Tuesday, November 26, 2013

The Hunger Games: Catching Fire

Assalamualaikum...
Pada hari minggu yang lepas, Untuk menghilangkan tekanan dan penat bekerja. Aku dan Cik Asyik telah ke Paradigm Mall yang terletak di Kelana Jaya. Mall ini telah dibuka pada penghujung tahun 2012 dan aku telah lama berhasrat untuk menerokai Mall ini ketika ia masih dalam proses pembinaan lagi. Jadi selepas hampir setahun dibuka, barulah hasrat aku tercapai. Apa yang ada di Paradigm Mall ini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Mall-Mall lain yang telah lama wujud. Mungkin keunikannya terletak pada dekorasi dan senibina bangunan ini.


Perkara pertama yang aku buat di sini adalah jalan-jalan cari makan. Al maklumlah, hari semakin petang dan perut makin berkencorong. Untuk mengisi perut yang sedang kosong, aku telah mencadangkan untuk menjamu selera di Restoran Uncle K. Restoren ni lebih kurang macam Restoren Mamak aje. Perkara yang membuatkan ia kelihatan lebih hebat daripada Restoren Mamak yang lain adalah disebabkan kedudukannya di dalam Mall dan Penjenamaannya pula ala-ala Kopitiam yang berkelas tinggi.

 Tersenyum kelaparan...

 Makanan Sudah sampai...

Bersedia untuk menyantap... Excited sebab terlalu lapar... He3

Sambil makan sambil bersembang. Jadi macam-macam ceritalah yang kami bualkan sehinggalah tiba-tiba Cik Asyik memberi cadangan untuk menonton Wayang. Maka topik kami terus bertukar kepada tajuk-tajuk cerita yang ingin ditonton. 'The Hunger Games'... itulah tajuk yang keluar dari mulut Cik Asyik, aku mula ketawa terbahak-bahak. Mana tidaknya, tajuk tu sesuai sangat dengan kami yang sedang melahap makanan dalam kelaparan.

Setelah selesai makan, kami segera bergegas ke Pawagam GSC yang terletak di tingkat paling atas dan membeli tiket untuk menonton cerita tersebut. Cerita 'The Hunger Games' sangat mantap, aku rasa cerita kali ini lebih hebat dari yang sebelumnya. Jika dilihat pada jalan cerita dan kesan khas yang digunakan, sepatutnya aku boleh bagi 5/5 bintang. Tetapi kerana aku tidak berpuas hati dengan pengakhiran ceritanya yang seolah-olah tergantung, maka Aku bagi 4/5 bintang sahaja untuk cerita ini.. Mungkin itu pendapat yang sangat subjektif dari aku, jadi anda semua bolehlah ke Pawagam untuk menonton cerita ini dan cuba nilai sendiri. Apa yang boleh aku katakan, tidak rugi kalau menonton cerita ini di pawagam.

SINOPSIS

The Hunger Games Catching Fire Movie

Selepas memenangi pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-74, Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ‘District 12’ , daerah yang paling miskin di negara Panem. Sebelum tibanya hari jelajah bagi pemenang ke setiap daerah-daerah lain, Katniss Everdeen telah dikunjungi oleh Presiden Snow secara mengejut. Tindakan Katniss pada penghujung pertandingan menimbulkan rasa marah pada Presiden Snow yang menyifatkan itu satu tindakan mencabar Capitol dan mampu membangkitkan pemberontakkan dikalangan penduduk-penduduk di daerah-daerah lain.

Tibalah Hari Jelajah bagi juara iaitu Katniss Everdeen dan Peeta Mellark. Daerah pertama yang mereka lawati adalah ‘District 11’ dimana rakan sekutu Katniss yang telah mati iaitu Rue. Di situ telah bermula sesuatu yang diluar jangkaan mereka, seorang penduduk yang telah tua membunyikan tiupan dan mengangkat tangan sebagai simbol sokongannya terhadap tindakan Everdeen. Tapi malang, Orang tua tersebut serta-merta dihukum bunuh dan menaikkan lagi api kemarahan penduduk-penduduk lain.

Setelah selesai kesemua daerah mereka lawati itu menandakan bakal bermulalah Pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-75. Apa yang lebih memeranjatkan mereka kali ini adalah terdapat perubahan dari segi pemilihan peserta. Apakah perubahan yang dilakukan itu? Adakah cabaran kali ini lebih dashyat? Adakah Katniss akan berjaya dalam perjuangannya? Saksikan di Pawagam sekarang.

The Hunger Games Catching Fire Movie

TRAILER



4 comments:

  1. terbaiklah entry..filem ni sgt menarik tp ending kecewa sikit..tp pape pun sgt best dpt kuar sekali..kih2..:)

    ReplyDelete
  2. terbaiklah...
    bab makan tu memang cik akak terliur..hahaha

    klik semua nuffnang

    ReplyDelete
  3. terbaiklah ...tapi belum berkesempatan untuk tgk lagi cerita nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...