Thursday, December 12, 2013

P1 Wimax Menipu?

Assalamualaikum...
Tahukah anda apa itu P1 Wimax?... P1 Wimax adalah satu produk jalur lebar internet yang di keluarkan oleh Syarikat Packet One Networks. Syarikat tersebut telah bertapak di Malaysia semenjak tahun 2002 lagi dan merupakan salah satu dari empat buah syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada tahun 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama yang melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat yang pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3 GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

P1
Photo dari Facebook Page 'P1 Wimax Sucks'

Apa sudah jadi pada P1 WiMAX? Sejauh mana kebenaran berita tentang penipuan yang dilakukan oleh Syarikat P1 ini? Iklan potong,potong,potong... adakah potong yang dimaksudkan itu potong kepala pengguna?

Berdasarkan pemantauan yang telah  dilakukan, telah ramai mangsa yang mula tampil untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan ada dikalangan mereka yang telahpun membuat laporan aduan pada pihak SKMM. Sehubungan itu, mereka mendakwa terpaksa menjelaskan bayaran bil yang tidak masuk akal jumlahnya, walhal mereka langsung tidak menggunakan perkhidmatan tersebut sepanjang tempoh Caj yang telah dikenakan. Selain daripada perkhidmatan yang sangat teruk disebabkan tiada langsung 'Coverage', perkhidmatan ini juga sering mengalami masalah 'Server Down'. Apa yang lebih menyakitkan hati mangsa adalah, Nama-nama mereka telahpun disenarai hitamkan dalam CTOS. Ini benar-benar menggusarkan dan mengusutkan lagi kehidupan mereka yang rata-rata masih muda dan baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Universiti. Apakah bakal mereka hadapi dengan cabaran hidup yang kian sukar dengan kekangan hutang dan nama yang telah di BlackList di dalam CTOS?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut situasi yang sedang berlaku, boleh terus menerjah ke Laman Facebook seperti berikut:


Twitter:

Diharapkan Pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan di atas permasalahan yang Mangsa-mangsa P1 WiMAX alami.

Sekian, Terima Kasih... (^_^)


7 comments:

  1. huhu,,gune internet ofis jek...slow pun xpe...free..hihihi

    ReplyDelete
  2. p1wimax mmg dasar penipu...terdesak tahap giler terukkk sampai menipu pelanggan..gerammmm...

    ReplyDelete
  3. dari dulu sampai sekarang guna streamyx..mujur tak guna P1 Wimax.

    ReplyDelete
  4. sye dah terkena,broadband kena curi then pencuri tu still guna,,sye dah hantar police statement pe semua tp p1 still tak block broadband tu,,sia2 bayar tiap2 bulan sbb tu skali gan wifi kt rumah

    ReplyDelete
  5. Akaun twitter tue sudah di suspend? apakah?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...