Wednesday, December 25, 2013

Tokan Movie

Assalamualaikum...
Pada 19 Disember 2013 yang lalu, Maljis Pra-Tonton filem TOKAN terbitan Produksi Pencil Pictures telah diadakan dengan gilang-gemilangnya. Majlis tersebut telah dilangsungkan di Cathay Cineleisure E-Curve dengan usahasama pihak MiG Metrowealth. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ramai selebriti tanah air dan juga penyanyi rap tanah air. Majlis Pra Tonton yang dianjurkan kali ini lebih meriah dan menarik kerana para hadirin bukan sahaja akan dihidangkan dengan acara sesi tayangan filem, malah juga dihidangkan dengan persembahan nyanyian daripada beberapa penyanyi tanah air. Ia sangat mengujakan para pihak media dan jemputan-jemputan lain.

Tokan Poster

TOKAN adalah filem kedua terbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd selepas kejayaan menerbitkan filem pertamanya iaitu 'Aku Ada, Kau Ada'. Filem TOKAN mengangkat genre aksi yang dilihat mampu memberi impak sambutan dari penonton khususnya. Sejajar dengan penerimaan penoton yang kini dilihat lebih cenderung memeilih filem genre aksi sebagai hidangan tontonan mereka. Tidak dinafikan, filem yang bergenre aksi menjadi pilihan utama dan ianya seakan sentiasa menjadi trend pemilihan penonton. TOKAN diarahkan oleh seorang pengarah muda yang berbakat besar iaitu Ghaz Abu Bakar. Kreativiti serta kebolehan yang ada pada beliau menjadkan filem TOKAN mempunyai sentuhan yang lain dan mempunyai elemen-elemen dramatik yang sangat luar biasa.

TOKAN membariskan pelakon-pelakon hebat Malaysia, antaranya Zizan Razak, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay. Ianya turut dikuatkan dengan menampilkan pelakon hebat yang disegani iaitu Wan Hanafi Su dan juga pendatang baru yang sedang meningkat naik iaitu Wanna Ali. Melihat pada gaubungan artis yang menjayakan filem ini pastinya sesuatu yang terbaik dihidangkan kepada penonton semua. Melaka dan sekitar Kuala Lumpur menjadi latar lokasi utama bagi filem ini. Metrowealth Sdn Bhd pula telah dilantik untuk menjadi syarikat pengedar, pemasaran serta promosi bagi filem ini. Sekitar RM 2 juta kos yang telah dibelanjakan bagi menyempurnakan keseluruhan pembikinan filem ini. 

Tokan Movie
Backdrop 'TOKAN'

Sementara menunggu ketibaan selebriti 'Red Carpet'... Blogger mmg kerjenye online jea. He3

Para Selebriti dan hadirin sedang menantikan persembahan nyanyian

Wanna Ali menyanyikan lagu hits nya, 'Lepaskanlah'

Juzz Thin & Waris mempersembahkan 2 buah lagu, 'Cili Padi' & 'Botingkek'

Persembahan lagu Tema filem TOKAN

Johan As'ari sebagai Rano, Wanna Ali sebagai Wana & Zizan Razak sebagai Mat Lobe

JuzzThin feat Waris
Juzz Thin & Waris

Liyana Jasmay
Penerbit Pencil Pictures, Dato' Normashayu Puteh & Liyana Jasmay

Pengarah muda yang berbakat, Ghaz Abu Bakar

Waris
Waris turut hadir memeriahkan majlis

Soffi Jikan
Soffi Jikan sebagai Solihin

Zizan Razak
Zizan Razak seorang yang sangat kelakar...

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose
Pekin Ibrahim sebagai Yusof

Dewan tayangan mula dipenuhi para hadirin dan pelakon-pelakon


Sesi 'Press Conference' diadakan di bilik Media sesudah tamat tayangan pra tonton

SINOPSIS

Tokan Movie

Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua TOKAN di Malaysia, termasuklah Tuan Kamil (Wan Hanafi Su). Tuan Kamil adalah bapa kepada Suri (Liyana Jasmay) dan Wana (Wanna Ali), juga merupakan seorang TOKAN terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe (Zizan Razak).

Mat Lobe merupakan antara TOKAN yang paling muda di antara TOKAN lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri, Wana, Yusof (Pekin Ibrahim) dan Solihin (Soffi Jikan) juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe.

Solihin adalah seorang daripada TOKAN di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal untuk memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkannya.

Yusof berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja di sebuah kilang yang dimiliki oleh Tuan Kamil. Setelah bekerja beberapa bulan dikilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri. Yusof telah diambil sebagai pengawal keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil.

Selama khidmat bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tecedera atau dicederakan sehinggalah pertemuannya dengan Rano (Johan As'ari). Rano, adalah seorang tentera yang telah menarik diri dari khidmat ketenteraannya kerana diupah oleh seseorang untuk menghapuskan kesemua TOKAN di Malaysia. Di samping menjalankan misinya, Rano turut menyimpan dendam terhadap TOKAN di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.

Apakah kesudahannya, adakah misi Rano berjaya? Adakah Rano akan dibunuh oleh TOKAN-TOKAN yang kuat pengaruhnya?... Untuk mengetahui kesudahan cerita TOKAN, saksikanlah di seluruh pawagam yang berdekatan bermula pada 26 Disember 2013 ini.





Gambar petikan filem adalah sumbangan daripada MiG Metrowealth & Di edit oleh Giorgio Izas

TRAILER


Filem ini sememangnya penuh dengan aksi. Adegan tembak-menembak, kejar-mengejar dan bunuh-membunuh adalah elemen utama filem ini. Bagi anak-anak yang masih dibawah umur, disarankan menonton di bawah pengawasan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa. 3.5/5 bintang Gio bagi untuk filem ini..Kepada para peminat filem aksi, bolehlah beramai-ramai menyerbu pawagam untuk menonton filem aksi yang hebat ini. Filem ini akan mula ditayangkan diseluruh pawagam bermula pada 26 Disember 2013. Selamat Menonton... (^_^)

Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. Cantik gmbr2 dia.. syiok citer ni..

    ReplyDelete
  2. Syoknyaa. Tgk filem sajoo dio. Jeles weh. Hehe

    ReplyDelete
  3. filem melayu ni aku kurang minat tapi gambar bro ni memang jelas dan cantik belaka.

    ReplyDelete
  4. Salam ukhwah.. membalas kunjungan saudara.. terima kasih kerana singgah ke blog MyCherita.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...