Tuesday, December 3, 2013

Kesaktian Anak Raja Gondang

Assalamualaikum...
'Kesaktian Anak Raja Gondang'.. Tajuk Filem baru ke? Sebenarnya ia adalah sebuah persembahan teater Mak Yong. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Mak Yong

Pada 30 November 2013 yang lalu, telah berlangsung satu persembahan teater Mak Yong di Istana Budaya. Persembahan teater ini telah dilangsungkan dari 29 November 2013 sehingga 2 Disember 2013, iaitu selama 4 hari berturut-turut. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Suria FM diatas 4 keping tiket teater yang sangat menarik. Teater 'Kesaktian Anak Raja Gondang' ini telah berjaya disampaikan dengan cara yang sangat menarik dimana banyak diselitkan unsur-unsur humor dan komedi. Walaupun persembahan Mak Yong ini seperti yang kita ketahui adalah suatu cerita klasik, namun ia telah disampaikan dengan nafas yang baru dan mengikut peredaran zaman sekarang yang sedang sarat dengan teknologi yang canggih.

Teater ini diberi nafas baru dibawah arahan Fatimah Abdullah dan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang mantap dan tidak asing lagi dalam dunia teater. Secara keseluruhan teater ini sangat menarik dan mudah difahami walaupun loghat peruturannya dalam slanga 'Pattani' dan 'Kelantan'. Tahniah buat individu-individu yang terlibat dalam penghasilan karya teater yang sangat menarik ini.

Pengunjung mula memenuhi ruang Lobby Istana Budaya.

Mak Yong
Beratur untuk menonton persembahan teater.

Vanidah Imran ke kat belakang tu?... He3 (^_^)

Pameran Gambar dan Lukisan diperkarangan Lobby Istana Budaya.

Pameran Gambar dan Lukisan diperkarangan Lobby Istana Budaya.

Cantik & Indah senibina Istana Budaya.

Kostum watak Raja & Puteri direka oleh Badrul Zaman Abdul Jalil.

Kostum Watak Puteri oleh Sarina Azizan diperagakan dalam persembahan teater ini.

Gendang ape ni? Macam best jea...

Sedang menanti persembahan teater dimulakan.

SINOPSIS

Makyung kali ini menampilkan ‘Kesaktian Anak Raja Gondang’ yang mengisahkan pengembaraan Anak Raja Gondang yang akhirnya sampai ke Negeri Hampa Beranyut.
Sebelum pengembaraan, baginda telah berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera tentang petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana iaitu jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar maka dia dalam kesenangan.
Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang di mana dia telah bertemu dengan 7 orang puteri ketika mereka bersiram di Kolam Banjaran. Anak Raja Gondang tatkala bertemu telah jatuh hati dengan Puteri Bongsu yang telah pun bertunang.
Apakah kesudahannya? Adakah kesaktian Anak Raja Gondang dapat menakluk hati Puteri Bongsu?

Antara babak-babak menarik... (^_^)

BARISAN PELAKON 

Rosnan Rahman sebagai Pak Yong / Batak / Anak Raja Gondang
Sofea Jane sebagai Puteri Sulong
Vanidah Imran sebagai Puteri Bongsu
Sabri Yunus sebagai Peran Muda (Negeri 1)
Fazlisham- Isey (Bintang Mencari Bintang) sebagai Peran Muda (Negeri 2)
Che Kem (Mohd Kamarulzaman) sebagai Mak Rimau Besar Sarjan Kilat

Datin Sofea Jane sebagai Puteri Sulong

Mak Yong
Antara watak-watak utama 'Kesaktian Anak Raja Gondang'.

Panggung sari
Layout seating dalam Panggung Sari, Istana Budaya. - sumber: Istana Budaya

Photographer of the Day... Me & Cik Asyik

Sekian, Terima Kasih... (^_^)

4 comments:

  1. wahh bestnya ^_^ acik suak teater.. masa nie tak sempat nak pegi sebab ada event lain ..

    ReplyDelete
  2. best sgt2 citer ni..walaupun agak lama tp berbaloi..;)

    ReplyDelete
  3. terima kasih dear mempromosikan artwork

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...