Thursday, July 9, 2015

Trend fesyen lelaki terkini

Assalamualaikum...
Kerjaya dan kehidupan adalah dua perkara yang sentiasa perlu kita seimbangkan. Kehidupan akan menjadi terabai jika terlalu mengejar kerjaya, begitu juga sebaliknya. Bagi Giorgio, kita seharusnya bijak dalam menangani keperluan kehidupan seharian. Tambahan sekarang ni kehidupan Giorgio yang perlu lebih memberi keutamaan kepada keluarga. almaklumlah kehidupan alam bujang sudah tamat. He3...

Pada pandangan Giorgio sebagai seorang lelaki, Penampilan adalah perkara yang paling asas perlu diberi perhatian dalam menghadapi kehidupan yang bekeluarga dan bekerjaya. Kenapa 'Penampilan'?... Penampilan adalah kunci utama kepada tahap keyakinan.

Lelaki masa kini sangat mementingkan penampilan dan bukan seperti dahulu lagi. Zaman mungkin sudah berubah begitu juga dengan pandangan stereotype yang kononnya lelaki masih ketinggalan dalam bidang fesyen jika hendak dibandingkan dengan wanita. Kini pandangan itu sudah tidak lagi boleh digunapakai. Lelaki urban semakin mempunyai cita rasa yang cukup baik dalam bidang fesyen selari dengan peredaran trend fesyen terkini. 

Mereka juga semakin bijak dalam menggayakan stail yang sedang popular. Pengetahuan lelaki dalam trend fesyen lelaki terkini tidak lagi boleh dipandang enteng. Perkembangan fesyen semasa untuk lelaki yang dilihat semakin berkembang maju juga adalah antara sebab mengapa kaum Adam semakin bijak bergaya. 

Namun jika hendak dibandingkan dengan wanita, lelaki masih lagi lebih bergemar untuk menggayakan sesuatu yang ringkas. Mereka masih tetap memilih untuk bergaya dengan stail yang minimal. Sebagai contoh pilihan pakaian yang masih dan akan terus popular sudah pasti ialah t-shirt dan seluar jeans. 


Mana-mana lelaki pun pasti akan mempunyai t-shirt dalam koleksi pakaian mereka. Ini kerana t-shirts adalah antara kegemaran mereka. Baju t-shirt dengan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. T-shirt lelaki amat flexible kerana boleh dipakai hampir pada bila-bila masa sahaja. Ianya juga amat mudah untuk dipadankan dengan fashion item yang lain seperti seluar dan kasut. Bagi negara yang mempunyai iklim seperti cuaca, bukan lah sesuatu yang pelik mengapa koleksi t-shirt lelaki sentiasa terjual. Ini adalah kerana ianya adalah antara yang wajib harus ada dalam koleksi pakaian seseorang lelaki. 


Seluar jeans amat sempurna sekali untuk dipakai bagi mendapatkan penampilan yang santai ketika keluar  bersama rakan-rakan pada hujung minggu ataupun smart casual yang mana boleh dipakai ke pejabat. Sifatnya yang versatile turut memberikan peluang untuk lelaki menggayakannya dan mencipta banyak penampilan dengannya. Untuk gaya penampilan ‘layered’ anda boleh cuba memadankan seluar jeans anda bersama cardigan dan kemeja berlengan pendek. 


“Life will always get busy, make time to do the things you love.”
Lailah Gifty Akita

Sekian, Terima Kasih. (^_^)

Saturday, July 4, 2015

Festival Ramadhan Klang di Pusat Pemborong GM Klang 2015

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik.. Ramadhan pada tahun ini sudah pun memasuki fasa pertengahan. Amacam geng, persiapan raya dah siap?... He3... Puasa bagi settle dulu, barulah boleh prepare raya. Antara yang menarik pada bulan Ramadhan kali ini adalah berkenaan salah satu Festival Ramadhan Klang yang Awesome. 'Festival Ramadhan Klang di Pusat Pemborong GM Klang' telah pun bermula sejak 27 Jun 2015 lagi. Majlis pembukaan rasminya telah berjaya menghimpunkan kesemua individu dibelakang tabir yang bekerja keras bagi merealisasikan festival ini termasuklah pihak media seterusnya menggunakan peluang ini bagi mengeratkan lagi silaturrahim melalui acara berbuka puasa.


Majlis dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd sendiri selaku penganjur festival iaitu Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok disamping Yang Berusaha Dr. Leong Khai Hin, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry dan wakil-wakil dari rakan kerjasama festival ini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra' dan Women International Network (WIN).


Festival Ramadhan Klang 2015 yang berkonsepkan 'balik kampung' ini menyediakan lebih kurang 120 buah gerai jualan persiapan raya dan juga juadah puasa. Para pengunjung bukan saja berpelung untuk membeli-belah tetapi juga dapat berhibur melalui penyusunan program-program terbaik sepanjang 17 hari festival ini berlangsung di antaranya program berunsurkan ilmiah seperti tazkirah Ramadhan, Malam Selawat Rasul bersama Al-Mawlid dan Habib Najmuddin, dan bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar Tahfiz, program santai seperti persembahan akustk dan nasyid, sesi bermoreh bersama selebriti terpilih dan tidak lupa aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak seperti sesi beramah mesra bersama maskot-maskot karektor popular tanah air serta banyak lagi. Paling istimewa adalah lorong khas yang dihias dengan dekorasi perkampungan melayu untuk para pengunjung merakamkan detik indah mereka bersama keluarga.

Acara Selfie by Namee Roslan.. Hi3 (^_^)
Antara Blogger-Blogger Ohsem yang turut hadir.. kipidap (^_^)
Selain itu, festival ini juga turut menyediakan ruang percubaan kepada alumni UiTM dan badan bukan kerajaan untuk menjual produk buatan mereka sendiri selain melatih diri mereka untuk bergelar usahawan. Program seperti ini sebenarnya sangat sinonim dengan hasrat Pusat Pemborong GM Klang sendiri yang mana sentiasa membuka ruang kepada golongan usahawan PKS (Peniaga Kecil Sederhana) untuk memanjukan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Festival yang bakal berakhir pada 12 Julai nanti ini beroperasi dari jam 3 petang (Isnin-Jumaat) dan seawal 11pagi (Sabtu-Ahad) sehingga 11 malam. Berikutan dengan itu, kedai-kedai di dalam pemborong GM Klang turut dilanjutkan waktu perniagaannya hingga ke 10 malam dari hari kebiasaan yang berakhir pada 7 petang khususnya untuk kemudahan para pengunjung festival.

Banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan disini selain membeli-belah...

Rakan Artis yang turut memeriahkan Majlis, Altimet & Ayahanda Yantzen Rocker Otai...


Jom kita beramai-ramai menerjah ke GM Klang dan berbelanja sakan kat sana. Jangan lupa bawa semua ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai... He3 (^_^)

Untuk maklumat lanjut bolehlah terus terjah ke Link dibawah : 
Website : www.gmklang.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...