Monday, November 11, 2013

Shout! Awards 2013

Assalamualaikum...

Pada hari sabtu yang lepas, 9 November 2013 telah berlangsungnya sebuah Majlis yang gilang-gemilang di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis penyampaian 'Shout! Awards' kepada calon-calon yang terlibat yang juga terdiri dari kalangan selebriti Tanah Air.

Untuk pengetahuan ramai, Shout! Award ini mula dilancarkan pada tahun 2009 oleh stesen televisyen tempatan iaitu 8TV dengan sokongan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) dan juga Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Pada awal kemunculannya, hanya 4 bahagian yang dipertandingkan iaitu Kategori Muzik, Tv dan Filem, Radio dan juga kategori kerja (The Works). Tetapi untuk tahun 2013 ini, satu lagi kategori telah ditambah iaitu Media Sosial yang mana semakin mendapat tempat di hati para peminat tempatan mahupun luar negara.


Majlis ini sangat meriah dengan kilauan lampu sportlight ditambah pula dengan Efek projector yang canggih serta kesan bunyi yang sangat hebat. Kalau ada yang sakit jantung atau lemah semangat, boleh gugur jantung dibuatnya. Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya melangsungkan majlis yang hebat ini. Justeru itu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Asyik dan juga pihak NuffNang atas tiket percuma ini.

Keadaan luar stadium - 8Tv sedang mengadakan peraduan

Pengunjung mula beratur untuk masuk ke dalam stadium

Berposing - Perkara yang wajib dilakukan... (^_^)

Pentas yang sangat cantik dihiasi dengan cahaya warna-warni sportlight

Persembahan percikan api dari atas pentas

Tengah menahan senak mata dari cahaya Sportlight

Suasana yang meriah

Photographer of the Day... Cik Asyik

PEMENANG SHOUT! AWARD

Kategori MUZIK

Rockstar Award - Bunkface
Popstar Award - Hafiz
Power Vocal Award - Hafiz
Flava Award - Mizz Nina Ft Jay Park
Break Out Award (Best New Act) - Jay Walia
Music Video Award - KRU ft Stacy
The Ultimate Shout! Awards - Joe Flizzow

Kategori TV & FILEM

Best On Screen Chemistry Award - Zizan Razak & Johan 
Fresh TV Series Award - Sebenarnya Saya Isteri Dia
Breakthrough Local Feature Award - Kil
Favourite TV Program Award - Versus 2
Favourite TV Personality Award - Zizan Razak

Kategori RADIO

Coolest Radio Announcer Award - Fara Fauzana
Favourite Radio Show Award - Johara Pagi Era

Kategori KERJA

Hot Chick Award - Nur Fazura
Hot Guy Award - Aaron Aziz

Kategori MEDIA SOSIAL

Wired Celebrity Award - Khairy Jamaluddin
Shout! Aloud Award - Mat Luthfi

Sekian, Terima Kasih


5 comments:

  1. kasih anda diterima..he3..
    wah dia ada gambar percikan bunga api tu..:)

    ReplyDelete
  2. saya copy list pemenang yerrr :) btw huhu sy n syafiq dok excited nk jmpe u guys lorh...

    ReplyDelete
  3. Oh, ini ke anugerah yg diorang kata Khairy Jamaludin menang award tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...