Friday, December 27, 2013

Cerita Sebenar Mengenai Bibah - TeleFilem

Assalamualaikum...
Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk kita bertemu dengan tahun yang baru iaitu tahun 2014, diharapkan tahun yang akan datang mampu menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun ini. Insya ALLAH. Kali ini, Gio ingin berkongsi dan meng'review sebuah telefilem yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini. Sebelum ini, Gio hanya berkongsi dan meng'review filem dan teater sahaja, tambah-tambahan filem keluaran tempatan. Telefilem yang Gio maksudkan adalah, Cerita Sebenar Mengenai Bibah.

Telefilem ini adalah terbitan sebuah produksi yang masih baru yang berusia hampir 4 tahun dalam bidang penerbitan negara. Walaupun begitu, tenaga produksinya adalah dikalangan individu-individu yang sangat berpengalaman. Kash Pictures yang diketuai oleh Prakash Murugiah dan Mynn Lee sebelum ini telahpun menerbitkan beberapa drama bersiri untuk terbitan beberapa saluran televisyen tempatan. Antara Drama bersiri yang pernah diterbitkan ialah 'Crossings' dan 'The V Squad' sebuah drama Inggeris untuk terbitan NTV7.  Selain daripada itu, Drama berbahasa Tamil 'Anjali' telahpun disiarkan di saluran ASTRO Vaanavil pada tahun 2012 dan 2 buah Telefilem Melayu untuk terbitan ASTO iaitu, 'Selagi Masih Ada' pada tahun 2012 dan 'Mama-mama Mia' pada tahun 2013.

Cerita Sebenar Mengenai Bibah Telefilem

Cerita Sebenar Mengenai Bibah  adalah sebuah telefilem yang ber'genre' kan Komedi Romantik yang sudah pasti akan membuatkan penonton tersengih sendirian. Hasil gandingan mantap lakonan Pekin Ibrahim, Siti Saleha dan Tunku Norhanis yang seperti kita maklum mempunyai kekuatan dan gaya lakonan yang tersendiri yang mampu menghidupkan sesebuah ceita.  Penulisan jalan cerita adalah hasil karya daripada Adibear a.k.a Amirul Hadi dan Mynn Lee yang turut sama memegang watak dalam perjalanan cerita ini. Lebih menarik lagi apabila telefilem ini menggunakan khidmat Pengarah Fotografi yang sangat berpengalaman dan telah banyak menghasilkan mutu penggambaran yang baik dan menarik iaitu Mad Nor Kassim. Lokasi penggambaran telefilem Cerita Sebenar Mengenai Bibah telah dijalankan hampir sepenuhnya di Empire Damansara.

SINOPSIS


Habibah Mansor ataupun Bibah (Siti Saleha) merupakan operator IT yang paling handal dan cekap di Permata Holdings Berhad milik Bapa Hazril (Pekin Ibrahim).  Walaubagaimanapun, dalam hal cinta, Bibah agak kekok dan tidak yakin pada dirinya.  

Pada suatu hari, Bibah yang sudah penat diejek dan dipermainkan oleh rakan-rakan sepejabatnya telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang “Perempuan Melayu Terakhir” dengan harapan dapat menaikkan semangat dan keyakinan terhadap dirinya.  Tetapi disebabkan gelaran tersebut, Naib Presiden  baru di Syarikat tempatnya bekerja telah mengajaknya untuk keluar dan berkenalan. Perkara itu telah menyebabkan Bibah terus cemas dan memujuk rakan sekerjanya yang tinggi lampai dan cantik molek iaitu Nini (Tunku Norhanis), untuk menggantikan tempatnya dan menyamar sebagai dirinya.  Maka bermulalah gelagat lucu yang dipenuhi kekeliruan serta krisis romantik. Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, bolehlah menonton di saluran  Tv9 pada 30 Disember 2013 tepat jam 8.30 malam.
 






Gambar Adalah sumbangan daripada  Kash Pictures dan di edit oleh Giorgio Izas... (^_^)

Jangan lupa untuk menonton Telefilem Komedi Romantik Cerita Sebenar Mengenai Bibah di kaca Televisyen pada 30 Disember 2013 jam 8.30 malam hanya di Tv9. Selain daripada itu, Gio dan beberapa rakan Blogger yang lain juga turut menjadi pelakon tambahan untuk telefilem ini.


Sila Klik DI SINI untuk membaca pengalaman Gio sepanjang di Lokasi Lakonan Cerita Sebenar Mengenai Bibah.

Sekian, Terima Kasih... (^_^)

9 comments:

  1. heee... mcm menarik je..xla asyik cite kahwin2 paksa je...ngeee

    ReplyDelete
  2. wow..menariknya review dia..smart habis gambar last tu..:)

    ReplyDelete
  3. Salam boleh tahu di mana lokasi cafe yang banyak payung tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... Smue Scene lakonan ni kat Empire Damansara, berhampiran Ikea n The Curve... (^_^)

      Delete
  4. Hai giorgio izas!! Hehehe. Selamat tahun baru. Nak bunga kekwaaa jugak seketul dua. Hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Nina nk bunga kekwa juga..kih3..

      Delete
  5. keren sngat, kak Giorgio!...
    lama sangat tak jumpa..
    apakabar kak?

    ReplyDelete
  6. kak Giorgio, sibuk sangat nampaknya.. :D

    sukses selalu, kak!
    Ishmah always waiting for new article and photo by kak Giorgio :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...