Monday, December 23, 2013

Laki-Laki Movie

Assalamualaikum...
Pada 16 Disember 2013 yang lalu,telah diadakan sebuah Majlis Pra-Tonton filem 'Laki-Laki' anjuran MiG Metrowealth. Majlis tersebut telah diadakan di TGV Sunway Pyramid dengan meriahnya. Majlis ini telah dihadiri oleh para Media, selebriti tempatan dan juga pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem 'Laki-Laki'. Seperti biasa, majlis akan dimulakan dengan sesi pendaftaran  dan disusuli dengan acara makan-makan dan seterusnya acara sesi fotografi dan sesi temuramah oleh pihak media. Setelah selesai sesi  yang dijalankan dalam bilik Media, para hadirin akan disajikan dengan tayangan Pra-Tonton di dewan tayangan TGV.

Laki-Laki Movie

Selepas satu persatu kejayaan filem yang ditayangkan, kali ini MiG Metrowealth tampil dengan sebuah lagi filem terbaru iaitu 'Laki-Laki'. Selepas kejayaan filem Ustaz Mu Tunggu Ak Datang dan Highland Tower,  kali ini MiG mengetengahkan filem yang bergenre komedi untuk disajikan kepada penonton. MiG yakin, filem 'Laki-Laki' mampu bersaing dengan filem-filem lain sekaligus memberi impak yang besar kepada penonton yang menonton filem ini. Filem 'Laki-Laki' akan menemui penonton mulai 19 Disember 2013.

Kecenderungan MiG memberi peluang kepada pengarah-pengarah muda dalam menghasilkan filem adalah suatu langkah yang sangat positif. Kepelbagaian idea yang segar dari pengarah-pengarah ini sememangnya diperlukan agar filem yang dihasilkan seiring dengan perkembangan semasa. Tahap penerimaan penonton juga amat dititikberatkan oleh MiG. Dalam menghasilkan filem, karya tersebut bukan hanya mengikut citarasa individu tetapi selera penonton perlu diutamakan kerana itu adalah matlamat MiG dalam setiap filem yang dihasilkan.

Laki-Laki Movie
Backdrop Filem Laki-Laki

Filem ke-87 terbitan MiG ini akan membariskan pelakon-pelakon antaranya Angah Raja Lawak, Zul Suphian, Mie Raja Lawak, Adey Syafrien, Azriel Ismail, Zaibo, Kamal Faridz dan juga Mikael Andre. Melihat pada gabungan pelakon-pelakon baru ini, ianya pasti akan lebih menarik dan pelbagai aksi komedi dapat dilihat melalui filem 'Laki-Laki'. Filem ini diarahkan oleh Ahmad Rusli Mohamed Khadri. Ini adalah filem ke-3 di bawah arahan beliau yang mana beliau adalah salah seorang pengarah dalam Skim 10 Pengarah Muda MiG. Selain itu, lokasi yang dipilih sebagai set pergambaran filem ini sangat menarik dan dilakukan sepenuhnya di Pulau Pangkor, Perak selama 23 hari.

Para Media & Selebriti mula memenuhi ruang sesi temuramah dan bergambar.

Apa yang serius sangat tu...?

Blogger bile bertemu... Makan-makan sambil bersembang

Mie Raja Lawak
Mie Raja Lawak sebagai Samad

Angah Raja Lawak
Angah Raja Lawak sebagai Abu

Adey
Adey Syafrien sebagai Jerry

Azriel
Azriel Ismail sebagai Azman

Chef Nik Michael Imran turut hadir memeriahkan majlis

Dewan Tayangan mula dipenuhi

Laki-Laki Movie
Sesi bergambar sebelum tayangan

Photographer of the day - Cik Asyik & Me (^_^)

SINOPSIS


5 lelaki, 1 program, 1 pulau terpencil. Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya. Razak (Zul Suphian), Abu (Angah Raja Lawak), Azman (Azriel Ismail), Samad (Mie Raja Lawak) dan Jerry (Adey Syafrien) mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu program istimewa. Razak, seorang kartunis yang tidak bekerja selepas syarikat tempat dia bekerja jatuh muflis dan masih tinggal bersama dengan ibunya. Abu pula adalah seorang chef yang kecewa kerana aweknya dirampas dan perniagaannya muflis kerana seorang kawan baiknya. Azman merupakan pemain bola sepak Malaysia yang sudah digugurkan daripada pasukannya dek kerana sikapnya yang sambil lewa. Seorang pengarah syok sendiri, Samad akhirnya gagal menghasilkan sebuah filem yang dianggapnya hebat. Dan Jerry, seorang penyanyi rock telah disingkirkan daripada bandnya sendiri dan cuba bergerak solo namun tidak berjaya. Menggabungkan kelima-lima kekecewaan mereka, mereka tekad menyertai satu program motivasi untuk membantu mereka berjaya kembali. Namun, satu tragedi terjadi dan mereka terdampar di sebuah pulau terpencil. Bermula disini, mereka berlima belajar menerima diri masing-masing dan mula sedar yang mereka saling memerlukan.

Apakah yang bakal terjadi kepada mereka berlima? Adakah mereka akan berjaya keluar dari pulau yang terpencil itu? Adakah mereka akan terus menetap di sana? Untuk mengetahui kesudahannya, saksikanlah di seluruh pawagam sekarang, bermula pada 19 Disember 2013.





Photo Pergambaran adalah sumbangan daripada MiG Online & Diedit oleh Giorgio Izas (^_^)

TRAILER


Filem bergenre komedi terbitan MiG kali ini mempunyai kekuatan tersendiri. Komedi yang disampaikan secara bersahaja dan penggunaan skrip yang kelakar sangat mencuit hati penonton. Setelah selesai menonton filem ini, Gio berasa sangat terhibur dan berjaya me'release'kan kepala yang sedang kusut dari memikirkan urusan-urusan kerja yang bertimbun. 4/5 bintang yang Gio bagi untuk filem 'Laki-Laki' ini. Kepada mana-mana yang belum menonton filem ini, bolehlah terus ke pawagam dan menyaksikan sendiri cerita yang sarat dengan unsur-unsur komedi. Filem Wajib Tonton Semua Laki-Laki... (^_^)

Sekian, Terima Kasih...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...