Wednesday, November 27, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Movie

Assalamualaikum...
Pada 18 November 2013 yang lalu, Telah berlangsungnya satu Majlis Pra-Tonton bagi Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!. Majlis promosi ini telah dianjurkan pihak MiG Online di Cathay Cineleisure E-Curve, Damansara. Seperti biasa, pihak Media akan tiba lebih awal dan bersiap sedia untuk menjalankan tugasan masing-masing demi mendapatkan bahan-bahan yang bakal diterbitkan. Walaupun Ustaz Azhar Idrus tidak dapat menghadirkan diri disebabkan jadualnya yang sangat padat namun Majlis itu turut dimeriahkan oleh Kumpulan Shiro dan rakan-rakan Raja Lawak yang lain. Mejar (K) David Teo yang baru pulang dari urusan luar negara juga sempat singgah untuk menyampaikan pantun 2 patahnya yang sudah pasti lawak untuk didengari.

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja.

Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon tersebut adalah Zalif Sidek, Mikail Andre dan Epy Kodiang yang turut sama membantu dalam menjayakan filem arahan Pierre Andre ini.

Sesi pendaftaran bagi setiap jemputan.

Pihak Media yang tiba lebih awal.

Suasana Dewan tayangan yang mula dipenuhi oleh para jemputan.

Sempat berposing sementara menunggu tayangan Pra Tonton dimulakan.

Barisan pelakon yang membintangi Filem ini... Sangat Lawak Anda semua...

Ajak Shiro sedang di Interview...

Pandai melawak juge yea Si Akim ni... (^_^)

Photographer of the Day - Cik Asyik & Me

SINOPSIS

Ustaz Azhar Idrus

Dadu (Shahrol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai halatuju dalam hidup, seringkali dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa. Muiz (Ajak Shiro) kawan baik kepada Dadu seorang penganggur dan hanya mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupannya. Sehinggalah Dadu dan Muiz menemui jalan buntu kerana tiada duit, dan perkara itu telah menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah kerana tidak mampu menjelaskan bayaran sewa rumah yang semakin tertunggak.

Kemunculan Hamzah (Along Eyzendy) sepupu kepada Dadu secara tiba-tiba sedikit sebanyak telah membuka hati Dadu dan Muiz untuk kembali ke jalan ALLAH. Hamzah turut memberi Dadu dan Muiz menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI). Mereka semakin teruja dan terus meminati Ustaz Azhar Idrus.

Dadu dan Muiz merancang untuk menonton ceramah UAI secara langsung. Maka bermulalah perjalanan mereka ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus. Sepanjang perjalanan itu, mereka sentiasa diuji dengan pelbagai musibah dan dugaan. Sehinggalah Dadu dan Muiz ditahan oleh polis sebanyak dua kali di atas sebab yang berbeza dan terperangkap dalam faktor keadaan.

Kenapakah Dadu dan Muiz ditangkap? Apakah Ujian yang telah mereka lalui? Adakah usaha mereka untuk berjumpa Ustaz Azhar Idrus berhasil? Jom beramai-ramai memenuhkan kerusi pawagam yang empuk bermula 28 November 2013 ini.

PETIKAN BABAK FILEM

Shahrol Shiro sebagai Dadu
Ajak Shiro sebagai Muiz
Ustaz Azhar Idrus sebagai Ustaz Azhar Idrus
Dj Irwan Syah (KL Fm) sebagai Ali
Rozaidi Abd. Rahman sebagai En. Amri
Along Eyzendy sebagai Hamzah
Zalif Sidek sebagai Bagok






Photo adalah sumbangan dari pihak MiG Online dan disusun oleh Giorgio Izas

TRAILER


Secara keseluruhan filem ini bagi aku sangat menghiburkan. Dari mula hingga akhir Tak kering Gusi dibuatnya. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa babak yang mampu membuatkan hati kita tersentuh dan berasa sayu. Cerita ini sangat sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat. Aku bagi 5/5 bintang untuk Filem ini. Penyampaian isi cerita yang penuh dengan unsur-unsur nasihat secara komedi yang bersahaja memang sesuai dijadikan bahan dakhwah untuk golongan remaja masa kini. Selamat Menonton... Sekian, Terima Kasih (^_^)


10 comments:

  1. Best ehh citer nii. Esok dah ada kt wayang kan. Hehe. Nak tgk UAI berlakon. Huuu

    ReplyDelete
  2. best sgt2 filem ini..mesej dia sgt bagus..:)

    ReplyDelete
  3. memang kena tengok ni sebab ada UIA..hehehe

    ReplyDelete
  4. nampak menarik.. insya-Allah nak pergi tengok juga nanti.. :D

    ReplyDelete
  5. wah hebat movie nie...esok 2 lusa kena tengok nie..:)

    ReplyDelete
  6. Hari pertama tayangan, saya dah tonton. Best. Tapi tak puas tengok UAI berlakon, sikit sangat. Tak ada perempuan langsung berlakon. Mudah2an lepas inj banyak lagi filem Islamik akan ditayangakan di panggung2 di negara kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...