Friday, December 6, 2013

Lawak Ke Der 3

Assalamualaikum...
Memetik kata-kata daripada Lucy Maud Montgomery dari Novelnya 'Anne of Green Gables', "Life is worth living as long as there's a laugh in it.” Apa yang cuba disampaikan beliau adalah tidak bermakna hidup kita jika tiada senda-gurau dan gelak-ketawa dalam menjalani kehidupan seharian. Walaupun begitu, ia haruslah berpada-pada jangan sampai ada yang terasa. Apa yang cuba Gio kongsikan disini adalah berkenaan persembahan teater 'Lawak Ke Der 3' yang sedang dipersembahkan di Istana Budaya.

Persembahan ini telah berlangsung pada 4 Disember 2013 dan akan disusuli pada hari yang berikutnya sehinggalah pada tirai terakhirnya pada 8 Disember 2013. Seperti sebelumnya, Persembahan 'Lawak Ke Der 1 & 2' tidak pernah menghampakan para peminat rancangan komedi di Malaysia yang sememangnya sarat dengan lawak jenaka yang terkini dan sentiasa mengikuti peredaran arus semasa.


Untuk persembahan kali ini, kehadiran Douglas dan kumpulan Jambu sudah pasti mampu memberikan impak besar dalam dunia lawak di Malaysia, ditambah pula dengan pelawak yang sudah kita ketahui tahap mengancam kelawakannya iaitu Nabil dan Harith Iskandar.

Untuk memberi nafas baru dalam persembahan 'Lawak Ke Der 3' kali ini, telah ditetapkan persembahan pada 6 Disember 2013 adalah hari penyampaian lawak dalam Bahasa Inggeris yang turut bakal memperkenalkan seorang lagi pelawak baru iaitu Jenhan.

Suasana sekitar sebelum persembahan dimulakan.

Jualan cenderahati buat 'Fans Jambu'.

Cenderahati 'SuperMokh' masih dijual.

Pada hari pembukaan tirai, Gio telah berkesempatan untuk memecahkan perut dan mematahkan rahang mulut sendiri dengan lawak-lawak yang sangat menghiburkan oleh mereka. Terlebih dahulu, Gio ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada ESCAPE kerana sudi menaja tiket teater 'Lawak Ke Der 3' yang sangat Awesome lawaknya.

ESCAPE - Penaja tiket teater kami. (^_^)

Sesi 'Press Conference' selepas persembahan selesai.

Hans Isaac, Mastermind yang awesome.

Douglas, persembahan yang penuh dengan punchline... Sangat Lawak

Harith Iskandar sentiasa hadir dengan Lawak yang Intelligent.

Sembang-sembang lawak.

Jambu dengan lawaknye yang tersendiri..

Cik Neelofa pun ade... Hurmmm

Hanez Suraya turut menghadiri Persembahan pembukaan.

Lawak Ke Der
Harith Iskandar, Douglas, Nabil, Taukey & Yus

Layout seating & harga tiket - sumber: Ticket2u.biz

Photographer of the day - Cik Asyik & Me (^_^)

Jom beramai-ramai memecahkan perut masing-masing dengan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya sekarang... Sangat Lawak... Hahaha..

Sekian, Terima Kasih (^_^)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...