambahan. Pada bulan Oktober 2013 yang lepas aku telah dihubungi pihak produksi Kash Picture Sdn. Bhd. untuk turut serta menjayakan sebuah telefilem yang bakal ditayangkan di Tv9 pada Hujung tahun ini. Telefilem tersebut berjudul 'Cerita Sebenar Mengenai Bibah!'. Maka dengan senang hati aku terima dan menjadikan ia satu pengalaman yang menarik walaupun ia memenatkan.

Hari Pertama

Tarikh: 18 Oktober 2013 (Jumaat)
Lokasi: Empire Damansara

Kehadiran aku pada hari pertama adalah sekadar ingin melihat lokasi pergambaran serta berkenalan dengan lebih rapat dengan pihak produksi. Alhamdulillah semuanya peramah dan tidak lokek dalam berkongsi ilmu. Pada hari tersebut aku turut membawa seorang rakan Blogger yang paling rapat dengan aku iaitu Cik Asyik. Pergambaran pada hari tersebut berjalan dengan lancar dengan sedikit pengalaman yang mencuit hati.

Ketika sesi pergambaran untuk satu scene cerita tersebut, sedang Pekin sedang melakonkan wataknya dengan penuh bertenaga tiba-tiba kedengaran azan dari Smartphone aku. Maka, crew-crew yang terlibat masing-masing tercari-cari kehadiran bunyi tersebut. Seterusnya ditambah lagi dengan bunyi azan dari 'Smartphone' Adi Bear dan Pengarah filem itu, Encik Prakash terus tersenyum dan turut memasang azan pada 'smartphone'nya dan mengatakan 'cut'... Setelah selesai azan dilaungkan, kami semua masing-masing tersenyum geli hati.

Scene di dalam pejabat Pekin Ibrahim

Kisah sebenar Bibah
Siti Saleha, Pekin Ibrahim dan Encik Prakash

Cik Asyik dan aku sedang membuat lawatan sambil belajar

Kisah Sebenar bibah
Bersembang sebelum satu scene pergambaran dimulakan

Perkara wajib... Bergambar (^_^)

Sedang berbincang mengenai scene yang bakal dilakonkan... he3

Hari Kedua

Tarikh: 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Lokasi: Empire Damansara

Sebelum tibanya hari tersebut, aku telah meminta bantuan daripada Cik Asyik untuk mengumpulkan seramai 10 orang Blogger bagi turut menjayakan cerita ini. Rerakan blogger yang hadir dan turut terlibat ialah Bro Framestone, Eazy Izuddin, Tengku Syukri, Cik Fana, Cik Syafiqah dan juga Deq Noor. Hari kedua adalah hari dimana aku bakal menjadi pelakon tambahan buat kali pertamanya dalam hidup.

Kami semua tiba di lokasi seawal jam 10 pagi dan masing-masing semua sudah lengkap berpakaian ala-ala ke pejabat. Pada pagi itu, kami semua dihidangkan sarapan pagi bagi mengalas perut. Bila perut dah kenyang barulah boleh bekerja dengan baik.

Sebelum memulakan watak masing-masing, kami telah diberi arahan dan tunjuk ajar oleh Pembantu Pengarah 1. Pelbagai perasaan yang dirasai ketika itu, teruja, malu, segan, takut dan sebagainya. Almaklumlah, kehidupan realiti dan kehidupan dihadapan kamera ni sangat berlainan. Alhamdulillah, sepanjang sehari di lokasi sempatlah juga aku meng'interframe' beberapa scene dalam cerita ini.

Kisah Sebenar Bibah
Rerakan Blogger yang turut membantu dalam menjayakan telefilem ini.

Salah satu scene Cik Asyik & Siti Saleha.

Ape yang sedang dibincangkan oleh kengkawan Blogger kite ni?

Director Photography yang mantap, En. Mad Nor

Green Screen digunakan

En. Dani krew yang terlibat dalam proses CGI & Effect

Giorgio, Pekin Ibrahim, Nina Shahril Khan dan En. Dani

Tengku Hanis dan Siti Saleha sedang menonton Footage lakonannya

Lokasi pergambaran yang menarik

Siti Saleha sebagai Bibah

Kisah sebenar Bibah
Scene menyeberang jalan bersama Cik Bibah

Siapa Bos?... Pekin Ibrahim atau Giorgio

Kisah Sebenar Bibah
Photographer of the day... Cik Asyik

Walaupun penat tetapi pengalaman ini cukup menarik untuk aku dan rakan blogger yang lain. Berkemungkinan besar, Produksi Kash Picture akan membuat projek pergambaran yang baru dan akan turut menjemput aku bagi membantu menjayakannya. So, kepada mana-mana rakan blogger yang turut berminat untuk mencuba nasib sebagai pelakon tambahan, jangan segan-segan boleh terus hubungi aku. Manalah tahu boleh jadi superstar plak lepas ni.

Sebelum aku mengundurkan diri, terima kasih aku tujukan buat pihak produksi kerana jemputan ini dan tidak lupa juga terima kasih buat rakan-rakan blogger yang sudi meluangkan masa untuk turut serta bagi menjayakan telefilem ini. Untuk pengetahuan anda semua, telefilem ini akan ditayangkan pada penghujung tahun 2013 dan aku akan menyusul lagi dengan entry review tentang telefilem ini pada entry yang akan datang. Insya ALLAH..

Sekian dahulu sedikit perkongsian dari aku, Terima Kasih... (^_^) 


13 comments:

  1. tahniah
    pernah jd pelakon tambahan
    bayaran lumayan walaupun skit jer scence dia :)

    ReplyDelete
  2. tahniah
    sop pernah buat pelakon tambahan juga masa bujang2 dulu :)

    ReplyDelete
  3. wahh..best nye...dapat pengalaman baru..kakak sye pon pernah jadi pelakon tambahan..disebabkan dia makeup artis utk drama tu,plakon tambahan tak dpt dtg last2 terselit lah muka dia haha..

    ReplyDelete
  4. wah best juga dpt bergambar dgn artis

    ReplyDelete
  5. Diorang panggil blogger sebagai pelakon tambahan? Wah, best nyer.
    Dulu masa sekolah ada production buat shooting kat sekolah saya, dapat lah selit2 jadi budak sekolah masa tu.

    ReplyDelete
  6. wahhh best.. nak jugak.. :D

    nizamijam.com

    ReplyDelete
  7. cewahh..pelakon lah tuan blog ni..nak saiiinnnnn..he3..:)

    ReplyDelete
  8. heheh...bestnya dpt rasa pengalaman cm tu..xlama lagi leh jadi pelakon utama lak =)

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum abang....abang kerja lagi ke sebagai pelakon tambahan tu?? saya pernah kerja sebagai pelakon tambahan tapi sekali je lahh ...saya berminat ada lagi tak peluang??...

    ReplyDelete
  10. salam saya MIa amalia dari blog sebelah.
    cerita menarik.. dan saya juga salah sorang extra dan saya tahu apa rasanya. penat tu jangan cakap. hehehe
    nanti kalau rajin2 follow lah ye. thanks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...