Tuesday, December 10, 2013

Cinderella Movie

Assalamualaikum...
Siapa yang masih ingat pada tahun 1998, Drama bersiri 'Cinderella' lakonan mantap daripada Ahmad Idham dan Haliza Misbun? Drama bersiri terbitan Kuasatek Pictures yang diarahkan oleh Din CJ di siarkan melalui Slot Identiti di Tv3 mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat drama Tanah Air. Fenomena yang terjadi ketika itu amat mengujakan, sehingga ada yang tidak sabar-sabar untuk menantikan episod-episod seterusnya ditayangkan.

Berbalik pada topik utama, Filem 'Cinderella' yang bakal ditayangkan dipawagam kali ini sama sekali bukanlah adaptasi daripada drama bersiri tersebut. Penggunaan nama 'Cinderella' itu sendiri adalah satu nama yang universal dan sangat sinonim dengan kisah anak tiri yang disisihkan oleh adik-beradik dan ibu tirinya.

Pada 30 November 2013 yang lalu, telah diadakan satu Majlis Pra tonton Filem 'Cinderella' terbitan Excellent Pictures. Majlis tersebut telah diadakan di Cathay Cineleisure E-Curve dan turut dihadiri oleh Pengarahnya sendiri, Ahmad Idham dan barisan pelakon serta beberapa selebriti yang lain. Filem 'Cinderella' ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013.

Cinderella Poster

'Cinderella' merupakan filem terbitan ke-11 yang dihasilkan oleh Excellent Pictures. Filem ini dibintangi oleh gandingan mantap Fizo Omar dan Nelydia Senrose selaku teraju utama dan merupakan sebuah filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat cerita Cinta tanah air. Keseluruhan lokasi penggambaran filem ini telah dijalankan disekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

 Selain daripada watak utama, filem 'Cinderella' turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.

Sesi Pendaftaran Para Media dan Jemputan

Perkarangan Pawagam yang penuh dengan Para Media, Pelakon & Pengunjung

Nelydia Senrose
Pasangan Adik-Beradik, Uqasha Senrose & Nelydia Senrose

Mawar Abdul Karim
Turut menemani Fizo Omar, Isterinya Mawar Abdul Karim

Ahmad Idham
Filem Cinderella arahan Ahmad Idham

Fizo Omar dan Nelydia Senrose
Sesi temubual bersama Para Media

Fizo Omar memegang watak Salman

Nelydia Senrose memegang watak Nurul

Pengarah yang berbakat Ahmad Idham

Azlan Komeng memegang watak Zamil, Abang Tiri kepada Nurul

Qi Razali turut hadir menemani Nelydia Senrose

Cinderella Movie
Para Pelakon yang hadir mula memasuki Dewan Tayangan

Sesi Photography sebelum Tayangan dimulakan

SINOPSIS

Cinderella Movie

Nurul (Nelydia Senrose) seorang gadis kampung yatim piatu yang tinggal bersama Ibu tiri (Azizah Mahzan) serta dua orang adik-beradik tirinya (Erin Malek & Azlan Komeng). Keluarga tirinya itu selalu melayan Nurul seperti orang gaji tanpa belas kasihan.

Salman (Fizo Omar) pula adalah seorang anak tunggal kepada tokoh korporat terkemuka, Datok Mokhtar ( Dato' Jalaluddin Hassan). Dia juga merupakan lulusan luar negara dan bakal mewarisi syarikat milik bapanya itu. Datok Mokhtar terpaksa bersara awal akibat masalah kesihatan. Datok Mokhtar dan Salman tinggal bersama Mak Jah (Fauziah Nawi), yang merupakan pengasuh dan dialah yang bertanggungjawab menguruskan hal rumah semenjak kematian ibu Salman. Ray (Kamal Adli) merupakan kawan baik kepada Salman, suatu hari mengambil keputusan untuk pergi bercuti dan berkhemah di kawasan tepi pantai. Tempat Salman dan Ray berkhemah adalah kampung dimana Nurul tinggal. Di sana mereka terserempak dengan Nurul, yang bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik desa.

Suatu malam, Nurul hampir dinoda oleh abang tirinya, Zamil. Nurul melarikan diri dan terserempak dengan khemah yang dihuni oleh Salman di tepi pantai. Dalam keadaan hujan lebat, dia meminta pertolongan Salman dan Salman telah membenarkan Nurul untuk bersembunyi di dalam khemah tempat penginapannya itu.
Malang menimpa apabila, mereka telah serbu oleh orang kampung dan dituduh berkhalwat. Demi menjaga nama baik kampung tersebut Salman terpaksa bersetuju untuk menikahi Nurul. Salman tertekan kerana rasa seperti telah terperangkap dalam situasi tersebut dan daripada saat itu dia mula membenci Nurul.

Salman memberi amaran kepada Nurul untuk merahsiakan apa yang telah terjadi kepada mereka. Pulang ke Kuala Lumpur, Mak Jah terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Nurul di rumah itu. Salman memberitahunya yang dia bertemu dengan Nurul di kampung yang memerlukan pekerjaan  dan Nurul akan bekerja di rumah itu, membantu Mak Jah serta akan menjaga Datok Mokhtar

Dugaan bertubi-tubi menimpa Nurul, di rumah barunya itu juga dia mendapat layanan teruk. Salman nampak tidak begitu senang dengan kehadiran Nurul yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya. Dalam masa yang sama Mak Jah mula mencurigai sesuatu dan cuba mengorek rahsia daripada Nurul, tapi Salman telah memberi amaran keras kepada Nurul supaya menyimpan rahsia mereka itu.

Mampukah Nurul bertahan dalam keadaan seperti itu? Dan sejauh mana Salman mampu menyimpan rahsia mereka tersebut? 


Photo Babak Filem adalah sumbangan daripada Excellent Pictures & Disusun oleh Giorgio Izas

Credit juga untuk Cik Asyik yang sudi menjadi Backup Photographer.

TRAILER


Setelah Gio menonton filem ini, secara keseluruhan filem ini sangat menarik. Penggunaan OST drama bersiri 'Cinderella' mampu mengembalikan nostalgia percintaan sekitar penghujung tahun 90-an. Filem ini mampu bersaing dengan filem-filem Cinta yang pernah ditayangkan oleh Produksi-produksi lain sebelumnya. Filem yang bermula dengan permulaan yang gembira dan penuh  dengan konflik disusuli suka duka kehidupan. Gio boleh bagi 4/5 bintang untuk Filem ini. Untuk menilai sendiri perjalanan cerita ini, Anda bolehlah ke Pawagam berdekatan bermula 19 Disember 2013 nanti. Selamat Menonton... (^_^)

10 comments:

  1. selamat menonton..filem ini mmg best..:)

    ReplyDelete
  2. cte ni mcm lebih kurang je plot nye dgn cte Cinderellla yg dlu..

    ReplyDelete
  3. aku pernah tengok drama cinderella kat tv3 tak silap aku..memang best, aku tengok sampai habis dramanya...
    untuk filem ni bg 4/5 bintang...mesti hebat filem ni...

    ReplyDelete
  4. nampak menarik filem ini.. kalau berkelapangan nak tengok juga la..

    ReplyDelete
  5. best felm ni.... saya suka

    singgah blog saya juga ya: APKBaru.NET

    ReplyDelete
  6. good film with nice figures lagu gratis, that has mnay good songs you need

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...