Friday, December 5, 2014

Jualan kasut CIPELA di ISETAN KLCC

Assalamualaikum...

Kasut... Bila perkataan kasut disebut, apa perkara pertama yang akan kita fikirkan? Kebiasaanya kasut akan dikaitkan dengan imej dan penampilan seseorang. Melalui kasut, secara kasarnya dapat kita agak bagaimanakah latarbelakang si pemakainya. Tapi sejauh mana kebenarannya?... He3, Entahlah... Selain daripada itu juga, kasut amat sinonim dengan kaum wanita. Kasut dan wanita ibarat lagu dan irama, tidak sempurnalah lagu tanpa irama. Ha3...

Sebelum makin panjang Gio melalut, sebaiknya 'straight to the point' jea. Berita gembira buat penggemar kasut, pengumpul kasut dan penggaya fesyen kasut semasa. Pada hari minggu ini, bermula 5, 6 & 7 Disember 2014 adalah hari yang istimewa kerana CIPELA Couture mengadakan satu jualan harga runtuh. Diskauan sebanyak 30% bagi ahli Isetan dan 20% bagi bukan ahli. Selain daripada itu juga rekabentuk baru turut dijual mulai sekarang sehingga 11 Disember 2014.

Hidy

Adakah semua kasut CIPELA direka khas untuk kaum wanita sahaja?... Tidak, Kaum lelaki juga berhak untuk menggayakan kasut CIPELA. Terbaiklah... Mengikut peredaran dan perkembangan fesyen kasut semasa maka terciptalah CIPELA Espadrilles. Kasut yang sangat 'Stylo' dan yang paling penting adalah amat selesa dipakai.

Hidy

Hidy

Hidy

Pilih punya pilih, cuba punya cuba sampai pening Gio dibuatnya. Mana taknya, semua cantik-cantik dan memang tidak dapat dinafikan ia sangat selesa dipakai. Akhirnya CIPELA Espadrilles corak Jeans menjadi pilihan hati Gio. Sungguh puas hati. TERBAIKKK...

Hidy

Hidy

Menambahkan lagi kegembiraan penggemar kasut, CIPELA juga turut membuat jualan sempena perayaan Krismas di Isetan KLCC bermula 12 Disember sehingga 25 Disember 2014. Dalam tempoh jualan tersebut, rekabentuk kasut yang terdahulu turut dipasarkan dan diskaun sehingga 50% akan diberikan. WOW, itu sangat mengujakan... Apa lagi, kasi serangla, borong banyak-banyak... Ha3...

Hidy

Selain belian secara terus dari Butik, Kita juga dapat membuat belian secara atas talian di http://www.zalora.com.my/cipela-espadrilles/

Hidy

Hidy

Hidy

Setiap rekabentuk yang dihasilkan adalah sangat bercitarasa tinggi dengan hasil kualiti yang terbaik dan pastinya datang daripada seorang yang sangat arif dan peminat kasut yang sejati. Setiap hasil karyanya dihasilkan berdasarkan pengalaman dan juga maklumbalas para pengguna. Apa yang sangat mengujakan adalah setiap kasut yang dihasilkan adalah 'HAND MADE'. Sungguh hebat. Terkagum seketika Gio pada pemilik serta pereka CIPELA ni... He3

Hidy

Hidayah Hassan, seorang wanita yang tekun, gigih serta sangat komited dalam setiap urusan yang dilakukannya. Jelas dapat kita lihat pada setiap hasil karyanya. Syabas...

Hidy

Hidy

Sebahagian Photo yang digunakan adalah sumbangan CIPELA Couture.

Untuk maklumat lanjut : Follow instagram / twitter / facebook / vimeo : CIPELASHOES
Juga boleh terus ke Laman Web : http://www.hidy.com.my/

Tempahan kasut secara peribadi untuk kegunaan perkahwinan atau kegunaan harian juga turut disediakan. Untuk sebarang pertanyaan boleh terus emailkan ke info@cipelacouture.com atau boleh follow media sosial di @cipelacouture.

Lokasi Boutique Store adalah beralamat:
HiDY STORE
No.46, Lorong Dataran Wangsa, 
Dataran Wangsa Melawati, 
Wangsa Melawati, 
53300 Kuala Lumpur.
(Kedudukan Butik ini adalah sebaris dengan KWSP dan Manjaku)

Perbelanjaan yang sangat berbaloi-baloi Gio rasakan. Jangan buang masa lagi, Jom terjah sekarang juga.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...