Sunday, December 8, 2013

Graduate Seminar 2013 - Designomic's Talk

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu, bersyukur kehadrat Illahi kerana telah mengizinkan Majlis Seminar ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Pada 5 Disember 2013 yang lalu, telah berlangsungnya satu Majlis Seminar Anjuran Para pelajar Master FSSR batch 2012/2014. Majlis ini telah diadakan di Audi Utama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk melengkapkan salah satu mata pelajaran bagi memenuhi kehendak silibus pelajar Master yang telah ditetapkan oleh pihak UiTM. Selain daripada itu, ia juga secara jelas memberi peluang kepada pelajar untuk menguruskan dan mengendali sesuatu majlis ilmu disamping menerapkan nilai-nilai bekerjasama dalam kumpulan kecil mahupun kumpulan yang lebih besar.

Graduate Seminar 2013

Pemilihan tajuk 'Art & Design Role in Nation's Economic Growth' adalah sangat tepat dalam menghadapi dunia sekarang dimana ekonomi negara Malaysia yang kurang stabil disebabkan faktor-faktor tertentu. Di dalam Majlis Seminar ini, isu utama yang cuba disampaikan adalah peranan individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan dunia senilukis dan senireka dalam menjana ekonomi negara.

Ramai dikalangan kita tidak ketahui dunia disebalik senilukis dan senireka. Rata-rata menganggap 'Art & Design' ini hanya terhad kepada dunia lukisan semata-mata. Untuk pengetahuan semua, 'Art & design' adalah satu nama yang umum dimana terdapat pelbagai pecahan bidang yang turut melibatkan bidang seni dan sains. Bidang seni di Malaysia juga boleh disebut sebagai Industri Kreatif yang dibahagikan kepada 3 bidang iaitu Industri Kreatif Multimedia, Industri Kreatif Seni Budaya dan Industri Kreatif Warisan Budaya - Sumber Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN). Kalau Gio nak ceritakan semua memang panjang lebarlah jawabnya.

Hussin Khan
Penceramah Jemputan 1, Hussin Khan - Pelatih Visual Effect

Penceramah Jemputan 1 adalah Hussin Khan. Beliau adalah seorang pelatih Visual Effect di Cyberjaya. Karier beliau dalam bidang ini bukan sahaja hanya di Malaysia, malah turut terlibat di peringkat dunia. Salah satu hasil karya terbaik beliau adalah filem 'Life of PIE'. Filem tersebut telah memenangi beberapa anugerah di peringkat dunia.

Yunus Yeo
Penceramah Jemputan 2, Yunus Yeo - Pereka Habib Jewel

Penceramah jemputan kedua pula ialah Yunus Yeo, seorang pereka barangan kemas Habib Jewel. Beliau adalah salah seorang bekas pelajar UiTM yang telah berjaya di dalam kariernya. Telah banyak hasil karya beliau yang telah direka untuk Habib Jewel dan berjaya menambat hati para peminat barangan kemas.

Talk Session yang sangat menarik

Sedang Bertugas... Thumbs Up (^_^)

Q & A Session

Perbincangan Para Jemputan & Orang Atasan FSSR

Cendol Songkok Tinggi dari Seremban penaja Makanan Utama... Sedap sangat

Keceriaan di Hari Seminar

Committees yang menjayakan Majlis Seminar.

Para Pelajar dari Universiti Selangor turut menyertai Majlis ini.

Pameran InfoGraphic Poster dari pelajar Master UiTM

Giorgio bersama ahli kumpulan - Isu yang bakal dibawa pada pihak Kementerian

'Creating Awareness about Union for Protection of Creative Multimedia Workers Welfare in Malaysia' adalah tajuk yang bakal Kumpulan Gio bawakan kepada pihak Kementerian dengan usahasama persatuan-persatuan seniman dan karyawan di Malaysia. Isu ini sangat besar bagi membela nasib karyawan-karyawan di negara kita yang sering disisihkan dan dilayan bagaikan anak tiri. Secara kasarnya, Industri Kreatif dalam negara adalah antara penyumbang terbesar ekonomi negara dan perlu dikaji semula oleh kerajaan Malaysia.


Turut memeriahkan lagi Majlis Seminar ini ialah Jualan Pasar Artisan. Beberapa Booth jualan turut memainkan peranan dalam menyampaikan hasil karya yang sangat kreatif dan menarik untuk dijual. Walaupun permintaan yang banyak daripada pihak luar untuk menyertai Majlis ini, pihak pengurusan terpaksa menapis dan menghadkan penglibatan mereka kerana terpaksa mengikut Prosuder-prosuder yang telah ditetapkan oleh Pihak Institusi. Walaubagaimanapun, tahniah buat mereka yang terlibat. Diharapkan selepas ini, pihak institusi mengkaji kembali prosuder yang telah mereka tetapkan bagi menaikkan ekonomi individu dalam dunia kreatif disamping menaikkan lagi ekonomi negara.

Booth 'Hello Paper Flower'

Booth 'Jojie Jojes'

Booth 'Made by Lukis'

Booth 'Dapur Kamek'

Booth 'Pop The Soda'

Booth 'Squarefeet Art'

Booth 'The Poket Press'

Booth 'The Rubah'

Booth 'Balai Seni Visual Negara'

Booth 'Gerovouge'

Booth 'PTS Media Group'

Booth 'Vat Chef'

Hasil daripada Seminar ini, Pihak Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk mewujudkan satu matapelajaran dalam silibus sekolah yang dinamakan 'Designomic' dan masih lagi dalam peringkat perbincangan dan penstrukturan. Selain daripada itu, InsyaALLAH bakal wujud sebuah kesatuan yang membela para seniman yang terdiri daripada kalangan Individu kreatif  seperti, penulis skrip, pereka, fotographer dan ramai lagi.

Hussin Khan
Fotographer of the day - Me & credit to Nizam Raus, Siti Khadijah, Izzat (tiada dalam gambar)

Sekian, terima Kasih.

Design Concept dan semua bahan Publisiti Majlis ini direka oleh:

The Izas Design photo TID-Logo.gif

8 comments:

  1. Tahniah untuk kejayaan ini..bestnya kalau dpt join sekali..huhu
    semua yg dijual tu menarik, kasut,bunga kertas, bag semua cantik2..nakkkk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lagi best klu Cik Asyik pn turut terlibat... He3 (^_^)

      Delete
  2. kan best kalau my U pun ade buat seminar mcm ni wuaa

    Jom Terjah : Siapa Sebenarnya Eridy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Khalid Kyle, cube usulkan pada pihak Institusi... Mesti boleh punye... Event camni sgt bagus utk pendidikan negara...

      Delete
  3. sangat bermanfaat event sebegini giorgio.. paling menarik melihat jualan pakaian, kasut dan barangan lain tu..

    ReplyDelete
  4. salam kenal juga. 2 kali dh jumpa awak...
    1. cinderella.
    2. lawak ke der...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...